Sabtu, 26 Mei 2012

Dapatkan Buku-buku Resipi Chef Arm Di Promosi Jualan Seronoknya Cuti @ BookCafe PTS.

Jom ramai-ramai ke Promosi JUALAN SERONOKNYA CUTI@PTS BOOKCAFE yang bakal diadakan pada 26hb Mei 2012 dan 03hb Jun 2012 bermula dari jam 10 pagi sehingga 7 malam dan bertempat di PTS BookCafe, PTS Distributors & Publications, No.26, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor. Dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Dapatkan potongan diskaun sebanyak 20% untuk semua judul buku.

Dapatkan Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia Di Pesta Buku@ Kubah Ria, Kuching, Sarawak.

Jom beramai-ramai ke Pesta Buku @ Kubah Ria yang akan diadakan pada 26hb Mei 2012 sehingga 04hb Jun 2012 bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam di Kubah Ria, Kuching, Sarawak.jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai judul Buku Resipi hasil karya Chef Arm terbitan PTS Millennia diantaranya ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.

Rabu, 23 Mei 2012

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Read Malaysia.

Jom ramai-ramai ke Pesta Read Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada 25hb Mei 2012 sehingga 03hb Jun 2012 daripada jam 11 pagi hingga 10 malam dan bertempat di Booth A2, Mines Exhibition Centre ( MIECC ), Mines Resort City.Jangan lupa dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm iaitu Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah terbitan PTS Millennia.Banyak diskaun hebat menanti anda disana.

Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Hasil Karya Chef Arm Diulang Cetak Buat Kali Ke-6.

Alhamdulillah Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam terbitan PTS Millennia telah diulang cetak buat kali ke-6.Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terus memberikan sokongan terhadap buku-buku resipi hasil karya Chef Arm

Khamis, 17 Mei 2012

Demonstrasi Masakan Chef Arm Di Pasaraya Besar Carrefour ( Majalah Aroma- Bulan Mei 2012 )

Baru-baru ini Pihak Pasaraya besar Carrefour Batu Pahat, Johor telah mengundang Chef Arm untuk mengadakan Demonstrasi masakan di hadapan hampir 100 orang pengunjung.Demonstrasi masakan ini telah berlangsung selama 3 jam dan Chef Arm telah menunjukkan demo 3 jenis hidangan masakan.Ini bertujuan bagi mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm di bawah terbitan PTS Millennia yang turut dijual di semua Pasaraya Besar Carrefour seluruh Malaysia.

Chef Arm Perkenal masakan Ayam Turkey

Baru-baru ini Chef Arm telah menjalani rakaman Tv secara online dan telah memperkenalkan masakan berasaskan Ayam Turkey.Terima kasih kepada saudara Ahmad Fadzli dan Saudara farizal daripada AB Farm Enterprise kerana telah sudi menaja ayam-ayam turkey tersebut.

Chef Arm Kendalikan Ruangan Tanya Chef ( Majalah Aroma - Bulan Mei 2012 )

Kini Chef Arm telah mengendalikan Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef bagi Majalah Aroma Terbitan Suri Media Sdn. Bhd.Jadi sekiranya anda ada soalan untuk diajukan kepada chef, tanyalah apa saja soalan...Chef Arm sedia membantu menyelesaikan masalah anda.Caranya cukup mudah hanya inboxkan pada saya soalan-soalan tersebut berserta nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon anda.setiap soalan yang terpilih akan disiarkan di Majalah Aroma dan anda akan menerima hadiah dari pihak penaja berupa Accacia Coffee dan Gaharu Tea.

Antara Judul Buku Terlaris Jualannya Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Baru-baru ini Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura terbitan PTS Millennia telah tersenarai antara judul buku paling laris jualannya sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang telah pun berlangsung di PWTC.