Rabu, 25 Ogos 2010

Chef Arm Bersama Maria Tunku Sabri Sebagai Penghias Cover Muka Hadapan Majalah Masakan The Cook

Kini sudah pun berada di pasaran dan dapatkan segera Majalah Masakan The Cook terbitan bulan September 2010 yang menampilkan Chef Arm & Maria Tunku Sabri sebagai Penghias Cover Muka Hadapan majalah tersebut.Segala info Chef Arm ada di Ruangan Personaliti Minggu Ini & Artikel Bengkel Ramadhan Bersama Chef Arm anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Semakin Laris Di Pasaran.

Dapatkan dengan segera Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur yang semakin Hangat, Panas & Laris di pasaran.Cepat dapatkannya sekarang selagi stok masih ada & jangan lupa mencuba pelbagai juadah resipi yang terbaik hanya daripada Chef Arm buat semua para pembeli buku resipi Chef Arm.Resipi-resipi daripada Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur juga boleh dipraktikkan sebagai juadah harian anda selepas bulan ramadan, jadi teruskan menyokong membeli pelbagai koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia.

Selasa, 17 Ogos 2010

Wakafkan Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia.

Baru-baru ini pihak pts telah melancarkan satu program iaitu Wakaf Buku Pts 2010.Marilah Beramal dengan Mewakafkan pelbagai koleksi Buku Resipi karya Chef Arm Terbitan Pts Milennia.Program ini akan 17hb Ogos berlangsung daripada sehingga 31hb Disember 2010.Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi pts di http://www.pts.com.my/

Membeli Sambil Beramal Sempena Ramadan@Popular Iaitu 10% Hasil Jualan Buku Ini Akan Didermakan Ke Rumah Kebajikan Terpilih.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini pihak Pts dan Popular telah mengadakan satu promosi iaitu dengan setiap pembelian Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura iaitu sebanyak 10% daripada hasil jualan buku tersebut akan didermakan ke rumah-rumah kebajikan terpilih.Sehubungan dengan itu saya merayu pada semua Masyarakat Malaysia marilah membeli koleksi buku-buku resipi Chef Arm ini kerana disamping membeli anda juga dapat beramal bagi yang memerlukan.Promosi ini berlangsung daripada 25hb Jun 2010 sehingga 29hb Ogos 2010 di Semua Cawangan Kedai Buku Popular Seluruh Malaysia.Bagi pembelian RM80 keatas anda akan mendapat Beg Cenderahati Ekslusif secara Percuma.

Potongan Sebanyak 20% Buat Pemegang Kad Keahlian Popular.

Kepada semua masyarakat Malaysia yang memegang Kad Keahlian Popular layak untuk mendapatkan potongan diskaun sebanyak 20% apabila anda membeli Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur hasil karya Chef Arm Terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd.Pihak Kedai Buku Popular menjalankan promosi pilihan promosi bulan Ogos @ Popular ini selama sebulan bermula mulai bulan Ogos 2010 ini.Promosi ini berlangsung di semua cawangan Kedai Buku Popular Seluruh Malaysia.

Resipi Hidangan Juadah Lauk-Pauk Raya Daripada Chef Arm Di Majalah Saji.

Cubalah pelbagai resipi menarik hasil ilham Chef Arm dengan menampilkan pelbagai juadah lauk-pauk raya bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba.Antara resipi yang ditampilkan oleh Chef Arm adalah seperti Serunding Kelapa, Serunding Daging, Ayam Masak Kicap Lada Hitam, Rendang Tok Ayah Selatan, Nasi Himpit Goreng Berlauk, Nasi Himpit Goreng Berempah, Ketupat Selatan Bersama Sambal Kacang, Acar Sayuran Mentah dan Acar Buah Dengan Laici.Dapatkan sekarang Majalah Saji Keluaran bulan September 2010 yang kini sudah pun berada di pasaran.

Ahad, 15 Ogos 2010

Kini Sudah Pun Berada Di Pasaran.

Dapatkan segera Buku Resipi Chef Arm yang terbaru Terbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, hanya berharga RM5.50 sahaja senaskah.

Iklan Buku Resipi Chef Arm di TV1 Sempena Kempen Baca@Ramadan

Saksikan Iklan Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia di saluran RTM di TV1 sempena dengan Kempen Baca@Ramadan.Jadi jangan lupa dapatkan segera pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm sementara stok masih ada kerana ia semakin laris di pasaran sekarang ini.Saksikan Iklan Buku Resipi Chef Arm beberapa minit sebelum Azan Magrhib keudara.Selamat menonton & Selamat mencuba pelbagai resipi Chef Arm.Untuk maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah melayari Portal Pts di http://www.pts.com.my/

I Donated My Name For Charity

Baru-baru ini bertempat di One Utama Kuala Lumpur telah berlangsungnya satu program yang diberi nama ( I Donated My Name For Charity ) terdapat ramai Selebriti Tanahair yang terlibat dalam program ini diantaranya seperti Jacklyn Victor, Ella, Chef Arm dan ramai lagi.Cukup meriah dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis ternama.

Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa Daripada Chef Arm

Disini saya Chef Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga pada bulan puasa kali ini amal ibadat kita akan bertambah serta diberikan rezeki yang lebih berlipat ganda.

Sertai Peraduan Ulasan Buku Baca@Ramadhan

Jom ramai-ramai menyertai Peraduan Mengulas Buku kerana pihak PTS telah pun menyediakan pelbagai hadiah yang menarik.Jangan lupa untuk mengulas buku-buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia.Peraduan ini berlangsung daripada 15hb Ogos 2010 sehingga 04hb September 2010.Untuk menyertai peraduan ini anda semua boleh layari portal rasmi Pts di http://www.pts.com.my/

Buku Chef Arm Turut di Jual Di Bazar@Ramadhan

Idea yang kreatif apabila ada yang sanggup membuka bazar ramadhan bukan untuk menjual makanan tetapi menjual buku-buku resipi terbitan Pts Milennia diantara kalangan bazar ramadhan yang menjual makanan & minuman.Terima kasih kepada peniaga tersebut yang turut sudi menjual pelbagai koleksi buku resipi Chef Arm.Jom ramai-ramai memeriahkan Bazar@Ramadhan di Senawang Negeri Sembilan.

Semakin Laris Buku Resipi Chef Arm.

Kini Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur semakin laris di pasaran.Ini dapat dibuktikan apabila Chef Arm sendiri membuat tinjauan di sekitar kedai-kedai buku di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru bahawasanya buku resipi Chef Arm sudah habis dijual.Terima kasih kepada semua pembeli buku resipi Chef Arm.

Dapatkan Majalah Rasa Terbitan Bulan September 2010 ( Hidangan Pasta Sempena Sambutan Aidilfitri Hasil Ilham Chef Arm )

Dapatkan sekarang di pasaran Majalah Rasa terbitan bulan September 2010 kerana Chef Arm ada menampilkan Resipi Spagheti Agnesi Lada Hitam yang menggunakan produk Agnesi Pasta edaran daripada Shriro ( M ) Sdn. Bhd. iaitu sejenis produk pasta yang terbaik daripada Itali.Cubalah resipi ini kerana hasilnya amat memuaskan dan gerenti jadi.

Buku Resipi Mini Chef Arm Menggunakan Cocolate Hersheys Terbitan Delfi Marketing.

Baru-baru ini pada 30hb Julai 2010 telah dilancarkan Buku Resipi Mini Chef Arm yang menggunakan produk Coklat Hersheys Terbitan Delfi Marketing bagi setiap pembeli Coklat Hersheys Sempena Promosi Ramadhan dan Aidilfitri secara Percuma sahaja.Terdapat 5 buah resipi yang ditampilkan iaitu Kek Coklat Koko, Kek Coklat Fudge, Brownies Coklat, Kek Coklat Kukus dan Biskut Cip Coklat.Jangan lupa dapatkan sekarang di pasaran produk Coklat Hersheys bersama Buku Resipi Mini hasil Karya Chef Arm.

Resipi Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni 200ml.

Dapatkan sekarang resipi hebat daripada Chef Arm pada belakang pek produk Santan Harmuni 200ml hanya dengan harga promosi RM1.70.Pek Santan Harmuni ini adalah Edisi Terhad yang menampilkan resipi Sup Brokoli Harmuni.Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri resipi hebat ini hasil kreatif Chef Arm menggunakan produk Santan Harmuni.

Bengkel Ramadhan Sesi Akhir Bersama Chef Arm

Pada 08hb Ogos 2010 telah berlangsungnya Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola buat sesi terakhir.Sememangnya cukup meriah apabila di hari akhir bengkel ini iaitu salah seorang peserta bengkel telah sudi menyediakan juadah nasi dagang untuk semua peserta menjamu selera. Sememangnya cukup sedih dihati apabila terpaksa meninggalkan semua peserta buat kali terakhir setelah selama 10 sesi bengkel ramadhan diadakan. Ucapan akhir daripada saya buat semua peserta bengkel adalah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & semoga Puasa kali ini memberikan kita semua limpahan rezeki dan pahala yang lebih besar.

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Bengkel Ramadhan Bersama Chef Arm anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola kali ini cukup meriah kerana melambangkan keharmonian Satu Malaysia kerana pesertanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pada bengkel ramadhan kali ini pihak media yang turut serta sebagai peserta dan membuat liputan adalah daripada Akbar Berita Harian.Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir bengkel ini dan juga yang telah membeli koleksi buku resipi Chef Arm sewaktu bengkel tersebut.

First Live Internet Broadcast Of Longest Non-Stop Cooking Show ( Malaysia Book Of Record )

Baru-baru ni pada 07hb & 08hb Ogos 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berlangsungnya program First Live Internet Broadcast Of Longest Non- Stop Cooking Show bagi mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Record.Pada program ini seramai 72 orang Chef Profesional & Amatur telah pun menunjukkan kehebatan masing-masing bagi menarik hati peminat yang menonton secara langsung menerusi internet di seluruh dunia.Kepada yang telah menonton persembahan masakan daripada Chef Arm saya mengucapkan ribuan terima kasih.Sila layari laman http://www.trymasak.my/mbr untuk menonton kembali rancangan tersebut.

Artikel Menarik Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Di Akbar Berita Harian & Akbar Harakah.

Sempena Bulan Ramadhan ini pihak Pts Milennia telah pun mempromosikan beberapa judul buah Buku Resipi Chef Arm yang diketengahkan di dada-dada akbar baru-baru ini antaranya Akbar Berita Harian dan Akbar Harakah.Antara buku resipi Chef Arm yang dipromosikan sempena Kempen Baca@Ramadhan di akbar tersebut adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.

Jualan Hujung Minggu@PTS

Baru-baru ini pada 01hb Ogos 2010 pihak Pts telah mengadakan Jualan Buku Hujung Minggu@Pts dan telah memberikan diskaun-diskaun hebat kepada setiap pengunjungnya.Pada masa itu juga Chef Arm berkesempatan melihat sendiri Jualan Buku Resipi Chef Arm yang turut dijual sewaktu program ini dengan diskaun yang diberikan sebanyak 25%.Antara Buku Resipi Chef Arm yang turut dipromosikan adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni Bersama Chef Arm

Cukup meriah Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola yang dikendalikan oleh Chef Arm.Seramai 20 orang yang turut serta menyertai program masakan ini.Setiap peserta juga mendapat pelbagai produk tajaan daripada Majalah Jelita, Majalah Rasa, Majalah Masakan The Cook, Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Tisu Beautex dan banyak lagi.Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi membeli pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm yang dijual waktu program tersebut.

Chef Arm Promosikan Telur Pindang Warisan Johor Sewaktu Promosi Kerja Kahwin 2010

Di atas Permintaan Pemilik Perniagaan Telur Pindang warisan Johor ini yang meminta Chef Arm turut mempromosikan Telur Pindang Warisan Johor yang dijual di Kompleks Kraf Kuala lumpur sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Promosi Kerja Kahwin 2010 ( Demonstrasi Kuih-muih Tradisional )

Sewaktu berlangsungnya Promosi Kerja Kahwin 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Chef Arm juga sempat turut menyaksikan Demonstrasi pelbagai resipi kuih-muih tradisional pelbagai masyarakat daripada seluruh pelusuk Malaysia.Sememangnya ia cukup meriah ini kerana masakan kuih-muih tradisional sudah semakin dilupakan oleh kalangan masyarakat Elit dan Remaja Metropotan kini.Pada pendapat saya segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan warisan budaya & kraf malaysia harus diberi pujian dan diharapkan pada masa hadapan program sebegini masih mampu diteruskan.