Isnin, 27 Februari 2012

Jom Sertai Pertandingan Gambar Kreatif Bersama Buku-Buku Resipi Chef Arm


Jom ramai-ramai sertai Pertandingan Gambar Paling Kreatif Bersama Buku-buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).Peraduan ini akan berlangsung daripada 28hb Febuari 2012 sehingga 30hb Jun 2012.Para pemenang akan diumumkan pada 01hb Julai 2012 di laman Facebook Chef Arm dan laman Blog Chef Arm.Para pemenang juga akan bergambar bersama Chef Arm untuk dimuatkan ke dalam Majalah Aroma.Sila rujuk cara-cara bagi menyertai pertandingan ini serta hadiah-hadiah yaang bakal anda menangi.

1. Beli 8 Buah Buku Resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) secara terus daripada Chef Arm dengan harga pakej termasuk kos penghantaran melalui pos laju iaitu RM90 bagi Semenanjung Malaysia dan RM100 bagi Negeri Sarawak & Sabah.

2. Kemudian bank inkan bayaran tersebut ke akaun Maybank 151397060493 atas nama Shamsul Anuar Yusof.

3. Kemudian setelah itu smskan nama penuh beserta alamat lengkap anda ke no. 017-8276084 ataupun 017-7257494.

4. Setelah anda menerima buku-buku resipi tersebut anda perlulah mengambil gambar paling kreatif bersama buku-buku resipi Chef Arm tersebut.

5. Akhir sekali post kan gambar terbaik anda itu beserta nama penuh anda ke dinding laman sosial Facebook Chef Arm untuk dinilai.

* Hadiah-hadiah untuk para pemenang : -

1. Hadiah Tempat Pertama - 1x : -

- Kelas Masakan Eksklusif Bersama Selebriti Chef Arm dan akan dimuatkan ke dalam Majalah Aroma bernilai RM500
- Tiket Penerbangan pergi & balik ke Bandung, Indonesia Bersama Chef Arm untuk seorang ( Full Pakage- termasuk makan minum & penginapan di Hotel bertaraf 5 bintang selama 4 hari 3 malam ) bernilai RM1700
- Buku Resipi Terbitan Suri Media bernilai RM100.
- Majalah Aroma yang Terkini.
- Voucher Eksklusif daripada Ayamas.

2. Hadiah Tempat Ke-2 - 1x : -

- Kelas Masakan Eksklusif Bersama Selebriti Chef Arm dan akan dimuatkan ke dalam Majalah Aroma bernilai RM500.
- Produk Home Appliance Jenama OK bernilai RM500.
- Buku Resipi Terbitan Suri Media bernilai RM50.
- Majalah Aroma yang Terkini.
- Voucher Eksklusif daripada Ayamas.

3. Hadiah Tempat Ke-3 - 1x : -

- Kelas Masakan Eksklusif Bersama Selebriti Chef Arm dan akan dimuatkan ke dalam Majalah Aroma bernilai RM500.
- Hamper bernilai RM100.
- Buku Resipi Terbitan Suri Media bernilai RM30.
- Majalah Aroma yang Terkini.
- Voucher Eksklusif daripada Ayamas.

4. Hadiah Saguhati - 17x :-

- Kelas Masakan Eksklusif Bersama Selebriti Chef Arm dan akan dimuatkan ke dalam Majalah Aroma bernilai RM500.
- Buku Resipi Terbitan Suri Media bernilai RM20.
- Majalah Aroma yang Terkini.
- Voucher Eksklusif daripada Ayamas.

Ahad, 26 Februari 2012

Dapatkan Pelbagai Buku Resipi Terbitan Suri Media Sdn. Bhd. Daripada Chef Arm.

Chef Arm Kitchen Services kini menjalankan promosi Jualan 13 buah Buku Resipi Terbitan Suri Media, dengan harga RM110 bagi Semenanjung Malaysia, RM150 bagi Negeri Sarawak & Sabah dan RM230 bagi Luar Malaysia ( Singapura, Brunei & Indonesia ).Harga-harga ini adalah termasuk dengan kos penghantaran melalui pos laju.Diantara judul-judul buku resipi tersebut ialah ANEKA BISKUT TRADISIONAL & MODEN, VARIASI TRADISI KUIH-MUIH MELAYU, RESIPI KUIH-MUIH, VARIASI AGAR-AGAR & PUDING, ANEKA CUPCAKE, VARIASI ROTI & KEK, SAMBAL KLASIK & KERABU MODEN, SELERA KAMPUNG, CITA RASA ANTARABANGSA, SELERA ORANG BUJANG, ANEKA RESIPI LAUK-PAUK, KOLEKSI ANEKA RESIPI AIDILFITRI, SENI KREATIF UKIRAN BUAH-BUAHAN.Kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya sila hubungi saya di talian 017-8276084 / 017-7257494 dengan segera.Cepat sementara stok masih ada.

Beli Majalah Aroma Secara Terus Daripada Chef Arm.

Kini anda boleh mendapatkan Majalah Aroma keluaran Bulan Mac 2012 secara terus daripada Chef Arm hanya dengan harga RM20 bagi Semenanjung Malaysia, RM30 bagi negeri Sarawak & Sabah dan RM60 bagi Luar Malaysia ( Singapura, Brunei & Indonesia ).Harga ini adalah termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju.Jika berminat anda boleh hubungi saya di talian 017-8276084 atau 017-7257494.

Promosi Jualan Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Sempena Ramadhan.


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, Chef Arm akan mengadakan Promosi jualan 2 buah Buku resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah Bersahur terbitan PTS Millennia hanya dengan harga RM30 bagi Semenanjung Malaysia, RM40 bagi negeri Sarawak & Sabah dan RM100 untuk luar Malaysia - ( Singapura, Brunei & Indonesia ).Harga buku-buku ini adalah termasuk dengan kos penghantaran melalui perkhidmatan Pos laju dan anda juaga akan mendapatkan Senaskah Majalah Masakan The Cook secara Percuma.Jika berminat anda boleh hubungi saya dengan segera di talian 017-8276084 / 017-7257494.

Chef Arm Bantu Promosikan Majalah Aroma Di Kuching, Sarawak.


Sewaktu Chef Arm berada di Kuching, Sarawak pada bulan Januari yang lalu, Chef Arm telah membantu mempromosikan Majalah Aroma di Kuching, Sarawak.Begitu ramai peminat-peminat Chef Arm berasa gembira apabila mendapat Majalah Aroma secara percuma dan bergambar bersama Chef Arm untuk dimuatkan ke dalam Majalah Aroma.Artikel ini anda boleh dapatkan pada majalah Aroma keluaran bulan Mac 2012 yang kini sudah pun berada di Pasaran.

Chef Arm Diundang Ke Program Fabulous Food 1 Malaysia - Street Food Carnival Kuching, Sarawak.

Pada bulan Januari yang lalu Selebriti Chef Arm telah diundang ke Program Fabulous Food 1 Malaysia - Street Food Carnival yang diadakan di Kuching, Sarawak anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato Dr Ng Yen Yen.Pelbagai jualan makanan tradisonal dan moden diadakan, jualan cenderahati dan persembahan kebudayaan serta persembahan nyanyian.

Artikel Info Makanan Eksotik Sarawak ( Majalah Aroma - Mac 2012 )


Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Mac 2012 yang kini sudah pun berada di pasaran.Antara artikel menarik yang disediakan oleh Chef Arm adalah mengenai makanan Eksotik di Negeri Sarawak iaitu diantaranya adalah seperti Buah Pedada, Terung Asam Dayak, Ulat Sagu, Ikan Buntal, Sulak dan Obor-obor.

Chef Arm Kendalikan Ruangan Tanya Chef -Majalah Aroma Bulan Mac 2012

Kini Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef  di Majalah Aroma telah dikendalikan oleh Chef Arm.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dalam bidang masakan boleh dialamatkan persoalan anda kepada Pakar Dapur Tanya Chef - Suri Media Sdn. Bhd, 151-4-6, Tingkat 4, Wisma Mutiara Puchong, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.Bagi surat-surat yang terpilih anda akan menerima hadiah sumbangan tajaan Accacia Coffee & Gaharu Tea.

Dapatkan Pelbagai Resipi Chef Arm Di Majalah Aroma - Mac 2012


Dapatkan pelbagai resipi menarik daripada Chef Arm di Majalah Aroma keluaran bulan Mac 2012, antara resipi yang disajikan kali ini adalah seperti Kuih Celerot, Manisan Pasta Buahan Ala Chef Arm, Terung Bakar, Pisang Bakar, Nasi lemak Cara Sarawak, Nasi Goreng Aruk, Nasi Ayam Tinuk, Mee Daging Sarawak, Jeruk Buah Engkalak, Kerabu Apong, Pekasam Ambal, Pekasam Udang Galah, Pekasam Payak, Pekasam Pucuk Paku, Umai Ikan, Linut, Kerabu Mangga Muda Ala Chef Arm, Ikan Bakar Cara Sarawak dan Pucuk Midin Tumis Belacan.

Sabtu, 25 Februari 2012

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Brunei 2012.

Kepada peminat-peminat Chef Arm jom ramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Brunei 2012 yang akan diadakan pada 25hb Febuari 2012 hingga 04hb Mac 2012 bermula daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Booth Pustaka Remaja, Pusat persidangan Antarabangsa, Barakas, Brunei.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Khamis, 23 Februari 2012

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Terengganu 2012.

Jom ramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Terengganu 2012 yang akan diadakan pada 23hb Febuari 2012 hingga 29hb Febuari 2012 bermula daripada jam 9.30 pagi hingga 10 malam dan bertempat di Pusat Dagangan, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatlkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Ahad, 19 Februari 2012

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya.

Jom ramai-ramai memeriahkan Ekspo Buku Islam 2 yang akan diadakan pada 24hb Febuari 2012 hingga 4 Mac 2012 bermula daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Dewan Cempaka Sari, Precint 3, Purajaya.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatlkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Khamis, 9 Februari 2012

Selebriti Chef Arm Terlibat Sama Dalam Program Gathering Grup Bakers 1 Malaysia.

Pada 06hb Febuari 2012 bersamaan dengan hari Isnin telah berlangsungnya sambutan Program Grup Bakers 1 Malaysia yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Program ini telah menemukan semua pakar-pakar masakan daripada bidang Pastri, Kek dan Bakeri, ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam dunia perniagaan.Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Selebriti Chef Terkemuka Malaysia iaitu Dato Chef Wan dan Selebriti Chef Muda yang semakin naik namanya iaitu Chef Arm, dimana Chef Arm juga telah diundang oleh Grup Bakers 1 Malaysia bagi mengadakan Demo Masakan Kerabu dan Promosi Jualan Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).Program ini semakin bertambah meriah sewaktu sesi pemotongan kek oleh Dato Chef Wan, Chef Arm dan bersama ahli jawatankuasa Grup Bakers 1 Malaysia.