Sabtu, 14 Mei 2011

Junior Chef Bersama Chef Arm

Baru-baru ini Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan satu program Junior Chef di Tadika Baitul Sofia dimana ia melibatkan kanak-kanak dalam program ini.Sewaktu program tersebut dijalankan Chef Arm telah pun menunjukkan 3 jenis hidangan ringkas yang sesuai untuk kesihatan tumbesaran kanak-kanak antaranya ialah Bubur Nestum, Bebola Keju dan Milo Smoothies.Selain Demo Masakan yang dipertunjukkan oleh Chef Arm terdapat juga kalangan ibu bapa yang membuat pembelian buku-buku resipi Chef Arm secara tempahan terlebih awal.Setiap pelajar telah pun diberikan dengan senaskah Majalah The Cook Secara percuma.

Chef Arm Juri Bagi Pertandingan Memasak Antara Sekolah Menengah Peringkat Putrajaya

Pada 11hb Mei 2011 baru-baru ini Chef Arm telah mendapat undangan daripada Pihak Jabatan Pelajaran Putrajaya & Nestle Product Sdn. Bhd. bagi menjadi juri untuk Pertandingan Memasak Peringkat Negeri-negeri yang telah pun dijalankan di SMK Putrajaya presint 8 ( 1 ). Pertandingan ini melibatkan 8 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.Pertandingan ini juga telah diadili oleh 3 orang panel pengadil iaitu wakil daripada Nestle Products, Wakil Jabatan Pelajaran Putrajaya dan saya sendiri.Kesemua peserta sememangnya cukup berbakat menyediakan pelbagai sajian kreatif hasil idea mereka sendiri yang berkonsepkan Makan Damai Majlis Perkahwinan.

Selasa, 10 Mei 2011

Chef Arm Pengadil Pertandingan Dekorasi Kek

Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2 Chef Arm telah pun diundang menjadi Pengadil bagi Pertandingan Dekorasi Kek bersempena dengan Minggu pendidikan Khas yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut.Ini adalah salah satu usaha bagi memberikan pendedahan kepada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka.Terima kasih kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd. Johor Bahru, Fonterra Johor Bahru dan Fama yang telah sudi menaja hadiah atas usaha permohonan daripada Chef Arm Kitchen Services.

Demo Masakan Bersama Chef Arm & Pelajar Pendidikan Khas ( OKU )

Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2, Pasir Gudang, Johor, Chef Arm telah mengadakan Demonstrasi Masakan bersama pelajar-pelajar Oku sambil mempromosikan Buku-buku resipinya di bawah penerbitan Buku Prima ( Kumpulan Media Karangkraf ) dan PTS Millennia.Antara resipi yang dipertunjukkan adalah seperti Pai Ayam, Peach Tart dan Jus Timun Alaska dimana ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar istimewa ini untuk hidup berdikari dan menjana ekonomi sara hidup sendiri setelah tamat pembelajaran nanti.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd Johor Bahru dan Fonterra johor Bahru yang telah sudi menaja program ini yang telah dianjurkan oleh Chef arm Kitchen Services.

Ahad, 1 Mei 2011

Demo Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Baru-baru ini Chef Arm telah pun mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Booth PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.Program ini adalah bertujuan bagi mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia.Antara judul buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang sudah pun berada di pasaran adalah Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Dimana kesemua buku-buku resipi ini hanya berharga RM5.50 sahaja tetapi sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, buku-buku resipi Chef Arm diberikan diskaun hebat sebanyak 15% setiap judul.Sambutan terhadap Demo Masakan Chef Arm sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ini amat menggalakkan.