Isnin, 26 April 2010

3hb Mei 2010 Tarikh Yang Dinanti

Nantikan kemunculan kelahiran ke-2 Buku Masakan Hasil Ciptaan Chef Arm yang berjudul Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Brunei terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. yang akan menjengah ke pasaran di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak pada 03hb Mei 2010 ini.Ini sekaligus adalah hadiah kepada Sambutan Hari Lahir saya bakal disambut pada 06hb Mei 2010 ini yang ke 28 Tahun.Jangan lupa dapatkan segera cukup murah hanya RM5.50 sahaja.

Dapatkan Majalah Maskulin Keluaran Bulan Mei 2010

Kepada semua peminat-peminat setia Chef Arm jangan lupa untuk mendapatkan Majalah terkemuka terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. iaitu Majalah Maskulin keluaran Bulan Mei 2010 di bahagian ruangan Bujang Di Dapur, terdapat resipi hasil ciptaan Chef Arm iaitu Ayam Panggang Citarasa ST. Dalfour yang cukup menyelerakan.Jangan lupa dapatkan Majalah Maskulin yang kini sudah pun berada di pasaran dan sekaligus mencuba resipi hebat daripada saya Chef Muda Terkenal ( Chef Arm ).

Nantikan Kemunculan Gandingan Hebat 2 Selebriti Popular Masa Kini iaitu Maria Tunku Sabri & Chef Arm di TV3

Pada 15hb April 2010 yang lepas telah berlakunya satu Perbincangan bersama antara PA Chef Arm, Assistant Cook Chef Arm, Chef Arm & Maria Tunku Sabri.Sewaktu perbincangan ini banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya penglibatan Chef Arm untuk rancangan amal seperti Bersamamu dan Singgah Sahur.Juga perbincangan untuk menghidupkan semula rancangan Bual Bicara Bersama Maria Tunku Sabri & Chef Arm. Terdapat juga 2 projek besar yang dirancang iaitu bagi rancangan Jelajah Malaysia iaitu dimana Maria Tunku Sabri bersama Chef Arm akan menjelajah tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di seluruh Malaysia dan mempromosikan masakan-masakan istimewa daripada setiap negeri yang dikunjungi serta menjelajah pusat-pusat membeli belah yang popular di Malaysia.Satu lagi rancangan tv ini berjudul Jelajah Dunia Bersama Maria Tunku Sabri & Chef Arm.Jangan lupa nantikan pelbagai rancangan menarik daripada 2 Selebriti terkenal iaitu Maria Tunku Sabri & Chef Arm di TV3.

Demo Masakan Bersama Chef Arm ( Maggi Studio )

Pada 15hb April 2010 yang lepas telah berlangsungnya Demo Masakan daripada Chef Arm di Studio Maggi yang terletak di Pejabat Nestle, Mutiara Damansara.Pada waktu itu saya telah mempersembahkan satu demo masakan yang menggunakan produk Pes Sambal Tumis Maggi dan menghasilkan satu resipi ilham ciptaan saya sendiri iaitu Kek Sambal Tumis Daging Berkeju.Terima Kasih kepada pihak Maggi yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya bagi mempromosikan Pes Sambal Tumis Maggi dengan menggunakan resipi hasil ciptaan saya sendiri.Sememangnya produk-produk daripada Nestle terutamanya Maggi sememangnya bermutu tinggi.

Sunrise Cooking Class By Chef Arm

Pada 10hb April 2010 telah berlangsungnya Sunrise Cooking Class By Chef Arm diadakan di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Kelas Masakan ini hanya dibuka buat masyarakat komuniti Sunrise sahaja.Terima Kasih kepada pihak Sunrise Berhad yang telah sudi menjemput saya bagi mengadakan kelas masakan.Kelas masakan itu telah dihadiri seramai 15 orang peserta dan kakitangan Sunrise Bhd.komuniti Penduduk yang hadir bagi kelas masakan tersebut yang terdiri daripada bangsa Jepun, India, Sri Lanka, China, US & Malaysia.Pada hari itu saya telah menunjukkan 4 jenis demo masakan yang terdiri daripada masakan Fusion iaitu Salad Ayam Beryogurt, Sup Tomato, Nasi Khazanah Laut, Pasta Lada Hitam.Resipi-resipi ini semua ada terdapat pada Buku Masakan saya iaitu Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm ia juga secara tidak langsung adalah bertujuan mempromosikan buku masakan tersebut.Terima Kasih juga kepada para penaja produk yang terdiri daripada Prima Komited Sdn. Bhd. ( Ok Home Appliance ), Socma Trading Sdn. Bhd. ( Santan Harmuni / Tisu Beautex / Minyak Masak Golden Circle ) & Shriro ( M ) Sdn. Bhd. ( Agnesi Pasta / Dilmah Tea ).

Majlis Pelancaran Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm

Pada 09hb April 2010 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. ( Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. ) di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Sambutan yang diberikan cukup meriah daripada Masyarakat komuniti Sunrise yang terdiri daripada bangsa Jepun, India, Sri Lanka, China, US dan Malaysia.Gabungan masyarakat ini dijemput adalah bagi memantapkan lagi majlis pelancaran ini yang amat sesuai dengan konsep buku masakan tersebut iaitu Menu Fusion yang bermaksud masakan timur yang mempunyai campuran elemen ataupun citarasa barat.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua penaja yang terlibat dalam memeriahkan majlis pelancaran ini iaitu Ajinomoto ( M ) Bhd, Socma Trading Sdn. Bhd., Prima Komited Sdn. Bhd., Shriro ( M ) Sdn. Bhd., & Delfi Marketing Sdn. Bhd.Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan buat Sunrise Berhd yang sudi menaja lokasi & telah membantu dari segala aspek termasuklah dari aspek Props, Stage, Kakitangan dan sebagainya.Jauh di dalam lubuk hati saya ini ingin meluahkan rasa bangga apabila Buku masakan saya ini telah sudi dilancarkan oleh Pengurus Besar Sunrise Bhd sendiri.Walaupun segalanya berjalan lancar dengan penuh kemeriahan, kekecewaan daripada saya tetap ada apabila pihak Penerbit Buku Masakan saya sendiri iaitu Buku Prima Sdn. Bhd. dan Semua Wartawan daripada Majalah-majalah terkemuka Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang telah dijemput tidak dapat menghadirkan diri.Walau bagaimanapun Terima Kasih kepada Team Majalah Saji ( Utusan Karya Sdn. Bhd. ) yang sudi hadir bagi membuat liputan.

Sabtu, 24 April 2010

Sunrise My Best Recipe Cooking Contest

Pada 8hb April 2010 yang lalu pihak Sunrise Berhad telah melantik saya ( Chef Arm ) sebagai salah seorang Juri Peringkat Awal pertandingan tersebut.Pertandingan tersebut cukup meriah dengan kecoh dan kepetahan peserta.Konsep masakan pada masa itu bertemakan masakan sihat ala cina.Terdapat 2 peserta pada peringkat awal ini di mana salah seorangnya memasak masakan kegemaran saya iaitu hidangan pasta tetapi malangnya nasib tidak menyebelahinya kerana hidangan pastanya kurang mantap.So terima kasih saya ucapkan kepada Sunrise Berhad yang sudi melantik saya sebagai juri pertandingan kerana ini bagi saya adalah satu penghargaan.