Rabu, 28 Disember 2011

Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-2

Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia telah diulang cetak buat kali ke-2.Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua terhadap buku resipi saya ini.Kepada yang masih belum mendapatkannya jangan lupa untuk milikinya sekarang juga selagi stok masih ada.

Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.

Baru-baru ini Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Program Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia yang diadakan di Kafe D'Satok, Kuching, Sarawak pada 25hb Disember 2011 ( Ahad ).Program ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim Piatu,  Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas.Sewaktu Demo Masakan tersebut Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan resipi iaitu Kerabu Mangga Muda Ala Thai dan Manisan Pasta Buahan.Setiap orang yang hadir pada program ini telah diberi buku-buku resipi Chef Arm  di bawah penerbitan PTS Millennia secara percuma sebanyak 4 buah buku.

Sabtu, 17 Disember 2011

Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama serta dalam Demo Masakan Sempena Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.Program ini bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Anak Yatim Piatu, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal, Fakir Miskin dan Warga Emas.Chef Arm akan menunjukkan 3 jenis demo masakan yang terdiri daripada hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama dan Pencuci Mulut.Jika berminat anda boleh terus hubungi Chef Arm ditalian 017-8276084 / 017-7257494.

Tarikh : 25hb Disember 2011 ( Ahad )
Masa : 3 ptg hingga 5 ptg.
Tempat : Kafe D'Satok, Lot 354, Lorong 12, Jalan Satok, Kuching, Sarawak. 
Bayaran : RM50 ( Dikontrakan dengan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 23hb Disember 2011 ( Jumaat )


Sabtu, 10 Disember 2011

Cubalah Resipi Biskut Berempah Kari Hasil Ilham Chef Arm ( Majalah Saji -

Jom mencuba resipi Biskut Berempah Kari hasil ilham Chef Arm yang menggunakan marjerin Daisy di Majalah Saji keluaran bulan Disember 2011 terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang kini sudah pun berada di pasaran.

Rabu, 7 Disember 2011

Artikel Info Makanan Eksotik Sarawak ( Majalah Aroma - Disember 2011 )

Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Disember 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.Antara artikel menarik yang disediakan oleh Chef Arm adalah mengenai makanan Eksotik di Negeri Sarawak iaitu diantaranya adalah seperti Buah Dabai, Buah Asambang, Buah Engkalak dan Lupa Ikan.

Menu Hidangan Istimewa Sarawak Daripada Chef Arm.( Majalah Aroma - Disember 2011 )

Dapatkan 6 buah resipi istimewa Sarawak yang diketengahkan oleh Chef Arm di dalam Majalah Aroma kali ini adalah Seperti Laksa Sarawak, Tempoyak Goreng, Daging Itik Masak Kicap, Nasi Goreng Dabai, Ayam Pansuh dan juga Mee Kolok Sarawak.Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Disember 2011 sekarang juga.

Isnin, 5 Disember 2011

Jom ke Karnival Buku Pulau Pinang.

Kunjungi Karnival Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Perpustakaan Awam Pulau Pinang pada 03hb hingga 11hb Disember 2011 jam 10 pagi hingga 6 petang.Jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) dan dapatkan tawaran diskaun yang hebat.

Jumaat, 25 November 2011

Pesta Buku Mini Carrefour Shah Alam.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Mini yang diadakan di Pasaraya Carrefour, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor pada 18hb November hingga 30hb November 2011 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan dapatkan pelbagai diskaun hebat.Jangan lupa dapatkan Buku-buku resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Selasa, 22 November 2011

Pesta Buku Karangkraf @ Mydin Mall Kuala Terengganu.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Karangkraf dengan kerjasama Senada Media Enterprise di Mydin Mall Kuala Terengganu pada 02hb Disember 2011 jam 2 petang hingga 5 petang, dengan tawaran diskaun yang cukup hebat serta jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).

Jualan Buku Di UMW Toyota Motor.

