Selasa, 13 Julai 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Baru-baru ini pada 10hb Julai 2010 & 11hb Julai 2010 telah pun berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm yang dianjurkan oleh Socma Trading Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang mengedarkan produk Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola yang diadakan di Lazat Malaysian Home Cooking di Petaling Jaya.Penyertaan peserta pada bengkel ini cukup ramai dan mereka juga diberikan goodie bag secara percuma daripada pihak penganjur berupa seperti Majalah Jelita, Majalah Masakan The Cook, Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Tisu Beautex, Topi Santan Harmuni dan Apron Mazola.Pada bengkel ini Chef Arm yang hanya sebagai Chef Undangan daripada pihak penganjur untuk sesi kali ini telah menunjukkan demo masakan yang berlainan bagi setiap sesi iaitu Gulai Udang Lemak Nenas, Kerabu Jantung Pisang, Botok-Botok Istimewa dan Sambal Kacang Tanah.Chef Arm turut membuat jualan koleksi buku-buku resipinya sewaktu bengkel tersebut dan sememangnya jualannya amat memberangsangkan sekali.

Tiada ulasan: