Sabtu, 21 Julai 2012

Jadual Lengkap Program Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya Anjuran Chef Arm Kitchen Services.

JADUAL LENGKAP PROGRAM PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES YANG AKAN DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU.DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKANNYA.

10 pagi – 10 malam : -

- Jualan Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia dan Buku Prima.
- Pemberian Majalah Masakan The Cook Secara PERCUMA
- Jualan Amal Kuih Raya Daripada Grup Chef Arm Kitchen Services.
- Aktiviti Kuiz & Games daripada Chef Arm Kitchen Services.
( Tajaan Ajinomoto, Gardenia, Jamu Mak Dara & Maggi ).
- Roadshow daripada Squad Buckjet ( Buckjet Spin & Win Contest )

1 petang – 2 petang : -

- Majlis Pelancaran Tabung Amal Titian Kaseh.

2 petang – 3 petang : -

- Majlis Pelancaran Buku Resipi Chef Arm.
- Demo Masakan daripada Selebriti Chef Arm.

3 petang - 6 petang : -

- Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012.

8 malam - 10 malam : -

- Keputusan dan Penyampaian hadiah Pertandingan Masakan Juara Rendang Raya 2012 & Penyampaian Hadiah Aktiviti Kuiz daripada Chef Arm Kitchen Services.

Pencarian Peserta Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012.


1.
P
PENCARIAN PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.

1. Peserta pertandingan adalah secara individu dengan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 sahaja untuk Tabung Amal Titian Kaseh.


2. Sekurang-kurangnya 20 penyertaan akan bertanding dan pertandingan ini juga terbuka buat semua warga Malaysia, Singapura & Indonesia tidak mengira bangsa, agama, umur dan jantina.Sewaktu pertandingan ini nanti peserta diwajibkan mengenakan tema pakaian hari raya.


3. Peserta hendaklah membawa bahan-bahan masakan rendang dan peralatan masakan seperti pinggan, mangkuk, senduk, sudu, pisau dan kuali sendiri daripada rumah.Pihak penganjur hanya akan menyediakan dapur gas sahaja.

4. Masakan Rendang berkonsepkan Tradisional ataupun moden dan masakan rendang adalah bebas.Sekiranya bahan masakan anda perlu dikisar ataupun ditumbuk ia perlulah telah siap sedia daripada rumah, begitu juga sekiranya daging perlu direbus ataupun hendak menggoreng ayam terlebih dahulu ianya haruslah telah siap daripada rumah.Anda hanya tinggal memasak rendang sahaja sewaktu di Skudai Parade.

5. Permarkahan akan dinilai dari segi rasa, cara persembahan hidangan, kebersihan dan yang paling penting adalah keaslian rendang yang akan dinilai oleh seorang panel juri yang berpengalaman dalam bidang masakan.

9. Hadiah-hadiah :

Tempat pertama : Wang Tunai RM300.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat kedua : Wang Tunai RM200.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah Sampingan.
Saguhati ke-4 & ke-5 : 2 buah Hamper Tajaan dan 5 Hadiah sampingan.
Saguhati ke-6 hingga ke-8 : 2 buah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
Saguhati Ke-9 hingga Ke-20 : Sebuah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.

* Jika berminat anda boleh hubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494 ataupun terus tinggalkan nama penuh anda, Alamat rumah, No. Telefon dan nama masakan anda.

* Hamper & hadiah adalah tajaan Ita Delights, Ajinomoto, Nestle, Jamu Mak Dara, Gardenia, Citrawawa Choc & Craft, Chef Arm Kitchen Services, Skudai Parade dan Majalah Buckjet.

Khamis, 19 Julai 2012

Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm & Maggi.

Alhamdulillah, kelas masakan Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku resipi, Goodie bag produk nestle semuanya secara percuma sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri daripada Nestle.

Sabtu, 14 Julai 2012

Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kelas masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Johor Bahru boleh PM saya dengan Segera ayaupun terus hubungi saya di talian 017-8276084 / 017-7257494.

Tarikh : 18hb Julai 2012 ( Rabu )
Masa : 12 Tengahari sehingga selesai.
Tempat : Chef Arm Kitchen Services, No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.
Kos bayaran : RM100 Seorang. ( Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza )

Jumaat, 13 Julai 2012

Program Tabung Amal Titian Kaseh Bersama Chef Arm.

Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan satu Program Tabung Amal Titian Kaseh bagi membantu golongan seperti Anak Yatim Piatu, Warga Emas dan Ibu Tunggal pada bulan Ramadhan & syawal ini.Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban mereka bolehlah hulurkan sumbangan dalam bentuk Sumber Kewangan, Bahan Makanan, Pakaian Terpakai ataupun Bahan Bacaan.Sekiranya berminat untuk sama2 membantu Silalah PM saya dengan segera.

Ahad, 8 Julai 2012

Kelas Masakan Kek Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.

Alhamdulillah, kelas masakan kek bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku resipi, Goodie bag produk nestle dan Fonterra semuanya secara percuma sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri daripada Nestle dan Fonterra.

Jumaat, 6 Julai 2012

Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Di bawah Penerbitan PTS Millennia antara yang Terlaris Jualannya Bagi Bulan Jun 2012.

Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah terbitan PTS Millennia antara judul buku terbitan PTS yang terlaris jualannya bagi bulan Jun 2012.Terima kasih diatas sokongan kalian semua.