Ahad, 30 Mei 2010

Meriahnya Pengambaran Juadah Lauk-Pauk & Biskut Sempena Hari Raya Aidilfitri Bersama Team Majalah Saji

Pada 29hb Mei 2010 baru-baru ini telah berlangsungnya pengambaran Juadah Biskut Raya dan Lauk-Pauk Hari Raya bersama Team Majalah Saji ( Utusan Karya Sdn. Bhd. ).Bagi yang meminati Juadah menu Hari Raya nantikan edisi Khas Bumper daripada Majalah Saji pada keluran bulan Ogos.Terima Kasih kepada Team Majalah Saji yang sudi hadir ke Rumah saya ( Chef Arm ) di Johor Bahru bagi melengkapkan Juadah Raya untuk Majalah Saji nanti.Kali ini saya telah menampilkan 20 hidangan khas buat judah hari raya iaitu 10 jenis Biskut Raya dan 10 Jenis Hidangan Lauk-Pauk Raya, diantara menunya ialah Serunding Kelapa, Serunding Daging, Ayam Masak kicap Lada Hitam, Rendang Tok Ayah Selatan, Acar Mentah, Acar Buah Dengan Laici, Nasi Lemon Dan Kunyit, Nasi Impit Selatan Berkuah Kacang, Nasi Impit Goreng Berlauk & Nasi Impit Goreng Berempah.Bagi Hidangan Biskut Raya pula adalah seperti Biskut Coklat Chip, Biskut Oat Rangup, Biskut Corn Flakes Cip Coklat, Biskut Udang Kering, Biskut Berempah Kari, Biskut koko Kopi, Biskut Nestum, Biskut Kacang Tanah, Biskut Mentega Tradisional & Biskut Tart Coklat.Inilah antara sajian yang telah saya sempat sajikan untuk Majalah Saji yang akan datang nanti bagi keluran Khas Bumper Juadah Raya.Saya juga difahamkan bahawasanya Majalah Saji akan menampilkan koleksi Juadah Khas hari Raya ini dengan pelbagai juadah menu hari raya dari Selatan Tanah Air iaitu selain saya ( Chef Arm ) terdapat juga resipi hari raya daripada Hotel Thistle Johor Bahru, Hotel Dorsett Johor Bahru & Hotel The Zone Johor Bahru.Sememangnya kenangan memasak untuk Juadah Raya kali ini bersama Majalah Saji mengingatkan saya masa malam raya tahun-tahun lepas yelah sanggup tak tidur satu malam sibuk dengan memasak dan menghias rumah, erm biasalah raya setahun sekali.Memang kehangatan serta kemeriahan Hari Raya sudah pun saya terasa ketika menyediakan pelbagai sajian ini.Jangan lupa nantikan Majalah Saji Khas Juadah Aidilfitri ini pada bulan ogos nanti.

Jumaat, 28 Mei 2010

Pesta Read Malaysia 2010

Temui sambil Beramah Mesra bersama Chef Arm dan Saksikan Kehebatan Chef Arm dalam Demonstrasi Masakan Hidangan Bersahur bersempena mempromosikan Bulan Ramadan.Terdapat Promosi hebat dan Diskaun Hebat dengan setiap pembelian koleksi Buku Masakan Chef Arm.Chef Arm juga akan turut mengadakan kejutan dimana akan ada seorang yang bertuah pilihan Chef Arm akan mendapat pelbagai cenderahati istimewa yang akan diberikan.Apa ditunggu lagi jom ramaikan Pesta Read Malaysia 2010 : -


Tarikh : - 13hb Jun 2010 ( Ahad )

Masa : - 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari

Tempat : - Pentas Utama, Mines International Exhibition & Convention Centre, Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.


Khamis, 27 Mei 2010

Sambutan Hari Ibu Di MPH BookStore One Utama

Pada 23hb Mei 2010 yang lepas telah berlangsungnya program Sambutan Hari Ibu di MPH BookStore@ 1 Utama yang dianjurkan oleh PTS Milennia Sdn. Bhd. dengan tajaan lokasi oleh MPH BookStore serta terima kasih kepada penaja Goodie Bag yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, Delfi Marketing Sdn. Bhd. ( Chocolate Hersheys ) & Shriro ( M ) Sdn. Bhd. ( Dilmah Tea ).Tidak dilupa buat semua tetamu yang sudi hadir terutama sekali buat pengunjung MPH BookStore 1 Utama.Pada program tersebut saya telah mengadakan demo masakan Ayam Sambal iaitu sejenis masakan tradisional dari Negara Brunei dan sambil itu turut mempromosikan Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Brunei, Buku Masakan Hidangan Bersahur & Buku Masakan Hidangan Berbuka Puasa.Terima Kasih jua kepada rakan seperjuangan yang sudi hadir memberikan sokongan iaitu Chef Hanieliza & Chef Nashra.Tidak dilupa kepada pihak Akbar Kosmo ( Utusan Malaysia ) yang sudi hadir membuat liputan.

Ahad, 23 Mei 2010

Berita Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm ( Dalam MAJALAH SAJI Bulan Jun 2010 - Ruangan BERITA SAJI )

Ingin mengetahui akan cerita menarik daripada Chef Arm sewaktu Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm berlangsung, jom selak Majalah Saji di bahagian ruangan Berita Saji.Maka dengan itu jangan lupa dapatkan sekarang Majalah Saji keluaran bulan Jun 2010 terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang kini sudah pun berada di pasaran.

Sabtu, 22 Mei 2010

Dapatkan Sekarang Majalah Maskulin Bulan Jun 2010 ( Ruangan Bujang Di Dapur - Resipi Hebat Dari Chef Arm )

Dapatkan segera Majalah terkenal terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. keluaran bulan Jun 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran ini kerana terdapatnya resipi saya ( Chef Arm ) di bahagian Ruangan Bujang Di Dapur dengan resipi yang ditampilkan iaitu Nasi Buah-buahan Berperisa Teh Dilmah dengan langkah-demi langkah bagi menyediakan resipi tersebut.

Jumaat, 21 Mei 2010

Baru Selesai Pengambaran 3 Buah Buku Masakan Hidangan Filipina / Indonesia & Sabah ( PTS MILENNIA )

Arh!!!!!! sememannya penat sangat setelah selesainya pengambaran 3 buah buku masakan saya yang terbaru terbitan Pts Milennia sdn. Bhd.Kali ini saya menampilkan hidangan terbaik Dunia masakan Filipina & Indonesia serta Hidangan Citarasa Malaysia iaitu masakan Sabah.Nantikan pelbagai buku masakan yang menarik nanti.Erm pengambaran ini memakan masa selama 4 hari, kini dah selesai tunggu dan ringan jari anda mencari info buku ini di http://www.pts.com.my/.

Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT HARI LAHIR CHEF ARM

Pada 09hb Mei 2010 baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Sambutan hari Lahir Chef Arm di Johor Bahru.Terima Kasih saya ucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir dan terima kasih banyak diatas doa serta sokongan rakan-rakan serta terima kasih kepada semua penaja yang telah sudi menaja jamuan hari lahir Chef Arm pada hari tersebut.

Jumaat, 7 Mei 2010

Berbuka Puasa Ramadhan Ini Bersama Buku Masakan Chef Arm


Nantikan kemunculan Buku Masakan Hidangan Berbuka Puasa daripada Chef Arm terbitan PTS Milennia Sdn. Bhd.Buku Masakan ini menampilkan pelbagai masakan kampung sememangnya amat sesuai dengan rasa dan citarasa masyarakat Melayu yang beragama Islam di Malaysia.Pastikan anda mendapatkan Buku Juadah Hidangan Berbuka Puasa ini sebelum menjelangnya Bulan Ramadhan ini.Dapatkan info lanjut di http://www.pts.com.my/

Isnin, 3 Mei 2010

Tak Sabar Bersahur Bersama Buku Masakan Chef Arm


Nantikan kemunculan buku masakan terbaru daripada Chef Arm yang berjudul Hidangan Bersahur Terbitan PTS Milennia Sdn. Bhd. yang bakalmenjengah ke pasaran tidak lama lagi.Pastinya Bulan Ramadhan ini terutama sekali Sahur anda akan lebih meriah dengan adanya buku masakan bersahur ini.Jangan lupa dapatkan di pasaran kelak dan dapatkan info lanjut di http://www.pts.com.my/

Ahad, 2 Mei 2010

Raikan Hari Ibu di MPH


Temui Chef Arm sambil Beramah Mesra Sempena Sambutan Hari Ibu dan Saksikan Demo Masakan daripada Chef Arm yang menampilkan Masakan Terbaik Dunia-Hidangan Brunei serta Sesi Promosi Buku Masakan Chef Arm.Dapatkan Pelbagai Cenderahati daripada Chef Arm secara Percuma apabila anda mendapatkan Buku Masakan Chef Arm.Program ini dianjurkan oleh PTS Milennia Sdn. Bhd. dengan kerjasama daripada MPH Book Store.Produk Cenderahati pula ditaja oleh Shriro ( M ) Sdn. Bhd. ( Dilmah Tea ) Ajinomoto Berhad dan Delfi Marketing Sdn. Bhd. ( Chocolate Hersheys ).Pihak Akbar Kosmo juga akan membuat liputan khas bersama Chef Arm sewaktu program tersebut yang akan berlangsung pada : -

Tarikh     : - 23hb Mei 2010 ( Ahad )

Masa      : - 3.00 hingga 5.00 Petang

Tempat    : - MPH BookStore, 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.