Rabu, 28 Disember 2011

Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.

Baru-baru ini Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Program Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia yang diadakan di Kafe D'Satok, Kuching, Sarawak pada 25hb Disember 2011 ( Ahad ).Program ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim Piatu,  Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas.Sewaktu Demo Masakan tersebut Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan resipi iaitu Kerabu Mangga Muda Ala Thai dan Manisan Pasta Buahan.Setiap orang yang hadir pada program ini telah diberi buku-buku resipi Chef Arm  di bawah penerbitan PTS Millennia secara percuma sebanyak 4 buah buku.

Tiada ulasan: