Khamis, 31 Disember 2009

Terima Kasih Pihak Media

Setinggi -tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak media yang telah terlibat membuat liputan sewaktu Sidang Media bagi penerbitan Buku Masakan Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm.Terima Kasih kepada semua Editor, Wartawan & Jurugambar yang hadir yang terdiri daripada Buku Prima Sdn. Bhd, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, Majalah Rasa, Majalah Dapur Impiana, Majalah Libur, Akbar Sinar Harian, Majalah Saji, Akbar Utusan Malaysia & Pts Milennia Sdn. Bhd.Terima Kasih sekali lagi, diharapkan kita masih dapat menjalinkan kerjasama lagi.

Selasa, 29 Disember 2009

Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Fama telah mengadakan Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009 yang telah bekerjasama dengan salah sebuah Majalah Seri Dewi & Keluarga iaitu sebuah keluaran Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.Pencarian Chef Kreatif Bagi Peringkat Akhir ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 20/12/2009 ( Ahad ) & 21/12/2009 ( Isnin ) yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam.Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Peringkat Akhir ini telah diadili oleh Selebriti Chef Maggi iaitu Chef Muluk, Editor Majalah Seri Dewi & Keluarga iaitu Puan Norlis Salusi, Bekas Pengerusi Persatuan Chef-chef Malaysia iaitu Chef Joe, Pegawai daripada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd dan Pegawai daripada Lembaga Pemasaran Pertanian ( Fama ).Terdapat hanya 10 orang peserta sahaja yang terpilih ke peringkat akhir Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009 daripada 400 orang Penyertaan awal di peringkat saringan.Hadiah-hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.Sewaktu Peringkat akhir ini semua peserta menunjukkan persembahan yang terbaik dan saya telah pun menyediakan 2 menu hidangan istimewa iaitu Spagheti Goreng Sayuran Ala Kampung dan Kek Nanas Nostalgia.Alhamdullilah pihak juri memberikan komen-komen yang terbaik buat kedua-dua resipi pilihan saya