Isnin, 19 September 2011

Chef Arm Menjadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O Secara Langsung Di TV9.

Pada 17hb September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu dari jam 8 Pagi hingga 10 pagi, Chef Arm telah menjadi tetamu jemputan bersama dengan Chef Jason & Chef Anis Nabila bagi bual bicara mengenai Rendang secara langsung di TV9 daripada Sri Pentas TV3 dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O yang telah diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.Dalam Rancangan ini setiap Chef Jemputan telah diminta menyediakan satu jenis hidangan Rendang dan berkongsi akan tips, cara penyediaan dan sebagainya mengenai Rendang.Sewaktu Rancangan ini Chef Arm telah menyediakan hidangan Rendang Kambing.

Tiada ulasan: