Khamis, 21 Oktober 2010

Jom Kunjungi Promosi Buku Hujung Minggu @ PTS

Jom ramai-ramai kunjungi premis Showroom PTS, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan bagi program Hujung Minggu @ Pts iaitu bagi mempromosikan buku-buku terbitannya.pada 30hb Oktober ini bersamaan dengan hari sabtu jam 10 pagi hingga 6 petang.PTS juga menawarkan pelbagai diskaun hebat iaitu 25% untuk semua buku dan 50% hanya untuk buku terpilih sahaja.Jangan lupa dapatkan pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm disana diantaranya Buku Resipi Hidangan Mudah Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Jom Ke Fiesta Buku Karangkraf.


Jom hadirkan diri anda semua ke Fiesta Buku Karangkraf yang akan diadakan pada 29hb Oktober 2010 hingga 31hb Oktober 2010 di Premis Alaf 21 Sdn. Bhd., Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.Pelbagai acara menarik yang akan turut diadakan nanti dan yang pasti Kumpulan Karangkraf menawarkan diskaun yang hebat sebanyak 30% untuk semua buku di bawah penerbitannya.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bakal Terbit Buku Resipi Terbaru Chef Arm Yang Berjudul Citarasa Malaysia Masakan Sabah.

Jangan lupa dapatkan Buku Resipi terbaru hasil karya Chef Arm sendiri yang akan diterbitkan pada 18hb Oktober 2010 ini dibawah penerbitan PTS Milennia Sdn. Bhd.Terdapat pelbagai resipi asli kaum dan etnik masyarakat di Sabah yang unik dan istimewa ditampilkan oleh Chef Arm.Buku resipi ini cukup berpatutan harganya iaitu RM5.50 bagi Semenanhung Malaysia dan RM6.50 bagi Negeri Sabah & Sarawak.Anda juga boleh mendapatkan kesemua koleksi Buku Resipi Chef Arm secara online di laman portal PTS iaitu http://www.pts.com.my/

Rabu, 13 Oktober 2010

Dapatkan Pelbagai Resipi Menarik Chef Arm Dalam Majalah The Cook


Kini kepada semua peminat Chef Arm boleh mendapatkan pelbagai resipi menarik Chef Arm di dalam Majalah masakan The Cook bagi setiap keluarannya mulai bulan November sehinggalah isu-isu akan datang.Chef Arm juga telah dilantik sebagai salah seorang Wartawan dalam Sidang Redaksi Majalah Masakan The Cook.Terima kasih kepada Team Majalah The Cook yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan memberi ruang untuk saya mengetengahkan pelbagai resipi.

Resipi Istimewa Chef Arm Di Majalah Rasa.

Dapatkan kini Majalah Rasa terbitan bulan November 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapat 1 lagi resipi istimewa daripada saya yang menampilkan penggunaan produk Agnesi Pasta iaitu pasta terbaik dalam tradisi Itali.Kini Agnesi Pasta mengadakan promosi hebat, apa tunggu lagi jom serbu Pasaraya Jusco berdekatan untuk mendapatkan Agnesi Pasta.