Isnin, 21 November 2011

Ceramah Motivasi Kerjaya Bersama Selebriti Chef Arm.


Pada 20hb November 2011 telah diadakan Ceramah Motivasi Kerjaya Bersama Selebriti Chef Arm kepada penghuni-penghuni Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya ( OKU ), Ibu Tunggal, Warga Emas dan Anak Yatim Piatu.Program ini dianjurkan oleh Pihak Chef Arm Kitchen Services bagi memberikan pendedahan dan semangat serta keyakinan diri kepada para pelajar yang akan menduduki SPM dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan Memberikan petunjuk kepada mereka dalam meneruskan masa depan mereka ke dunia kerjaya yang lebih mencabar.Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bonda daripada Laksam Anjungmas Enterprise yang juga telah memberikan sedikit ucapan bagi membakar semangat ibu-ibu tunggal untuk terus menghadapi masa depan.

Tiada ulasan: