Rabu, 28 Disember 2011

Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-2

Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia telah diulang cetak buat kali ke-2.Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua terhadap buku resipi saya ini.Kepada yang masih belum mendapatkannya jangan lupa untuk milikinya sekarang juga selagi stok masih ada.

Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.

Baru-baru ini Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Program Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia yang diadakan di Kafe D'Satok, Kuching, Sarawak pada 25hb Disember 2011 ( Ahad ).Program ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim Piatu,  Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas.Sewaktu Demo Masakan tersebut Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan resipi iaitu Kerabu Mangga Muda Ala Thai dan Manisan Pasta Buahan.Setiap orang yang hadir pada program ini telah diberi buku-buku resipi Chef Arm  di bawah penerbitan PTS Millennia secara percuma sebanyak 4 buah buku.

Sabtu, 17 Disember 2011

Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama serta dalam Demo Masakan Sempena Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.Program ini bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Anak Yatim Piatu, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal, Fakir Miskin dan Warga Emas.Chef Arm akan menunjukkan 3 jenis demo masakan yang terdiri daripada hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama dan Pencuci Mulut.Jika berminat anda boleh terus hubungi Chef Arm ditalian 017-8276084 / 017-7257494.

Tarikh : 25hb Disember 2011 ( Ahad )
Masa : 3 ptg hingga 5 ptg.
Tempat : Kafe D'Satok, Lot 354, Lorong 12, Jalan Satok, Kuching, Sarawak. 
Bayaran : RM50 ( Dikontrakan dengan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 23hb Disember 2011 ( Jumaat )


Sabtu, 10 Disember 2011

Cubalah Resipi Biskut Berempah Kari Hasil Ilham Chef Arm ( Majalah Saji -

Jom mencuba resipi Biskut Berempah Kari hasil ilham Chef Arm yang menggunakan marjerin Daisy di Majalah Saji keluaran bulan Disember 2011 terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. yang kini sudah pun berada di pasaran.

Rabu, 7 Disember 2011

Artikel Info Makanan Eksotik Sarawak ( Majalah Aroma - Disember 2011 )

Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Disember 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.Antara artikel menarik yang disediakan oleh Chef Arm adalah mengenai makanan Eksotik di Negeri Sarawak iaitu diantaranya adalah seperti Buah Dabai, Buah Asambang, Buah Engkalak dan Lupa Ikan.

Menu Hidangan Istimewa Sarawak Daripada Chef Arm.( Majalah Aroma - Disember 2011 )

Dapatkan 6 buah resipi istimewa Sarawak yang diketengahkan oleh Chef Arm di dalam Majalah Aroma kali ini adalah Seperti Laksa Sarawak, Tempoyak Goreng, Daging Itik Masak Kicap, Nasi Goreng Dabai, Ayam Pansuh dan juga Mee Kolok Sarawak.Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Disember 2011 sekarang juga.

Isnin, 5 Disember 2011

Jom ke Karnival Buku Pulau Pinang.

Kunjungi Karnival Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Perpustakaan Awam Pulau Pinang pada 03hb hingga 11hb Disember 2011 jam 10 pagi hingga 6 petang.Jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) dan dapatkan tawaran diskaun yang hebat.