Rabu, 30 Januari 2013

Dapatkan Buku Resipi Chef Arm Di Karnival Kumpulan Media Karangkraf.

Jom ramai-ramai ke Karnival Kumpulan Media Karangkraf pada 01hb Febuari 2013 sehingga 03hb Febuari 2013 dari jam 9 pagi hingga 7 malam yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf )

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku 1 Malaysia 2013.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku 1 Malaysia pada 30hb Januari 2013 sehingga 03hb Febuari 2013 dari jam 10 pagi hingga 8 malam yang diadakan di Booth B06 - B35, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ).Jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai judul buku resipi Chef Arm dibawah penerbitan PTS Millennia antaranya yang berjudul Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Bazar Buku Malaysia.

Jom ramai-ramai ke Bazar Buku Malaysia pada 25hb Januari 2013 sehingga 03hb Febuari 2013 dari jam 8.30 malam hingga 2 pagi yang diadakan di Mines Downtown Night Market, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.Jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai judul buku resipi Chef Arm dibawah penerbitan PTS Millennia antaranya yang berjudul Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.

Selasa, 29 Januari 2013

Kempen Membaca Bukti Soikongan Padu Chef Arm ( Majalah Aroma keluaran Bulan Febuari 2013 ).

Baru-baru ini Chef Arm telah diundang ke Program Membaca setinggi Awan Sempena Program Seronoknya Cuti di Menara Kuala Lumpur anjuran PTS Media Group dengan kerjasama pihak UITM.Di suatu majlis yang berlainan Chef Arm telah menyumbangkan buku-buku resipinya kepada semua Perpustakaan Desa di seluruh Malaysia.bagi mendapatkan artikel penuh program ini anda boleh dapatkan majalah Aroma keluaran bulan Febuari 2013.

Selasa, 22 Januari 2013

Jom Sertai Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri Kelas Masakan Bersama Chef Arm sila rujuk jadual di bawah ataupun terus menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494 : -

Tarikh : 27hb Januari 2013 ( Ahad ).
Masa : 3 Petang hingga 6 Petang.
Tempat : No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.
Bayaran : RM100 ( 3 Jenis Masakan ).
Menu : Chocolate Cake / Ice Cream Goreng / Coconut Shake.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 26hb Januari 2013 ( Ahad ).

Sabtu, 5 Januari 2013

Chef Arm Dalam Rancangan Malaysia Hari Ini Di TV3.

Baru-baru ini Chef Arm telah muncul dalamn Rancangan Malaysia Hari Ini ( MHI ) secara langsung di saluran TV3 bagi menunjukkan Demo Masakan dan memberi info tentang bekalan makanan yang sesuai dan berkhasiat buat bekalan anak-anak ke sekolah.