Sabtu, 28 Januari 2012

Chef Arm kendalikan Ruangan Tanya Chef Dalam Majalah Aroma.

Bermula pada keluaran Majalah Aroma bulan Febuari 2012, Ruangan Tanya Chef telah diambil alih oleh saya pada masa ini.Dimana ruangan Tanya Chef ini anda berpeluang bertanyakan pelbagai kemusykilan ataupun permasalahan dalam bidang masakan, sehubungan dengan itu kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan dengan masakan bolehlah menghantarkan soalan-soalan anda ke Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef - Suri Media Sdn. Bhd., 151-4-6, Tingkat 4, Wisma Mutiara Puchong, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.Setiap soalan daripada surat yang terpilih akan menerima hadiah daripada pihak penaja berupa Accacia Coffee dan Gaharu Tea.

Khamis, 19 Januari 2012

Chef Arm Turut Serta Dalam Sesi Promosi Majalah Aroma Di Kuching, Sarawak.


Sepanjang Chef Arm berada di Kuching, Sarawak daripada 12hb Disember 2011 sehingga 05hb Januari 2012 Chef Arm masih sempat untuk mengadakan Sesi Promosi Majalah Aroma keluaran Suri Media Sdn. Bhd. kepada para peminatnya yang berada di Kuching, Sarawak.Usaha ini dilakukan bagi memperkenalkan Majalah Aroma lebih secara dekat dengan masyarakat umum.Rata-rata masyarakat kuching amat menyukai Majalah Aroma ini kerana pengisian resipi & tips masakan yang begitu padat.

Rabu, 11 Januari 2012

Pesta Buku MPH @ KL Sentral.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku MPH yang diadakan pada 07hb Januari hingga 15hb Januari 2012 di Tingkat 1, Kl Sentral daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.Pelbagai Tawaran diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.

Selasa, 10 Januari 2012

Menu Hidangan Istimewa Daripada Chef Arm ( Majalah Aroma - Januari 2012 ).

Dapatkan 7 buah resipi istimewa daripada Chef Arm di dalam Majalah Aroma, kali ini adalah Seperti Tempoyak Goreng Qyassima, Mihun Sup, Laksa Johor, Salad Kubis, Karipap, Rojak Tahu Bakar dan Ikan Dori Bersos Lemon.Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Januari 2012 sekarang juga.

Festival Penulis Grup Buku Karangkraf Sempena Karnival Buku Karangkraf 2012.

Jom ramai-ramai ke Festival Penulis Grup Buku Karangkraf bersempena KARNIVAL BUKU KARANGKRAF 2012 yang  akan diadakan pada 27hb - 29hb Januari 2012, bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Diskaun hebat & hadiah menarik menanti anda.Jangan lupa juga untuk mendapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).

Ceramah Motivasi Bersama Selebriti Chef Arm.

Pada 07hb Januari 2012 disebelah petangnya pula Chef Arm telah dijemput oleh pihak Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh, Pahang bagi memberikan Ceramah Motivasi kepada 13 orang pelajarnya yang terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.Ceramah ini adalah bagi memberi semangat dan keyakinan kepada pelajar-pelajar tersebut untuk terus berjaya.

Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Temerloh, Pahang.

Pada 07hb Januari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu telah berlangsungnya Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Taman Bukit Semantan, Temerloh, Pahang.Kelas Masakan ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta.Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan masakan yang terdiri daripada Sup Tomato, Makaroni Goreng Berempah dan Kek Coklat Koko.semua peserta begitu gembira apabila mendapat 4 buah Buku Resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia.