Isnin, 21 Mac 2011

Program Jom Masak Bersama Chef Arm

Baru-baru ini Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan satu program Jom Masak Bersama Chef Arm dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan ditaja oleh Nestle serta Fonterra.Program ini melibatkan 60 orang guru Sekolah Menengah yang dijalankan di SMK Taman Megah Ria, Johor gabungan 30 buah sekolah dari sekitar Pasir Gudang, Johor.Program sebegini adalah bagi pendekatan kepada para guru mempelajari dan mencuba sendiri menyediakan tiga hidangan iaitu Pizza Daging, Kek Coklat Koko dan Jus Mempelam, ilmu ini kemudiannya akan diturunkan ke semua pelajar bagi setiap sekolah masing-masing.Ia juga adalah satu proses menjalin kemesraan antara satu sama lain bersama Chef Arm dan sekaligus mempromosikan buku resipi Chef Arm.

Resipi Masakan Bugis Cara Chef Arm Di Majalah Saji


Dapatkan segera Majalah Saji keluaran bulan Mac 2011 terbitan Utusan Karya yang sudah pun berada di pasaran kerana terdapat 6 buah resipi masakan bugis yang telah dipertunjukkan oleh Chef Arm.Jadi diharapkan anda semua dapat mencuba sendiri setiap resipi istimewa masakan bugis yang telah pun dilampirkan. 

Pengambaran Video Masakan Kesihatan bagi Laman Portal Try Masak ( TRY MASAK SIHAT )

Nantikan kemunculan 5 buah video Masakan yang berasaskan kesihatan anjuran Persatuan Pemakanan Kesihatan dengan kerjasama daripada Geoflex Sdn. Bhd., dimana masakan ini telah disediakan oleh Chef Arm bersama seorang Pakar Nutrisi daripada UITM Puncak Alam, Selangor. yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di laman internet portal Try Masak dengan judul video Try Masak Sihat.Jangan lupa menonton video ini di http://www.trymasak.my dan berikan sokongan anda semua terhadap makanan kesihatan.

Selesainya Pengambaran Rancangan Opotobo di RTM1

Alhamdulillad dah pun selesai pengambaran bagi rancangan terbaru di RTM1 terbitan Hot Screen Sdn. Bhd. yang telah pun diacarakan oleh Eyeja Arshad dan juga saya sendiri iaitu Chef Arm.Pelbagai pengalaman telah dilalui sepanjang pengambaran kami mengelilingi negeri Sabah.Rancangan ini juga bakal dipertontonkan di kaca TV berkemungkinan sekitar bulan 6 di saluran RTM1.Rancangan ini cukup menarik dimana kami telah memaparkan akan tempat-tempat pelancongan yang menarik, aktiviti kebudayaan, adat resam suku kaum dan makanan tradisi.Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk menonton rancangan ini yang bakal menjadi wadah informasi percutian anda ke negeri Sabah di Bawah Bayu.