Jumaat, 25 April 2014

Chef Arm Juri Pertandingan Dekorasi Kek & Juri Pertandingan Ukiran Buahan Di KipMart Tampoi Johor Bahru Anjuran Kolej Yayasan Pelajaran Johor.







Baru-Baru ini Chef Arm telah dilantik oleh pihak Kolej Yayasan Pelajaran Johor bagi mengadili 2 buah pertandingan iaitu Pertandingan Dekorasi Kek dan Pertandingan Ukiran Buahan anjuran pihak YPJ yang diadakan di Pasaraya KipMart Tampoi, Johor Bahru.Program ini telah disertai oleh beberapa buah kolej seperti KPYPJ, KFCH, IKBN dan juga orang luar.

Jom Sertai Percutian Bajet Bersama Chef Arm Ke Negeri Sabah Pada Bulan Jun 2014.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Percutian Bajet Bersama Chef Arm ke Negeri Sabah (kota Kinabalu, Kundasang & Ranau) selama 3 hari 2 malam pada 09hb Jun 2014 sehingga 11hb Jun 2014 dengan kos RM1400 Seorang. Pakej ini termasuk kos Tiket Penerbangan pergi & balik (Malindo Air), Luggage Kargo 15kg seorang ( pergi & balik ), Insurans, Pengangkutan bas di Sabah, Entrance Fee Lokasi Pelancongan, Penginapan Hotel selama 3 hari 2 malam, Pemandu pelancong, Makan & Minum (2x Sarapan, 3x Makan Tengahari & 2x Makan Malam). Terhad untuk 20 orang peserta sahaja (PM saya atau hubungi saya segera ditalian 017-7257494 - Chef Arm).

Pakej 3H2M di Kota Kinabalu Sabah (RM1,400/pax)

HARI 1
* Dari Kuala Lumpur ( KLIA ) ke Kota Kinabalu ( KKIA )
* Makan Tengahari.
* Lawatan Ke Rumah Terbalik.
* Lawatan Ke Jambatan Tamparuli.
* Membeli Belah Di Pasar Pekan Kundasang.
* Lawatan Ke Kundasang War Memorial.
* Lawatan Ke Ladang Strawberi, Bunga Ros & Kaktus.
* Lawatan Ke Desa Dairy Farm ( Ladang Lembu New Zealand )
* Check-In Hotel Pilihan Di Kundasang, Sabah.
* Makan Malam.

HARI 2
* Sarapan Pagi.
* Lawatan Ke Sungai Tagal Moroli Kampung Luanti Baru ( Fish Spa ).
* Lawatan Ke Ladang Teh Sabah.
* Lawatan Ke Taman Rama-Rama.
* Menikmati Pengalaman dan pemandangan indah dengan berjalan di Jambatan Gantung dari pokok ke pokok ( Canopy Walk Way )
* Makan Tengahari.
* Lawatan Ke Taman Kinabalu ( Melihat Pemandangan Gunung Kinabalu ).
* Lawatan Ke Bukit Bendera Kota Kinabalu ( Melihat Pemandangan Bandaraya KK )
* Lawatan Ke Atkinson Clock.
* Relax di Kota Kinabalu Waterfront.
* Membeli-Belah di Pasar malam ( Pasar Mutiara )
* Makan Malam ( Seafood Steamboat Di Kampung Nelayan )
- Sambil Menyaksikan Persembahan Tarian Kebudayaan Sabah.
* Check-In Hotel Pilihan di Kota Kinabalu.

HARI 3
* Sarapan Pagi.
* Lawatan Ke Jesselton Point.
* Membeli- Belah di Pasar Filipin.
* Lawatan Ke Muzium Negeri Sabah & Rumah Kebudayaan Sabah.
* Makan Tengahari.
* Lawatan Ke Pusat Akuarium UMS.
* Bersantai Di Pantai Tanjung Aru. ( Menyaksikan Matahari Terbenam )
* Bersantai Di Taman Perdana Kota Kinabalu (Menyaksikan Pancutan Air Berirama)
* Bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Jom Sertai Demo Masakan Bersama Chef Arm Secara Percuma Di Larkin Sentral, Johor Bahru Sempena Ar-Rayyan Charity Sales Carnival.

Buat warga Johor Bahru & Singapura Jom ramai-ramai memeriahkan Demo Masakan Bersama Selebriti Chef Arm dan Sesi Jualan Buku-Buku Resipi Chef Arm dibawah penerbitan PTS Millennia serta pelbagai aktiviti menarik yang lain bersempena dengan Majlis Ar-Rayyan Charity Sales Carnival.Jom jumpa saya disana

Tarikh : 27hb April 2014 ( Ahad ).
Masa : 10 Pagi - 10 Malam.
Lokasi : Tingkat 2, Larkin Sentral, Johor Bahru.
Yuran : PERCUMA.

Dapatkan Tips Pemakanan Bersama Chef Arm Berkaitan Khasiat Air Kelapa Muda Di Majalah Aroma Terbitan Suri Media keluaran Bulan Mei 2014.


Dapatkan Tips Pemakanan Bersama Chef Arm berkaitan Khasiat Air Kelapa Muda di Majalah Aroma Terbitan Suri Media keluaran Bulan Mei 2014 yang kini sudah pun berada di pasaran.

Dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang diadakan pada 24hb April 2014 sehingga 04hb Mei 2014 ini di Booth J16 -J21, Dewan Tun Dr, Ismail & Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 7 malam.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm.

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia secara Online Di BookCafe PTS.

Jika anda tidak dapat hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, anda masih boleh membeli Buku -Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Milloennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia - Singapura, Hidangan Terbaik Dunia - Brunei, Hidangan Terbaik Dunia - Siam dan CIta Rasa Malaysia - Sabah secara ONLINE di BookCafe PTS dengan potongan diskaun sebanyak 15%.Sila klik pada link yang dilampirkan http://www.bookcafe.com.my/my/resipi-my/

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Di Pesta Buku Kelantan 2014.

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Kelantan 2014 yang diadakan pada 23hb April 2014 sehingga 29hb April 2014 ini pada jam 9 pagi hingga 10 malam di Dewan Jubli Perak MPKB, Padang Perdana, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan. Jangan lupa untuk mendapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia antaranya berjudul Hidangan Terbaik Dunia - Singapura, Hidangan Terbaik Dunia - Siam, Hidangan Terbaik Dunia - Brunei dan CIta Rasa Malaysia - Sabah.

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Di PWTC Kuala Lumpur Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014.


Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang diadakan pada 24hb April 2014 sehingga 04hb Mei 2014 ini di Booth Pavilion PTS, Tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 7 malam.Jangan lupa untuk mendapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia antaranya berjudul Hidangan Terbaik Dunia - Singapura, Hidangan Terbaik Dunia - Siam, Hidangan Terbaik Dunia - Brunei dan CIta Rasa Malaysia - Sabah.

Jom Meriahkan Pertandingan Dekorasi Kek Sempena Johor Hobbies Carnival.

Buat warga Johor Bahru & Singapura Jom ramai-ramai memeriahkan Pertandingan Dekorasi Kek dan Sesi Jualan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia sempena Johor Hobbies Carnival. Chef Arm juga turut berada disana bagi mengadili pertandingan tersebut..... Jom jumpa saya disana.

Tarikh : 02hb Mei 2014 ( Jumaat )
Masa : 2 Petang - 5 Petang
Lokasi : Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.

Berminat untuk membuat Jualan Booth Sempena Hari Keluarga Tadika Baitul Sofia Johor Bahru.

Pada 24hb Mei 2014 pihak sekolah Tadika Baitul Sofia Johor Bahru akan mengadakan Sambutan Hari Keluarga yang melibatkan para ibu bapa, guru dan pelajar. Pihak sekolah juga ada menyediakan booth jualan, pada sesiapa yang berminat untuk berniaga pada hari tersebut boleh PM saya segera.

Tarikh : 24hb Mei 2014 ( Sabtu )
Masa : 8 Pagi - 1 Petang.
Lokasi : Dewan SRK Seri Tebrau Johor Bahru.

* Chef Arm juga turut mengadakan Demo Masakan & Jualan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia.

Marilah Hulurkan Sumbangan Bagi Projek Beras Ramadhan Anjuran Chef Arm Kitchen Services Buat Kali Ke-2.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, kemudian disusuli pula dengan Bulan Syawal....Dengan itu kami daripada Chef Arm Kitchen Services buat kali ke-2 menganjurkan Program Beras Ramadhan dimana mencari dana untuk membeli bahan makanan & minuman bagi disumbangkan kepada Rumah-Rumah Kebajikan Terpilih sekitar Kuala Lumpur & Johor Bahru yang menempatkan anak-anak yatim, Warga Emas, Orang Kurang Upaya dan Ibu Tunggal.Sekiranya anda berniat ikhlas untuk membantu, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank 151397060493.Kemudian PM saya nama penuh, No.telefon dan jumlah sumbangan untuk direkodkan.