Sabtu, 29 Oktober 2011

Jom Ke Mini Karnival Karangkraf Di Johor Bahru.

Jom ramai-ramai ke Mini Karnival Karangkraf di Plaza Angsana , Johor Bahru yang diadakan sejak 28hb Oktober 2011 sehingga 30hb Oktober 2011 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.Jadi kepada yang ingin mendapatkan Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) boleh dapatkannya disana dengan tawaran diskaun hebat sebanyak 20%.Jom kita jumpa disana.

Isnin, 24 Oktober 2011

Demonstrasi Masakan Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Sambutan Hari Keluarga KWSP.

Baru-baru ini telah berlangsungnya Demonstrasi Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Bukit Jalil bersempena dengan Sambutan Hari Keluarga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP ) yang sememangnya cukup meriah dan dihadiri lebih daripada 5 ribu orang.Sewaktu Demo masakan ini Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan iaitu Kerabu Limau Bali, Spagheti Bolognese dan Kek Coklat Koko.

Isnin, 17 Oktober 2011

Program Keluarga Angkat Chef Arm ( Program Amal ) Di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur.

Hari ini pada 16hb Oktober 2011 ( Ahad ) Chef Arm Kitchen Services telah pun mengadakan Program amal iaitu Program Keluarga Angkat Chef Arm di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Warga Tua, Anak Yatim Piatu, Ibu Tunggal dan Orang Kurang Upaya.Pihak kami telah membuat lawatan sambil beramah mesra bersama penghuni Rumah Ttian Kaseh serta memberikan Sumbangan dalam bentuk pakaian, produk makanan & bahan bacaan.Sekiranya terdapat sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan dalam bentuk kewangan anda boleh salurkan ke no akaun 564061002172 di atas nama Pusat Jagaan Titian Kaseh.

Ahad, 16 Oktober 2011

Demo Masakan Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Hari Makanan Sedunia Dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Hari ini pada 16hb Oktober 2011 ( Ahad ) Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan secara langsung daripada Sri Pentas TV3 bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 dalam segmen sarapan bersempena dengan Hari Makanan sedunia Yang telah pun diacarakan oleh Fizo Omar.Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan iaitu Kubis Gulung Berinti dan juga Jus Cinderella.

Isnin, 10 Oktober 2011

2 Buah Buku Resipi Chef Arm Tersenarai Dalam Top 200 Jualan Tertinggi Bagi Bulan September 2011.

2 Buah Buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia tersenarai dalam Top 200 jualan tertinggi bagi bulan September 2011.Buku tersebut adalah yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam di tangga ke- 105 dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah pula berada di tangga ke-183.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Demonstrasi Masakan Sihat Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Minggu Pendidikan Pengguna.

Baru-baru ini bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru Chef Arm telah diundang bagi mengadakan Demonstrasi masakan sihat sempena Minggu Pendidikan Pengguna bagi kempen galakkan membaca.Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan masakan iaitu Telur Kukus Sri Rampai, Kubis Gulung Berinti dan Kerabu Limau Bali yang telah dihadiri oleh lebih 100 orang kakitangan kolej, pelajar dan peminat-peminat Chef Arm.

Chef Arm Menjadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O Di TV9 ( Majalah Aroma-Oktober 2011 )

Pada 17hb September 2011 yang lalu jugak pihak Media Prima bagi saluran TV9 telah mengundang 3 orang selebriti Chef iaitu Chef Ar, Chef Jason & Chef Anis Nabila dalam bual bicara mengenai masakan Rendang yang disiarkan secara langsung dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 yang diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.

Demonstrasi Masakan Sempena Festival Makanan 1 Malaysia Di UTM Kuala Lumpur.( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Pada 17hb September 2011 yang lalu Selebriti Chef Arm telah diundang bagi mengadakan Demonstrasi masakan bersempena Festival Makanan 1 Malaysia yang telah diadakan di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur daripada pukul 12 tengahari hingga 5 petang dimana Chef Arm telah menampilkan 2 jenis hidangan iaitu Kerabu limau bali dengan mangga muda dan mee segera bersos bolognese.Program ini cukup meriah yang dihadiri oleh lebih 50 orang penduduk berdekatan dan pelajar UTM sendiri.

Peminat Serbu Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm ( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Pelbagai cerita menarik dikongsikan oleh Chef Arm di dalam Majalah Aroma keluaran Oktober 2011 antarantaranya ialah berita peminat serbu rumah terbuka aidilfitri Selebriti Chef Arm 2011 yang telah diadakan di Kediaman Chef Arm yang terletak di Johor Bahru.Makanan yang dihidangkan lebih daripada 20 jenis hidangan masakan dan peminat Chef Arm yang hadir memeriahkan majlis ini lebih daripada 100 orang yang hadir.Terima kasih buat semua peminat yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.

Menu Selera Chef Arm ( Majalah Aroma - Oktober 2011 )

Dapatkan Majalah Aroma keluran bulan Oktober 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya 7 hidangan Menu Selera hasil air tangan Chef Arm iaitu antaranya ialah Rendang Kambing, Kubis Gulung Berinti, Chicken Chop, Makaroni Goreng Berempah, Pai Ayam, Ikan Talapia Kukus Dengan Bunga Kantan dan Mee Tumis Rampai.Diharapkan diatas semua resipi yang dipaparkan ini, dapatlah anda semua mencuba sendiri akan setiap masakan tersebut.

Program Masakan Sambil Melancong Ke Bangkok, Thailand Bersama Selebriti Chef Arm.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand anjuran Suri Media Sdn. Bhd. pada Bulan Febuari 2012.Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan disana, dan ianya terhad untuk 30 orang sahaja.Bagi mendapatkan maklumat lengkap anda boleh dapatkannya pada Majalah Aroma terbitan bulan Oktober 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.ataupun menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494

Program percutian Bersama Selebriti Chef Arm Ke Kuching, Sarawak.

Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program Percutian Bersama Selebriti Chef Arm Ke Kuching, Sarawak pada 22hb Disember 2011 ini selama 4 hari 3 malam anjuran Suri Media Sdn. Bhd. dengan harga RM1000 ( Seribu sahaja ).Harga ini merangkumi Tiket Penerbangan pergi & balik, makan & minum selama 4 hari 3 malam ( Sarapan, Makan Tengahari & makan malam ), Penginapan di Hotel bertaraf 4 bintang, insurans, Pemandu Pelancong, Bayaran Cargo Beg, Pengangkutan bas sewaktu di sarawak dan lawatan ke lebih 20 buah tempat pelancongan di Kuching, sarawak.Jika berminat boleh PM saya di FB ( Chef Arm ) dengan segera, ini kerana tempat terhad kepada 50 orang sahaja.

Program Keluarga Angkat Chef Arm ( Program Amal )

Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan Program Keluarga Angkat Chef Arm iaitu sebuah program amal di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur pada 16hb Oktober 2011 ini ( Ahad ).Rumah Titian Kaseh ini menempatkan Anak yatim piatu, orang kurang upaya, warga tua dan Ibu Tunggal.Jadi pihak kami mengadakan promosi dengan membuat jualan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm di bawah Terbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) hanya dengan harga RM70 sahaja termasuk penghantaran melalui pos laju dan belian secara terus daripada pihak kami serta hasil jualan ini akan disumbangkan ke Rumah Titian Kaseh..Sekiranya anda berminat juga boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, produk makanan ataupun pakaian terpakai ke pusat pengumpulan sumbangan ini di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.

Chef Arm Berkunjung Ke Karnival Usahawan Desa Sebagai Duta Produk Makanan.

Baru-baru ini bertempat di Putrajaya Presint 2 telah berlangsungnya Karnival Usahawan Desa dan Chef Arm selaku Duta Produk makanan tersebut  telah diundang ke Gerai Produk Makanan jenama Mia keluaran Nurlys bagi memeriahkan lagi suasana jualan tersebut di Karnival Usahawan Desa 2011.