Ahad, 28 Februari 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA

Jom datanglah beramai-ramai memeriahkan sesi promosi Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. ( Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. ) dan temui saya Chef Arm sambil Beramah Mesra bersama saya sendiri Chef Arm di Pesta Buku Antarabangsa pada 27hb Mac 2010 ( Sabtu ) jam 3 petang hingga 6 petang, bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC Kuala Lumpur.Jangan Lupa temui saya di sana masuk adalah PERCUMA dan bagi setiap pembeli Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm pada masa saya berada di sana nanti anda akan menerima Sampling Produk secara Percuma daripada Dilmah Tea.

Sabtu, 27 Februari 2010

Terima Kasih Daun Keladi Jangan Lupa Sponsor Lagi


Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pts Milennia Sdn. Bhd. yang telah sudi memberi ruang dan kepercayaan kepada saya dalam mengenengahkan pelbagai resipi daripada pelusuk dunia.Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak penaja yang masih sudi memberi tajaan dalam menjayakan penerbitan Buku Masakan Chef Arm kali ini yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, Emp Sdn. Bhd yang menaja produk hasil keluaran Ezany dan Socma Trading Sdn. Bhd. yang menaja produk Santan Harmuni, Minyak Masak Golden Circle dan Tisu Beautex.Diharapkan nanti penjualan Buku Masakan ke-2 & 3 Chef Arm yang berjudul Hidangan Masakan Brunei dan Hidangan Masakan Siam akan berjalan dengan lancar.

Persiapan Pengambaran Buku Masakan Hidangan Brunei Dan Hidangan Siam

Inilah gambar-gambar disebalik persiapan pengambaran bagi Buku Masakan Chef Arm yang ke- 2 & 3 yang berjudul Hidangan Masakan Brunei dan Hidangan Masakan Siam.Pengambaran ini dijalankan di Kediaman Chef Arm di Johor Bahru selama 4 hari, Pengambaran ini bermula seawal 9 pagi hingga 11 malam.Pengambaran pada hari pertama bermula agak lewat sedikit iaitu sekitar jam 6 petang ini kerana sistem Lighting mengalami sedikit masalah teknikal.Alhamdullillah akhirnya pengambaran tersebut selesai juga dijalankan dengan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit iaitu Pts Milennia Sdn. Bhd.

Khamis, 18 Februari 2010

Jemputan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm

Kepada Semua Keluarga, Sahabat, Para Penaja, Pihak Penerbit dan Pihak Media atau sesiapa sahaja yang mengenali saya adalah dijemput sama-sama memeriahkan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. dan Majlis Pra Pelancaran Buku Masakan Chef Arm yang ke-2 / 3 / 4 / 5 & 6 yang berjudul Hidangan Siam, Hidangan Brunei, Hidangan Singapura, Hidangan Indonesia & Hidangan Filipina terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. Majlis ini akan dijalankan pada 29hb Mac 2010 pada jam 3 Petang dan bertempat di Lot 2216, Jalan Kempas Lama, Kampung Maju Jaya, 81300 Johor Bahru dan pada 09hb April 2010 pada jam 3 Petang bertempat di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Center, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Datanglah beramai-ramai kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik, cenderahati dan cabutan bertuah daripada pihak penaja yang bakal anda semua miliki.Terima Kasih kepada pihak Buku Prima  Sdn. Bhd. serta Pihak Pts Milennia Sdn. Bhd. yang telah sudi memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk berkarya dan terima kasih juga kepada pihak penaja yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, EMP Sdn. Bhd., Prima Komited Sdn. Bhd., Socma Trading ( M ) Sdn. Bhd., Shriro ( M ) Sdn. Bhd., Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ), Diethelm ( M ) Sdn. Bhd., Gardenia Bakery ( KL ) Sdn. Bhd. dan Delfi Marketing Sdn. Bhd.

Rabu, 17 Februari 2010

Resipi Hebat Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni

Terlebih dahulu  Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak Socma Trading ( M ) Sdn. Bhd. yang telah memberi ruang dan kepercayaan kepada diri saya ( Chef Arm ) dalam menyediakan resipi hebat yang menggunakan produk Santan Harmuni pada pek Produk Santan Harmuni 200ml.Ini merupakan satu Penghargaan kepada diri saya.Bagi Masyarakat Malaysia di luar sana yang menggemari penggunaan Santan Harmuni di dalam setiap masakan anda jadi pastikan anda mendapatkan beberapa resipi menarik yang terdapat pada Produk Santan Harmuni 200ml Edisi Terhad yang akan berada di pasaran pada Bulan Oktober hingga November 2010 ini iaitu Resipi Sup Brokoli Harmuni & Kek Cokelat Harmuni.

Dapatkan Majalah Seri Dewi & Keluarga ( Mac 2010 )

Jangan lupa dapatkan Majalah keluaran Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. iaitu majalah Seri Dewi & Keluarga terbitan bulan Mac 2010 kerana terdapat sedikit liputan dan gambar menarik saya ( Chef Arm ) sewaktu Peringkat Akhir Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009.

Gong Xi Fa Cai & Happy Valentine Day

Saya ( Chef Arm ) ingin mengucapkan kepada semua sahabat handai saya, penaja-penaja saya, klient-klient saya serta kepada semua pihak media dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Menyambut Hari Kekasih.Semoga di musim perayaan ini anda semua akan dilinpahkan dengan pelbagai kurnian rezeki yang lebih melimpah ruah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Jadilah Peminat Kepada Kumpulan Wanita ( Face Book )

Jadilah Peminat kepada Kumpulan Wanita di laman Face Book kerana anda bakal mempelajari dan mendapatkan pelbagai resipi juadah Istimewa daripada saya Chef Arm yang juga merupakan Pentadbir bagi Halaman Wanita tersebut, resipi menarik akan dipaparkan setiap hari dengan menampilkan satu menu resipi yang cukup istimewa.Jangan lupa jadilah peminat kepada kumpulan Wanita di Face Book hari ini juga.