Ahad, 26 Jun 2011

Buku Resipi Chef Arm Yang Berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-3.

Alhamdulillah apabila dapat mengetahui bahawasanya Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Terbitan Pts Millennia telah diulang Cetak buat kali ke-3 baru-baru ini.Rasa syukur yang tidak terhingga apabila Buku-buku Resipi Chef Arm dihargai dan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.Kepada semua yang telah mendapatkan Buku Resipi Chef Arm saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua.Kepada yang masih belum mendapatkannya, dapatkan sekarang di kedai-kedai buku berhampiran anda sementara stok masih ada.

Sabtu, 25 Jun 2011

Dapatkan Kesemua Judul Buku Resipi Chef Arm Dengan Diskaun Hebat Sempena Promosi Baca@Ramadan 2011.

Bersempena dengan Bulan Ramadan yang hampir tiba, PTS Publications & Distributors kini sedang rancak menjalankan Promosi Buku Baca@Ramadan.Jadi Buku-buku Resipi Chef Arm juga turut dipromosikan bersempena dengan program Baca@Ramadan ini.Antara buku-buku resipi Chef Arm yang dipromosikan adalah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.Apa tunggu lagi dapatkannya segera dan anda akan mendapatkan diskaun hebat bermula dari 15% sehingga 25% sahaja apabila anda membelinya secara online di http://www.bookcafe.com.my ataupun www.pts.com.my .Anda juga boleh dapatkan buku-buku resipi Chef Arm juga di kedai-kedai buku dengan pelbagai diskaun hebat sempena Promosi Baca@Ramadan.

Khamis, 23 Jun 2011

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Negeri Selangor 2011.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang diadakan pada 24hb Jun 2011 hingga 03hb Julai 2011 bermula seawal 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Ruang Legar SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor.Jangan lupa mengunjungi Booth Kumpulan Media Karangkraf dan dapatkan Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima, dimana anda akan mendapat potongan diskaun hebat sebanyak 20%.Anda juga boleh mengunjungi Booth PTS Publications & Distributors di lokasi yang sama untuk mendapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia antaranya ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur juga dengan potongan diskaun yang hebat sebanyak 20% bagi setiap judul buku.Jadi apa tunggu lagi jom kita beramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Selangor dan dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Kumpulan Media karangkraf ) dan PTS Millennia ( PTS Publications & Distributors ). 

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Sabtu@PTS BookCafe

Kepada semua warga Kuala Lumpur & Selangor khususnya, jom beramai-ramai ke Promosi Buku PTS sempena program Sabtu @ PTS BookCafe  yang akan dijalankan pada 25hb Jun 2011 Sabtu ini  pada jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja dan bertempat di No.26, Jalan DBP 3, Dolomite Business Centre, Batu Caves, Selangor.Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat kesana dan dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia antaranya Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur kerana yang pastinya anda akan mendapat potongan diskaun hebat sebanyak 25% bagi setiap judul buku.

Isnin, 20 Jun 2011

Resipi Chef Arm Menjadi Pilihan Majalah Saji Untuk Dibukukan.

Tidak disangka-sangka resipi Chef Arm juga merupakan antara yang menjadi pilihan Majalah Saji untuk dibukukan.Antara resipi yang menjadi pilihan adalah seperti resipi Nasi Lemon Kunyit yang terkandung dalam Buku Resipi Aneka Nasi Resipi Pilihan Majalah Saji dan resipi Kek Coklat Koko yang terkandung dalam Buku Resipi Hidangan Minum Petang Langkah Demi Langkah Resipi Pilihan Majalah Saji.Kini anda semua boleh dapatkan buku-buku resipi tersebut di pasaran dan berikan sokongan terus anda terhadap Majalah Saji.

Resipi Air Tangan Bakat Muda Chef Arm Di Majalah Saji JUN 2011

Dapatkan Majalah Saji Keluaran Utusan Karya terbitan Jun 2011 terdapatnya 6 jenis resipi hasil air tangan Chef Arm, antaranya adalah seperti Sup Tomato, Nasi Goreng Labu, Kentang Pangang Berkeju, Penne Goreng Berempah dan Kerabu Ayam.Resipi-resipi dimasak khas bersempena dengan sambutan Hari Bapa.Diharapkan anda semua dapat mencuba kesemua resipi yang tersebut kerana hasilnya pasti memuaskan.

Selasa, 14 Jun 2011

Program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm

Baru-baru ini telah berlangsungnya program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm anjuran KRT Parit Yaani yang dijalankan di Balai MCA, Pekan Parit Yaani, Yong Peng Johor.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan masakan Lauk & kuih-muih, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm dan banyak lagi.Alhamdulillah program ini juga telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading.Terima kasih kepada semua penduduk kampung sekitar yang sudi memeriahkan majlis tersebut serta terima kasih kepada pihak Akbar Sinar Harian yang sudi hadir membuat liputan.

Saksikan Klip Video Masakan Chef Arm

Kini anda semua boleh menyaksikan 5 buah klip video masakan kesihatan dan 9 buah klip video masakan hebat bersama Chef Arm di laman http://www.trymasak.my/ bahagian resipi video Chef Arm untuk 9 buah resipi masakan hebat Chef arm manakala 5 buah klip video masakan kesihatan bersama Chef arm anda boleh tonton di bahagian video resipi rakan Persatuan Nutrisi Malaysia.Jangan lupa menonton kesemua klip video masakan tersebut dan mencuba kesemua resipi tersebut.