Jom ramai-ramai ke Jualan Buku UMW Toyota Motor pada 29hb November 2011 jam 12 tengahari hingga 2 petang di UMW Toyota Motor, No.2, Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.Dapatkan diskaun hebat sebanyak 20% dan jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).

Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Hasil Karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-4.

Alhamdulillah apabila Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia telah pun diulang cetak buat kali ke-4.Buku resipi ini anda boleh dapatkan di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.Kepada yang masih belum mendapatkannya dapatkan ianya sekarang juga dan bagi yang telah memilikinya terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda selama ini.

Isnin, 21 November 2011

Ceramah Motivasi Kerjaya Bersama Selebriti Chef Arm.


Pada 20hb November 2011 telah diadakan Ceramah Motivasi Kerjaya Bersama Selebriti Chef Arm kepada penghuni-penghuni Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya ( OKU ), Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak Yatim Piatu.Program ini dianjurkan oleh Pihak Chef Arm Kitchen Services bagi memberikan pendedahan dan semangat serta keyakinan diri kepada para pelajar yang akan menduduki SPM dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan Memberikan petunjuk kepada mereka dalam meneruskan masa depan mereka ke dunia kerjaya yang lebih mencabar.Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bonda daripada Laksam Anjungmas Enterprise yang juga telah memberikan sedikit ucapan bagi membakar semangat ibu-ibu tunggal untuk terus menghadapi masa depan.

Sabtu, 19 November 2011

Jom Ke Gerai Buku Karangkraf Sempena Mini Ekspo Kraftangan Kelip-kelip Kampung Kuantan.

Jom ke Gerai Grup Buku Karangkraf Sempena Mini Ekspo Kraftangan Kelip-kelip Kampung Kuantan pada 25hb hingga 27hb November 2011 dari jam 9 pagi hingga 11 malam di Kompleks Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan dan nikmati diskaun hebat sebanyak 20%.Jangan lupa dapatkan buku resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).

Rabu, 16 November 2011

PTS Bookcafe DI Karnival MPH.

Jom ke Karnival MPH yang akan diadakan pada 08hb hingga 12hb Disember 2011 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre dari jam 10 pagi hingga 10 malam dengan tawaran diskaun yang diberikan sebanyak 15%.Jangan lupa dapatkan Buku-buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Jom Ke Fiesta Buku Karangkraf.

Jom Ke Fiesta Buku Karangkraf pada 02hb hingga 04hb Disember 2011 di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam jam 9 pagi hingga 6 petang dan dapatkan diskaun hebat sehingga 70%.Jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Krangkraf ).

Jom ke Pesta Buku Popular.

Jom ramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Popular yang akan diadakan pada 25hb November 2011 sehingga 11hb Disember 2011 di Semua Rangkaian Kedai Buku Popular di Seluruh Malaysia dengan tawaran pelbagai diskaun hebat.Jangan lupa dapatkan Buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia diantaranya ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Pesta Buku Catchnews @ Mydin MITC Melaka.

Kepada Warga Melaka jom luangkan masa anda beramai-ramai ke Pesta Buku Catchnews yang akan diadakan pada 14hb November 2011 sehingga 22hb Januari 2012 di Perkarangan promosi, Tingkat Bawah, Mydin MITC, Melaka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan pelbagai promosi hebat yang ditawarkan.Jangan lupa dapatkan Buku resipi hasil karya Chef Arm terbitan PTS Millennia yang diantaranya berjudul Hidangan Terbaik dunia Masakan Siam, hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Jualan Buku Sempena Karnival Ilmu Perpustakaan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Mari beramai-ramai ke Booth Grup Buku Karangkraf Sempena Karnival Ilmu Perpustakaan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani pada 16hb November 2011 di Presint 4, Putrajaya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan dapatkan diskaun hebat sebanyak 20%.Jangan lupa dapatkan Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku karangkraf ).

Jom Ke Jualan Buku Di ADTEC Shah Alam.

Jom Ramai-ramai ke Jualan Buku di Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ) Shah Alam pada 16hb November 2011 daripada jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang dan jangan lupa dapatkan Buku Resipi Hasil karya Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) serta terdapat diskaun sebanyak 20% yang ditawarkan.

Selasa, 15 November 2011

Chef Arm Anjur Kerja Amal Bantu Golongan OKU, Anak Yatim, Ibu Tunggal & Warga Emas ( Majalah Aroma - November 2011 )

Baru-baru ini bertempat di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim Piatu, Warga Emas & Orang Kurang Upaya, Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan kerja amal bagi membantu mereka yang amat memerlukan.Dimana peminat-peminat Chef Arm juga turut hadir memberikan bantuan produk makanan, pakaian terpakai dan juga bahan bacaan terkini.Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan Chef Arm juga sempat beramah mesra dengan semua penghuni Rumah Titian Kaseh.

Chef Arm Memeriahkan Karnival Usahawan Desa Putrajaya 2011.( Majalah Aroma - November 2011 )

Chef Arm selaku Duta bagi produk makanan Jenama Mia keluaran Nurlys Enterprise telah hadir ke Karnival Usahawan Desa 2011 yang telah pun berlangsung di Putrajaya pada 21hb hingga 25hb September 2011 yang lalu.Produk makanan yang dikeluarkan oleh Nurlys adalah seperti Sos Lada Hitam, Tepung Tempura, Tepung Cendawan dan Tepung Ayam.Produk yang sememangnya berkualiti dan bermutu tinggi ini adalah 100% keluaran bumiputra dan dijamin halal.

Air Tangan Chef Arm ( Majalah Aroma - November 2011 )

Dapatkan kini Majalah Aroma terbitan bulan November 2011 kerana terdapatnya 6 buah resipi istimewa hasil air tangan Chef Arm buat para pembaca Majalah Aroma.Antara resipi yang ditampilkan adalah seperti Ayam Masak Kicap Ala Singapura, Ikan Kembung Goreng Bercili Ala Thai, Serunding Kelapa, Kek Coklat Koko, Kek Sitrus dan Puding Roti Beryogurt.Dapatkannya sekarang juga di pasaran selagi stok masih ada.

Ahad, 6 November 2011

Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Tersenarai Dalam Top 200 Jualan Tertinggi Bagi Bulan Oktober 2011

Sebuah Buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia tersenarai dalam Top 200 jualan tertinggi bagi bulan Oktober 2011.Buku tersebut adalah yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam di tangga ke- 72.Terima kasih buat semua yang sentiasa terus memberikan sokongan.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jom Ke Mini Karnival Karangkraf Di Johor Bahru.

Jom ramai-ramai ke Mini Karnival Karangkraf di Plaza Angsana , Johor Bahru yang diadakan sejak 28hb Oktober 2011 sehingga 30hb Oktober 2011 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.Jadi kepada yang ingin mendapatkan Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) boleh dapatkannya disana dengan tawaran diskaun hebat sebanyak 20%.Jom kita jumpa disana.

Isnin, 24 Oktober 2011

Demonstrasi Masakan Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Sambutan Hari Keluarga KWSP.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Demonstrasi Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Bukit Jalil bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) yang sememangnya cukup meriah dan dihadiri lebih daripada 5 ribu orang.Sewaktu Demo masakan ini Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan iaitu Kerabu Limau Bali, Spagheti Bolognese dan Kek Coklat Koko.

Isnin, 17 Oktober 2011

Program Keluarga Angkat Chef Arm ( Program Amal ) Di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Hari ini pada 16hb Oktober 2011 ( Ahad ) Chef Arm Kitchen Services telah pun mengadakan Program amal iaitu Program Keluarga Angkat Chef Arm di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Warga Tua, Anak Yatim Piatu, Ibu Tunggal dan Orang Kurang Upaya.Pihak kami telah membuat lawatan sambil beramah mesra bersama penghuni Rumah Ttian Kaseh serta memberikan Sumbangan dalam bentuk pakaian, produk makanan & bahan bacaan.Sekiranya terdapat sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan dalam bentuk kewangan anda boleh salurkan ke no akaun 564061002172 di atas nama Pusat Jagaan Titian Kaseh.

Ahad, 16 Oktober 2011

Demo Masakan Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Hari Makanan Sedunia Dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Hari ini pada 16hb Oktober 2011 ( Ahad ) Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan secara langsung daripada Sri Pentas TV3 bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 dalam segmen sarapan bersempena dengan Hari Makanan sedunia Yang telah pun diacarakan oleh Fizo Omar.Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan iaitu Kubis Gulung Berinti dan juga Jus Cinderella.

Isnin, 10 Oktober 2011

2 Buah Buku Resipi Chef Arm Tersenarai Dalam Top 200 Jualan Tertinggi Bagi Bulan September 2011.

2 Buah Buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia tersenarai dalam Top 200 jualan tertinggi bagi bulan September 2011.Buku tersebut adalah yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam di tangga ke- 105 dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah pula berada di tangga ke-183.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Demonstrasi Masakan Sihat Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Minggu Pendidikan Pengguna.

Baru-baru ini bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru Chef Arm telah diundang bagi mengadakan Demonstrasi masakan sihat sempena Minggu Pendidikan Pengguna bagi kempen galakkan membaca.Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan masakan iaitu Telur Kukus Sri Rampai, Kubis Gulung Berinti dan Kerabu Limau Bali yang telah dihadiri oleh lebih 100 orang kakitangan kolej, pelajar dan peminat-peminat Chef Arm.

Chef Arm Menjadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O Di TV9 ( Majalah Aroma-Oktober 2011 )

Pada 17hb September 2011 yang lalu jugak pihak Media Prima bagi saluran TV9 telah mengundang 3 orang selebriti Chef iaitu Chef Ar, Chef Jason & Chef Anis Nabila dalam bual bicara mengenai masakan Rendang yang disiarkan secara langsung dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 yang diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.

Demonstrasi Masakan Sempena Festival Makanan 1 Malaysia Di UTM Kuala Lumpur.( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Pada 17hb September 2011 yang lalu Selebriti Chef Arm telah diundang bagi mengadakan Demonstrasi masakan bersempena Festival Makanan 1 Malaysia yang telah diadakan di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur daripada pukul 12 tengahari hingga 5 petang dimana Chef Arm telah menampilkan 2 jenis hidangan iaitu Kerabu limau bali dengan mangga muda dan mee segera bersos bolognese.Program ini cukup meriah yang dihadiri oleh lebih 50 orang penduduk berdekatan dan pelajar UTM sendiri.

Peminat Serbu Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm ( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Pelbagai cerita menarik dikongsikan oleh Chef Arm di dalam Majalah Aroma keluaran Oktober 2011 antarantaranya ialah berita peminat serbu rumah terbuka aidilfitri Selebriti Chef Arm 2011 yang telah diadakan di Kediaman Chef Arm yang terletak di Johor Bahru.Makanan yang dihidangkan lebih daripada 20 jenis hidangan masakan dan peminat Chef Arm yang hadir memeriahkan majlis ini lebih daripada 100 orang yang hadir.Terima kasih buat semua peminat yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.

Menu Selera Chef Arm ( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Dapatkan Majalah Aroma keluran bulan Oktober 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya 7 hidangan Menu Selera hasil air tangan Chef Arm iaitu antaranya ialah Rendang Kambing, Kubis Gulung Berinti, Chicken Chop, Makaroni Goreng Berempah, Pai Ayam, Ikan Talapia Kukus Dengan Bunga Kantan dan Mee Tumis Rampai.Diharapkan diatas semua resipi yang dipaparkan ini, dapatlah anda semua mencuba sendiri akan setiap masakan tersebut.

Program Masakan Sambil Melancong Ke Bangkok, Thailand Bersama Selebriti Chef Arm.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand anjuran Suri Media Sdn. Bhd. pada Bulan Febuari 2012.Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan disana, dan ianya terhad untuk 30 orang sahaja.Bagi mendapatkan maklumat lengkap anda boleh dapatkannya pada Majalah Aroma terbitan bulan Oktober 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.ataupun menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494

Program percutian Bersama Selebriti Chef Arm Ke Kuching, Sarawak.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program Percutian Bersama Selebriti Chef Arm Ke Kuching, Sarawak pada 22hb Disember 2011 ini selama 4 hari 3 malam anjuran Suri Media Sdn. Bhd. dengan harga RM1000 ( Seribu sahaja ).Harga ini merangkumi Tiket Penerbangan pergi & balik, makan & minum selama 4 hari 3 malam ( Sarapan, Makan Tengahari & makan malam ), Penginapan di Hotel bertaraf 4 bintang, insurans, Pemandu Pelancong, Bayaran Cargo Beg, Pengangkutan bas sewaktu di sarawak dan lawatan ke lebih 20 buah tempat pelancongan di Kuching, sarawak.Jika berminat boleh PM saya di FB ( Chef Arm ) dengan segera, ini kerana tempat terhad kepada 50 orang sahaja.

Program Keluarga Angkat Chef Arm ( Program Amal )

Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan Program Keluarga Angkat Chef Arm iaitu sebuah program amal di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur pada 16hb Oktober 2011 ini ( Ahad ).Rumah Titian Kaseh ini menempatkan Anak yatim piatu, orang kurang upaya, warga tua dan Ibu Tunggal.Jadi pihak kami mengadakan promosi dengan membuat jualan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm di bawah Terbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) hanya dengan harga RM70 sahaja termasuk penghantaran melalui pos laju dan belian secara terus daripada pihak kami serta hasil jualan ini akan disumbangkan ke Rumah Titian Kaseh..Sekiranya anda berminat juga boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, produk makanan ataupun pakaian terpakai ke pusat pengumpulan sumbangan ini di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.

Chef Arm Berkunjung Ke Karnival Usahawan Desa Sebagai Duta Produk Makanan.

Baru-baru ini bertempat di Putrajaya Presint 2 telah berlangsungnya Karnival Usahawan Desa dan Chef Arm selaku Duta Produk makanan tersebut  telah diundang ke Gerai Produk Makanan jenama Mia keluaran Nurlys bagi memeriahkan lagi suasana jualan tersebut di Karnival Usahawan Desa 2011.

Isnin, 19 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm Cukup Meriah.



Baru-baru ini pada 18hb September 2011 bersamaan dengan hari Ahad telah berlangsungnya Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm di Kediaman Chef Arm yang beralamat di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.Rata-rata kebanyakannya yang hadir adalah sahabat dan para peminat Chef Arm.Setiap yang hadir bukan sahaja dapat merasai hidangan hasil air tangan Chef Arm malah dapat juga Majalah Masakan The Cook secara percuma.

Demonstrasi Masakan Sempena Festival Makanan 1 Malaysia Di UTM Kuala Lumpur.

Pada 17hb September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu Pihak UTM Kuala Lumpur telah mengundang Chef Arm bagi mengadakan Demonstrasi Masakan bersempena dengan Festival Makanan 1 Malaysia.Sewaktu program ini Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan Masakan yang ringkas iaitu Mee Segera Bersos Bolognese dan Kerabu Limau Bali Dengan Mangga Muda.

Chef Arm Menjadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O Secara Langsung Di TV9.

Pada 17hb September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu dari jam 8 Pagi hingga 10 pagi, Chef Arm telah menjadi tetamu jemputan bersama dengan Chef Jason & Chef Anis Nabila bagi bual bicara mengenai Rendang secara langsung di TV9 daripada Sri Pentas TV3 dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O yang telah diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.Dalam Rancangan ini setiap Chef Jemputan telah diminta menyediakan satu jenis hidangan Rendang dan berkongsi akan tips, cara penyediaan dan sebagainya mengenai Rendang.Sewaktu Rancangan ini Chef Arm telah menyediakan hidangan Rendang Kambing.