Ahad, 26 Disember 2010

Kini Di Pasaran Buku Resipi Terbaru Chef Arm ( Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah )

Kini sudah berada di pasaran iaitu Buku Resipi terbaru hasil ilham daripada Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Terbitan PTS Millennia yang menampilkan 23 resipi hidangan asli pelbagai kaum etnik yang cukup unik daripada negeri di bawah bayu.kini anda boleh milikinya di MPH, Popular, Mynews, Gramedia, badan Cemerlang dan banyak lagi hanya dengan harga RM5.50 sahaja.

Jumaat, 17 Disember 2010

Resipi Lasagna Daging Hasil Ilham Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni

Kepada semua yang meminati dunia masakan kini anda boleh mencuba satu lagi resipi Istimewa hasil ilham Chef Arm iaitu lasagna Daging yang menggunakan produk Santan Harmuni.Resipi tersebut anda semua bolehlah mendapatkannya di belakang pek kotak santan Harmuni 200ml.Dapatkan sekarang produk Santan Harmuni yang boleh dimiliki sekarang di semua pasaraya hanya dengan harga RM1.70 sahaja sekotak.Jangan lupa untuk mencuba resipi yang terlampir di belakang pek santan Harmuni tersebut.Selamat mencuba.......................

Selasa, 14 Disember 2010

Promosi Akhir Tahun 2010 Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm ( Karangkraf Mall )

Bersempena dengan Promosi Akhir Tahun ini Buku Prima melalui Karangkraf Mall bermurah hati dengan memberikan Diskaun hebat sebanyak 25% apabila anda membeli Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm secara online dimana anda hanya perlu membayar sebanyak RM14.93 sahaja daripada harga asalnya iaitu RM19.90.Promosi ini hanya sah dari 15hb Disember 2010 sehingga 31hb Disember 2010.Memang cukup berbaloi jadi apa tunggu lagi dapatkannya segera secara online di Laman Portal Karangkraf Mall di http://mall.karangkraf.com/

Khamis, 2 Disember 2010

Buku Resipi Chef Arm Dipromosikan Di Perpustakaan Desa Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Alhamdulillah baru-baru ini Chef Arm telah menyerahkan Kesemua Judul Buku Resipi Chef Arm dibawah penerbitan Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ) & PTS Millennia kepada Pegawai Bertugas di Perpustakaan Desa Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.Dimana tujuan sebenar Chef Arm memberikan buku-buku resipi tersebut untuk diletakkan disana adalah untuk supaya masyarakat sekeliling mengenali latar belakang Chef Arm sepenuhnya, dapat meminjam dan mempelajari pelbagai masakan daripada hasil karya Chef Arm serta sekali gus dapat mempromosikan kesemua buku resipi Chef Arm kepada masyarakat umum.

Khamis, 25 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Turut Dipromosikan Di Restoran Kek Mma & HPA Halal Mart Klang.

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Restoran Kek Mma & HPA Halal Mart Bukit Tinggi Klang yang telah sudi membenarkan Buku-buku Resipi Chef Arm dipamerkan di premis mereka dan  mempromosikan Buku Resipi Chef Arm.Kepada mereka yang berkunjung di premis mereka ini dan berminat untuk mendapatkan buku-buku resipi Chef Arm tersebut jangan risau kerana anda boleh mendapatkannya di Kedai Buku Popular atau MyNews.com di Jusco Bukit Tinggi, Klang yang cukup berdekatan dengan premis mereka.

Ahad, 21 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Dijual di Singapura Dan Indonesia.

Alhamdulillah tidak disangka-sangka rasanya apabila saya terjumpa sendiri pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm terbitan Pts Millennia dijual di kedai-kedai Buku di Singapura dan Indonesia.Antara koleksi Buku Resipi Chef Arm yang terkelihatan dijual adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam.Terima kasih kepada semua Masyarakat penduduk di Negara Singapura & Indonesia yang telah pun membeli buku-buku resipi Chef Arm.

Buku Resipi Chef Arm Dipromosikan Di Warung Nasi Lemak & Burger.

Memang pelik bunyinya tapi ini sememangnya kenyataan.Saya berterima kasih sangat kepada pemilik warung kerana dengan cara promosi sebegini dapat menaikkan lagi hasil jualan buku resipi Chef Arm kerana dengan cara promosi dari mulut ke mulut kepada pembeli dan seterusnya kepada rakan-rakan pembeli dan seterusnya akan diwar-warkan pada semua orang di sekitarnya.Warung-warung ini berada di sekitar Johor Bahru, sekiranya anda ingin kunjungi warung-warung ini dapatkan alamatnya secara terus daripada Chef Arm di talian 017-8276084

Khamis, 18 November 2010

Chef Arm Kini Telah Menubuhkan Chef Arm Kitchen Services.

Baru-baru ini Chef Arm telah pun menubuhkan Chef Arm Kitchen Services dimana Chef Arm menyediakan perkhidmatan seperti di bawah ini dan sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 ataupun email di ericjb23@yahoo.com.sg

1. Tempahan Pelbagai Jenis Kek untuk pelbagai acara ( Perkahwinan, Private Party, Hari Lahir dll )
2. Katering bagi Pelbagai Majlis & Acara ( Private Function, Hari Lahir dan lain-lain )
3. Penyediaan Makan Beradab bagi semua Majlis Perkahwinan mengikut kaum.
4. Demonstrasi Masakan untuk pelbagai majlis & program.( Atas Jemputan - Kerajaan, Persatuan, swasta )
5. Kelas Masakan ( Atas Jemputan - Kerajaan, swasta, persatuan, perseorangan dll )

Rabu, 17 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Tersenarai Dalam 50 Buku Terlaris Terbitan PTS Millennia.

Baru-baru ini pihak Pts Publications & Distributors telah pun menyenaraikan 50 buah buku terlaris di pasaran bagi bulan Oktober.Menurut daripada maklumat tersebut Buku-buku resipi Chef Arm juga turut tersenarai dalam 50 buku terlaris tersebut.Antara buku terlaris tersebut adalah : -

1. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam (Tangga ke-7)
2. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura (Tangga Ke-11)
3. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur (Tangga Ke-12)
4. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa (Tangga Ke-13)


Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Millennia Telah Diulang Cetak Buat kali Ke-2

Buat pengetahuan semua peminat setia Chef Arm bahawasanya terdapat 3 buah Buku Resipi Chef Arm yang telah pun diulang cetak buat kali-2.Ini menunjukkan bahawasanya buku-buku tersebut laris di pasaran.Terima kasih kepada semua yang terus menyokong karya-karya Chef Arm.Diantara Buku Resipi yang telah diulang cetak buat kali ke-2 ialah : -

1. Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam.
2. Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.
3. Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.

Resipi Ikan Masak Acar Kuning Hasil Ilham Chef Arm didada Akbar Berita Harian.

Pada 07hb Oktober 2010 yang lalu resipi istimewa daripada Negara Brunei yang dibawakan oleh Chef Shamsul Anuar Yusof ataupun lebih mesra dengan panggilan Chef Arm telah disiarkan didada Akbar Berita Harian di bahagian laman Wanita ( Ratu ).Resipi ini juga anda semua boleh dapatkan pada Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei Terbitan PTS Millennia yang berada di pasaran hanya dengan harga RM5.50 sahaja bagi Semenanjung Malaysia & RM6.50 bagi negeri Sabah dan Sarawak.Anda juga boleh terus mendapatkan resipi tersebut dengan hanya dengan melayari laman http://eats.emedia.com.my/

Isnin, 15 November 2010

Nantikan Kemunculan Chef Arm Dalam Rancangan INTREND Di TV2.

Kali ini Chef Arm telah dikunjungi oleh grup daripada RTM bagi rancangan Intrend yang diacarakan oleh Sufian Amri ( Ean ) di Tv2.Kunjungan ini adalah bagi merakamkan salah satu episod rancangan Intrend yang berjudul SIFU DAPUR.Dalam episod ini Chef Arm telah menunjukkan demo masakan bagi 3 jenis hidangan iaitu Pasta Lada Hitam, Sup Betik Bersama Ayam dan Kubis Gulung Berinti.Chef Arm juga telah diinterview bagi menceritakan akan kejayaan2 sebagai seorang Chef Muda yang berjaya.Nantikan kemunculan Chef Arm di kaca tv anda pada 04hb Disember 2010 ( Sabtu ) pada jam 3.30 Petang hingga 4.00 Petang di saluran RTM di TV2 dalam Rancangan Intrend.

Sabtu, 13 November 2010

Promosi Buku Resipi Chef Arm di Johor Bahru Sempena Malam Akhir Penganugerahan Pelajar.

Pada 12 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat Chef Arm telah pun berada di Dewan Seri Tebrau Johor Bahru sekitar lebih kurang selama 5 jam bagi mempromosikan kesemua koleksi Buku Resipinya di bawah penerbitan PTS Millennia sempena malam akhir Penganugerahan Pelajar Sekolah.Alhamdullillah sambutan yang diberikan oleh kaum ibu cukup memberangsangkan sekali, walaupun rata-ratanya mengakui tak tau masak & malas masak, yang bagusnya kaum bapa memberi respond yang baik membelikan buku-buku resipi koleksi Chef Arm untuk dihadiahkan pada isteri supaya mereka tahu memasak dan rajin ke dapur untuk memasak.Terima Kasih kepada semua yang terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Chef Arm.

Promosi Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS.

Berita baik buat peminat-peminat buku.PTS penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program jualan hujung Minggu@PTS.Diskaun diberikan untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.Apa tunggu lagi cepat dapatkan kesemua koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts Millennia.Di bawah ini dilampirkan tarikh, masa & lokasi program dijalankan.

Tarikh : 27 November 2010 ( Sabtu )
Masa : 10 Pagi Hingga 6 Petang.
Tempat : Pejabat Urusan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Beli Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Secara Online Dan Dapatkan Diskaun Hebat.

Jom layari portal PTS di http://www.pts.com.my/ ataupun http://www.bookcafe.com.my/ dan anda boleh membeli kesemua koleksi Buku Resipi Chef Arm yang hanya berharga RM5.50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM6.50 bagi Negeri Sabah & Sarawak pelbagai judul dengan Potongan Diskaun Hebat.Diantara judul buku resipi tersebut adalah : -

1. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa - Diskaun Sebanyak 15%
2. Hidangan Mudah, Cerpat & Enak Bersahur - Diskaun sebanyak 15%
3. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei - Diskaun Sebanyak 15%
4. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam - Diskaun Sebanyak 15%
5. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura - Diskaun sebanyak 25%
6. Hidangan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah - Diskaun Sebanyak 15%

Beli Dan Menang Sakan.( Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm )

Jom ke Mph Bookstore dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5000 dan buku bernilai RM2000 dengan setiap pembelian produk terbitan grup buku Karangkraf dan grup majalah Karangkraf bernilai Rm50 ke atas.Dapatkan borang penyertaan anda di cawangan MPH terpilih dan peraduan ini bermula daripada 1 November 2010 sehingga 31 Disember 2010.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) yang hanya berharga RM19.90 sahaja bagi Semenanjung Malaysia. ( Mana tau pabila anda membeli Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm tuah akan menanti anda ).Dapatkan maklumat lanjut di laman http://www.bukuprima.com.my/

Jumaat, 5 November 2010

Chef Arm Menghadiri Kuala Lumpur Bakery Seminar & Workshop 2010.

Baru-baru ini Chef Arm bersama beberapa Selebriti Chef lain turut menyertai Bakery & workshop yang dikendalikan oleh pakar Masakan Antarabangsa secara tertutup di Berjaya International University Collegge Of Hospitality di Berjaya Times Square.Pelbagai hidangan yang disajikan yang cukup enak.

Resipi Pizza Daging hasil ilham Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni.

Kini boleh dapatkan Resipi Istimewa hasil ciptaan Chef Arm iaitu Pizza Daging Harmuni pada Pek produk Santan harmuni yang sudah pun berada di pasaran.Dapatkan ia dengan segera kerana ia adalah keluaran edisi terhad.

Meriahnya Hari Kek di Seri Pentas TV3

Baru-baru ini bertempat di Seri Pentas TV3 telah berlangsungnya Secara Live Hari kek yang dikunjungi oleh pelbagai lapisan Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kaum yang cukup meriah sekali.Pelbagai jenis kek direka oleh Selebriti dengan bantuan Chef terkemuka dengan pelbagai gaya dan cara.

Saksikan Kemunculan Chef Arm Di Laman Internet Portal Try Masak.

Saksikan kemunculan dan aksi Chef Arm di laman internet Portal Rasmi Try Masak yang dikendalikan oleh Geoflex Sdn.Bhd dengan mengetengahkan 9 buah Video klip Demo Masakan & satu resipi Masakan dari Negeri Sabah secara Teks daripada Chef Arm.Pelbagai resipi dari setiap pelusuk dunia telah diketengahkan oleh Chef Arm.Jangan lupa saksikannya di http://www.trymasak.my/ Selamat menonton.

Chef Arm Dalam Rancangan INTREND di Saluran RTM di TV2

Nantikan kemunculan Selebriti Chef Muda yang semakin meningkat naik akan muncul sebagai tetamu jemputan dalam salah satu episod rancangan Intrend di saluran RTM di TV2 yang diacarakan oleh Sufian Amri ( Ean ).Sewaktu rancangan tersebut Chef Arm akan menunjukkan demo masakan sebanyak 3 jenis hidangan dan sesi interview bersama Chef Arm bagi menceritakan kejayaan-kejayaan Chef Arm serta pendedahan kepada golongan muda dalam bidang kerjaya sebagai seorang Chef.

Khamis, 21 Oktober 2010

Jom Kunjungi Promosi Buku Hujung Minggu @ PTS

Jom ramai-ramai kunjungi premis Showroom PTS, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan bagi program Hujung Minggu @ Pts iaitu bagi mempromosikan buku-buku terbitannya.pada 30hb Oktober ini bersamaan dengan hari sabtu jam 10 pagi hingga 6 petang.PTS juga menawarkan pelbagai diskaun hebat iaitu 25% untuk semua buku dan 50% hanya untuk buku terpilih sahaja.Jangan lupa dapatkan pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm disana diantaranya Buku Resipi Hidangan Mudah Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Jom Ke Fiesta Buku Karangkraf.


Jom hadirkan diri anda semua ke Fiesta Buku Karangkraf yang akan diadakan pada 29hb Oktober 2010 hingga 31hb Oktober 2010 di Premis Alaf 21 Sdn. Bhd., Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.Pelbagai acara menarik yang akan turut diadakan nanti dan yang pasti Kumpulan Karangkraf menawarkan diskaun yang hebat sebanyak 30% untuk semua buku di bawah penerbitannya.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Bakal Terbit Buku Resipi Terbaru Chef Arm Yang Berjudul Citarasa Malaysia Masakan Sabah.

Jangan lupa dapatkan Buku Resipi terbaru hasil karya Chef Arm sendiri yang akan diterbitkan pada 18hb Oktober 2010 ini dibawah penerbitan PTS Milennia Sdn. Bhd.Terdapat pelbagai resipi asli kaum dan etnik masyarakat di Sabah yang unik dan istimewa ditampilkan oleh Chef Arm.Buku resipi ini cukup berpatutan harganya iaitu RM5.50 bagi Semenanhung Malaysia dan RM6.50 bagi Negeri Sabah & Sarawak.Anda juga boleh mendapatkan kesemua koleksi Buku Resipi Chef Arm secara online di laman portal PTS iaitu http://www.pts.com.my/

Rabu, 13 Oktober 2010

Dapatkan Pelbagai Resipi Menarik Chef Arm Dalam Majalah The Cook


Kini kepada semua peminat Chef Arm boleh mendapatkan pelbagai resipi menarik Chef Arm di dalam Majalah masakan The Cook bagi setiap keluarannya mulai bulan November sehinggalah isu-isu akan datang.Chef Arm juga telah dilantik sebagai salah seorang Wartawan dalam Sidang Redaksi Majalah Masakan The Cook.Terima kasih kepada Team Majalah The Cook yang telah memberikan kepercayaan kepada saya dan memberi ruang untuk saya mengetengahkan pelbagai resipi.

Resipi Istimewa Chef Arm Di Majalah Rasa.

Dapatkan kini Majalah Rasa terbitan bulan November 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapat 1 lagi resipi istimewa daripada saya yang menampilkan penggunaan produk Agnesi Pasta iaitu pasta terbaik dalam tradisi Itali.Kini Agnesi Pasta mengadakan promosi hebat, apa tunggu lagi jom serbu Pasaraya Jusco berdekatan untuk mendapatkan Agnesi Pasta.

Khamis, 23 September 2010

Bengkel Pra Ramadan Bersama Chef Arm Sememangnya Dapat Sambutan Hangat

Saksikan berita & cerita menarik Chef Arm dalam kendalian bengkel Pra Ramadan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola di dalam Majalah Saji terbitan bulan Oktober 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran.

Resipi Telur Kukus Sri Rampai Hasil Ilham Chef Arm Di Majalah Saji.

Dapatkan kini Majalah Saji terbitan bulan Oktober 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya resipi menarik daripada Chef Arm yang menunjukkan cara-cara memasak telur kukus sri rampai secara langkah demi langkah.Ia adalah resipi yang cukup mudah, cepat dan sihat.

Chef Arm Kendalikan Bengkel Pra Ramadan anjuran Harmuni & Mazola

Dapatkan cerita menarik mengenai Chef Arm mengendalikan Bengkel Pra Ramadan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola keluran Socma Trading Sdn. Bhd. dalam Majalah Rasa bulan Oktober 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran.

Chef Arm Menampilkan Hidangan Istimewa Aidilfitri Hidangan Pasta Yang Terbaik Dalam Tradisi Itali.

Kini sudah berada di pasaran Majalah Rasa terbitan Bulan Oktober 2010 dimana terdapat resipi menarik hidangan Aidilfitri daripada Chef Arm menggunakan Agnesi Pasta iaitu Pasta terbaik dalam tradisi Itali.Dapatkan juga produk ini yang terdapat di pelbagai pasaraya dengan promosi yang cukup hebat.Selamat mencuba resipi ini....................

Buku Resipi Chef Masih Laris Di Pasaran Walaupun Ramadan Sudah Berlalu Pergi.

Terima Kasih kepada semua yang telah sudi membeli Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka terbitan Pts Milennia dimana di pasaran ia masih lagi laris dan dijual walaupun sudah berlalunya bulan Ramadan.Hidangan daripada buku resipi ini bukan sahaja sesuai pada bulan Ramadan malah ia juga amat sesuai dijadikan lauk pauk masakan harian.Teruskan memberi sokongan dengan membeli koleksi buku resipi chef Arm yang lain.

Sabtu, 4 September 2010

Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Terus Semakin Laris Di Pasaran

Alhamdullillah apabila mengetahui Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa masih laris di pasaran hingga kini & semakin terus meningkat hasil penjualannya.Kepada sesiapa yang masih belum mendapatkannya bolehlah dapatkannya sekarang sementara stok masih ada.Sekiranya sukar untuk mendapatkan buku-buku koleksi Chef Arm tersebut, telefon saya Chef Arm boleh pos kan atau hantarkan, 0178276084 ( Chef Arm ).Terima kasih kepada semua yang telah membeli buku-buku resipi Chef Arm dan teruskan menyokong dengan membeli pelbagai koleksi buku-buku resipi Chef Arm.

Rabu, 25 Ogos 2010

Chef Arm Bersama Maria Tunku Sabri Sebagai Penghias Cover Muka Hadapan Majalah Masakan The Cook

Kini sudah pun berada di pasaran dan dapatkan segera Majalah Masakan The Cook terbitan bulan September 2010 yang menampilkan Chef Arm & Maria Tunku Sabri sebagai Penghias Cover Muka Hadapan majalah tersebut.Segala info Chef Arm ada di Ruangan Personaliti Minggu Ini & Artikel Bengkel Ramadhan Bersama Chef Arm anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Semakin Laris Di Pasaran.

Dapatkan dengan segera Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur yang semakin Hangat, Panas & Laris di pasaran.Cepat dapatkannya sekarang selagi stok masih ada & jangan lupa mencuba pelbagai juadah resipi yang terbaik hanya daripada Chef Arm buat semua para pembeli buku resipi Chef Arm.Resipi-resipi daripada Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur juga boleh dipraktikkan sebagai juadah harian anda selepas bulan ramadan, jadi teruskan menyokong membeli pelbagai koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia.

Selasa, 17 Ogos 2010

Wakafkan Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia.

Baru-baru ini pihak pts telah melancarkan satu program iaitu Wakaf Buku Pts 2010.Marilah Beramal dengan Mewakafkan pelbagai koleksi Buku Resipi karya Chef Arm Terbitan Pts Milennia.Program ini akan 17hb Ogos berlangsung daripada sehingga 31hb Disember 2010.Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi pts di http://www.pts.com.my/