Sabtu, 8 Oktober 2011

Program Keluarga Angkat Chef Arm ( Program Amal )

Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan Program Keluarga Angkat Chef Arm iaitu sebuah program amal di Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur pada 16hb Oktober 2011 ini ( Ahad ).Rumah Titian Kaseh ini menempatkan Anak yatim piatu, orang kurang upaya, warga tua dan Ibu Tunggal.Jadi pihak kami mengadakan promosi dengan membuat jualan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm di bawah Terbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) hanya dengan harga RM70 sahaja termasuk penghantaran melalui pos laju dan belian secara terus daripada pihak kami serta hasil jualan ini akan disumbangkan ke Rumah Titian Kaseh..Sekiranya anda berminat juga boleh menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, produk makanan ataupun pakaian terpakai ke pusat pengumpulan sumbangan ini di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.

Tiada ulasan: