Sabtu, 27 Februari 2010

Persiapan Pengambaran Buku Masakan Hidangan Brunei Dan Hidangan Siam

Inilah gambar-gambar disebalik persiapan pengambaran bagi Buku Masakan Chef Arm yang ke- 2 & 3 yang berjudul Hidangan Masakan Brunei dan Hidangan Masakan Siam.Pengambaran ini dijalankan di Kediaman Chef Arm di Johor Bahru selama 4 hari, Pengambaran ini bermula seawal 9 pagi hingga 11 malam.Pengambaran pada hari pertama bermula agak lewat sedikit iaitu sekitar jam 6 petang ini kerana sistem Lighting mengalami sedikit masalah teknikal.Alhamdullillah akhirnya pengambaran tersebut selesai juga dijalankan dengan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit iaitu Pts Milennia Sdn. Bhd.

Khamis, 18 Februari 2010

Jemputan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm

Kepada Semua Keluarga, Sahabat, Para Penaja, Pihak Penerbit dan Pihak Media atau sesiapa sahaja yang mengenali saya adalah dijemput sama-sama memeriahkan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. dan Majlis Pra Pelancaran Buku Masakan Chef Arm yang ke-2 / 3 / 4 / 5 & 6 yang berjudul Hidangan Siam, Hidangan Brunei, Hidangan Singapura, Hidangan Indonesia & Hidangan Filipina terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. Majlis ini akan dijalankan pada 29hb Mac 2010 pada jam 3 Petang dan bertempat di Lot 2216, Jalan Kempas Lama, Kampung Maju Jaya, 81300 Johor Bahru dan pada 09hb April 2010 pada jam 3 Petang bertempat di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Center, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Datanglah beramai-ramai kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik, cenderahati dan cabutan bertuah daripada pihak penaja yang bakal anda semua miliki.Terima Kasih kepada pihak Buku Prima  Sdn. Bhd. serta Pihak Pts Milennia Sdn. Bhd. yang telah sudi memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk berkarya dan terima kasih juga kepada pihak penaja yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, EMP Sdn. Bhd., Prima Komited Sdn. Bhd., Socma Trading ( M ) Sdn. Bhd., Shriro ( M ) Sdn. Bhd., Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ), Diethelm ( M ) Sdn. Bhd., Gardenia Bakery ( KL ) Sdn. Bhd. dan Delfi Marketing Sdn. Bhd.

Rabu, 17 Februari 2010

Resipi Hebat Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni

Terlebih dahulu  Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak Socma Trading ( M ) Sdn. Bhd. yang telah memberi ruang dan kepercayaan kepada diri saya ( Chef Arm ) dalam menyediakan resipi hebat yang menggunakan produk Santan Harmuni pada pek Produk Santan Harmuni 200ml.Ini merupakan satu Penghargaan kepada diri saya.Bagi Masyarakat Malaysia di luar sana yang menggemari penggunaan Santan Harmuni di dalam setiap masakan anda jadi pastikan anda mendapatkan beberapa resipi menarik yang terdapat pada Produk Santan Harmuni 200ml Edisi Terhad yang akan berada di pasaran pada Bulan Oktober hingga November 2010 ini iaitu Resipi Sup Brokoli Harmuni & Kek Cokelat Harmuni.

Dapatkan Majalah Seri Dewi & Keluarga ( Mac 2010 )

Jangan lupa dapatkan Majalah keluaran Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. iaitu majalah Seri Dewi & Keluarga terbitan bulan Mac 2010 kerana terdapat sedikit liputan dan gambar menarik saya ( Chef Arm ) sewaktu Peringkat Akhir Pencarian Chef Kreatif Tani Muda Fama 2009.

Gong Xi Fa Cai & Happy Valentine Day

Saya ( Chef Arm ) ingin mengucapkan kepada semua sahabat handai saya, penaja-penaja saya, klient-klient saya serta kepada semua pihak media dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Menyambut Hari Kekasih.Semoga di musim perayaan ini anda semua akan dilinpahkan dengan pelbagai kurnian rezeki yang lebih melimpah ruah.

Sabtu, 6 Februari 2010

Jadilah Peminat Kepada Kumpulan Wanita ( Face Book )

Jadilah Peminat kepada Kumpulan Wanita di laman Face Book kerana anda bakal mempelajari dan mendapatkan pelbagai resipi juadah Istimewa daripada saya Chef Arm yang juga merupakan Pentadbir bagi Halaman Wanita tersebut, resipi menarik akan dipaparkan setiap hari dengan menampilkan satu menu resipi yang cukup istimewa.Jangan lupa jadilah peminat kepada kumpulan Wanita di Face Book hari ini juga.

Jumaat, 29 Januari 2010

Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm

Nantikan Buku Masakan Cita Rasa Fusion yang membariskan 60 resipi ciptaan saya sendiri ( Chef Arm ) dimana ia adalah gabungan resipi citarasa timur dengan campuran elemen barat.Terdapat pelbagai resipi menarik yang terdiri daripada hidangan salad, sup, lauk-pauk, panggang, snek dan pencuci mulut.Cukup mudah, enak dan yang pasti menjanjikan seribu kelainan pada menu anda.Pastikan anda mendapatkannya dipasaran yang akan diterbitkan pada 15 Febuari 2010 ini oleh Buku Prima Sdn. Bhd.( Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. ) dengan harga yang amat berpatutan hanya RM19.90 bagi Semenanjung Malaysia dan hanya RM22.90 bagi negeri Sabah & Sarawak.Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pembelian secara online layarilah http://www.bukuprima.com.my/

Sabtu, 23 Januari 2010

KINI DI PASARAN


Dapatkan buku masakan yang berjudul Bakeri terbitan Buku Prima Sdn. Bhd yang telah disemak oleh saya sendiri ( Chef Arm ) kini berada di pasaran dengan harga yang amat berpatutan hanya RM7.00 sahaja.Patikan anda mencuba pelbagai   resipi bakeri ianya cukup mudah dan pasti jadi.Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut layarilah http://www.bukuprima.com.my/

Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Pra Pelancaran Buku Masakan Chef Arm


Bagi peminat-peminat saya yang sentiasa menantikan akan kelahiran sulung Buku Masakan saya anda semua boleh dapatkan Artikel Pra Pelancaran Buku Masakan Menu Sajian Fusion Chef Arm di Majalah Saji Keluaran bulan Febuari 2010 yang kini sudah berada di pasaran.Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Team Majalah Saji yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan terhadap saya dalam dunia masakan ini.Teruskan sokongan padu anda kepada Majalah Saji & layarilah http://www.sajionline.com.my/

Sabtu, 16 Januari 2010

Promosi Hebat Teh Dilmah



Bagi anda yang menggemari minuman teh pastikan anda mencuba produk terbaru di pasaran Malaysia iaitu Teh Dilmah yang berasal daripada Sri Lanka.Teh Dilmah akan mengadakan beberapa promosi hebat di serata Malaysia iaitu di Pasaraya Sogo dan Mydin terpilih sahaja.Sewaktu promosi ini dijalankan anda juga dapat menikmati hidangan minuman teh secara percuma dimana Pihak Teh Dilmah akan mengetengahkan beberapa resipi minuman teh yang telah dicipta oleh saya sendiri ( Chef Arm ) diantaranya Mosha, Sharm, Kissing Me dan Virgin yang menggunakan produk Teh Dilmah.Minuman ini amat menitik beratkan akan aroma, rasa dan kenikmatannya.Apa tunggu lagi bagi mengetahui akan maklumat yang lebih lanjut dan terperinci mengenai Teh Dilmah ringankan jari-jemari anda melungsuri laman web rasmi Teh Dilmah di http://www.shriro.com.my/ atau http://www.dilmahtea.com/




Isnin, 11 Januari 2010

PERCAYALAH.............................THANKS BUKU PRIMA SDN.BHD.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Buku Prima Sdn. Bhd. kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya dalam membuat semakan terhadap Buku Masakan terbitan Buku Prima Sdn. Bhd.Buku masakan pertama terbitan Buku Prima Sdn. Bhd yang telah disemak oleh saya ( Chef Arm ) yang berjudul BAKERI.Saya harap anda semua akan terus menyokong dan mendapatkan setiap terbitan / keluaran Buku Masakan daripada Buku Prima Sdn. Bhd. di pasaran.Layarilah http://www.bukuprima.com.my/ bagi mengetahui akan judul-judul buku masakan terbaru yang akan berada di pasaran.

Ahad, 10 Januari 2010

Hersheys Coklat Paling Laris Di Pasaran



Terima kasih kepada pihak Delfi Marketing yang telah sudi menaja produk Hersheys bagi penerbitan Buku masakan Menu Sajian Antarabangsa.Dibawah ini saya perlihatkan satu resipi Moist Chocolate cake yang menggunakan produk Chocolate Hersheys.jangan lupa layari laman web rasmi Delfi Marketing di http://www.delfimarketing.com.my/ bagi maklumat lebih lanjut mengenai coklat Hersheys.




Moist Chocolate Cake

* Bahan A : -

280g Tepung Gandum
40g Serbuk Koko Hersheys Natural Unsweetened
1 Camca Teh Serbuk Penaik
1 Camca Teh Bikarbonat Soda


2 Camca Teh Nescafe
1 Camca Teh Air Panas
280g Marjerin
200g Gula Halus
5 Biji Telur Ayam
1 Camca Teh Esen Vanila
113g Hersheys Baking Bar Semi-Sweet Chocolate ( Dicairkan )
1/4 Cawan Air Sejuk

* Bahan Topping : -

283g Hersheys Kisses Milk Chocolate ( Dicairkan )
170g Susu Sejat

* Cara Penyediaannya : -

01. Lenser dan alas acuan kek berukuran bulat dengan kertas minyak.
02. Ayak bersama bahan A dan ketepikan.
03. Larutkan nescafe dengan air panas dan ketepikan.
04. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
05. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
06. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat hersheys dan kacau.
07. Kaupbalikkan tepung berselang-seli dengan air sejuk.
08. Masukkan ke dalam acuan kek.
09. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170c selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak apabila diuji.
10. Angkat dari ketuhar dan sejukkan.
11. Sementara itu, dalam periuk berlapis, cairkan coklat hersheys dengan susu sejat.
12. Kacau hingga sebati, kemudian sapu diatas kek yang telah sejuk.
13. Sejukkan hingga beku.Jika suka hias dengan coklat gulung dan ceri merah.

Nestle Sememangnya Produk Berkualiti



Uniknya kehidupan kita di Malaysia, dimana kita hidup harmonis berbilang kaum dan dikurniakan aneka budaya dan perayaan yang memikat hati.SELAMAT TAHUN BARU 2010 saya ucapkan.Saya harap artikel-artikel yang saya sediakan selama ini telah dapat membantu anda mencapai keseimbangan yang sempurna dalam gaya hidup anda.Moga-moga anda sentiasa sihat dan ceria,Kali ini saya menyediakan satu resipi buat tatapan anda semua iaitu White Coffee Smoothies.Jangan lupa mencuba resipi-resipi terkini daripada saya, ianya ringkas, menyelerakan dan tentu ramai yang suka.Akhir sekali saya sarankan anda semua supaya berdaftar menjadi ahli Dear Nestle ianya PERCUMA.Untuk maklumat lanjut layarilah laman web rasmi Nestle di www.nestle.com.my/dear nestle.Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Dear Nestle yang telah memilih resipi saya sebagai resipi terbaik Pertandingan Maggi Creative Recipe yang saya telah ketengahkan resipi Kek Sambal Tumis Maggi Daging Berkeju.


White Coffee Smothies

* Bahan-bahan : -

300ml Susu Sejat
1 Pct Nescafe Ipoh White Coffee
3 Scope Aiskrim Nestle Matkool Magic
Beberapa Ketulan Ais
1 Camca Teh Milo

* Cara Penyediaannya : -

01. Mula-mula masukkan susu sejat, ketulan ais, ipoh white coffee dan aiskrim nestle matkool magic.Kisar hingga halus.
02. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan taburkan milo diatasnya.

Khamis, 7 Januari 2010

Lembaga Pemasaran Pertanian ( FAMA )




Lembaga Pemasaran Pertanian atau lebih dikenali dengan panggilan fama kini semakin menggorak langkah demi mempromosikan produk keluaran Fama ke peringkat yang lebih tinggi.Produk Fama ini terdiri daripada 2 jenama iaitu Olemas dan Agromas, diantara produk keluarannya terdiri daripada Tepung Goreng, Madu Lebah, Jem Belimbing, Jem Roselle, Mee Bandung Segera, Bawang Goreng dan pelbagai produk lagi.Keluaran produk Fama ini adalah sepenuhnya keluaran Malaysia yang bermutu tinggi lagi berkualiti.Fama juga turut membantu pengusaha kecil dalam pembangunan perniagaan dan tidak ketinggalan juga Fama turut terlibat dalam mempertingkatkan kualiti dan pembangunan Pasar Tani ini adalah bagi membantu meningkatkan ekonomi Negara dan juga taraf kehidupan rakyat dalam perniagaan industri kecil mahupun Industri Desa yang memasarkan produk hasil tani yang sememangnya segar.Untuk maklumat yang lebih lanjut akan produk keluaran Fama layarilah laman Rasmi Fama di http://www.fama.gov.my/ Gambar ini menunjukkan sebahagian produk keluaran Fama dan hidangan ringkas yang telah saya sediakan menggunakan produk keluaran Fama.Disini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Fama yang telah sudi menjadi penaja dalam penerbitan Buku Masakan Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm.Di bawah ini saya berikan satu resipi hidangan Sarapan Pagi yang menggunakan produk keluaran Fama yang sememangnya sedap dan Selamat Mencuba.




Toast Belimbing & Roselle Bersama Rojak Agromas

Bahan-bahan : -

4 Keping Roti
2 camca Besar Jem Belimbing Agromas
2 Camca Besar Jem Roselle Agromas
2 Biji Telur Ayam ( Dipukul Perlahan )
Sedikit Minyak Untuk Menggoreng
1 Biji Jambu Air
1 Camca Besar Kuah Rojak Dengan Madu Agromas


* Cara Penyediaannya : -

01. Mula-mula sapukan jem belimbing agromas pada permukaan roti dan takupkan dengan roti lain diatasnya.
02. Kemudian sapukan pula jem roselle agromas pada roti dan takupkan juga dengan roti yang lain.
03. Setelah itu saluti keseluruhan roti tersebut dengan telur ayam yang telah dipukul tadi.
04. Kemudian bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.Setelah itu bolehlah hidangkan bersama jambu air yang dicurahkan dengan sedikit kuah rojak dengan madu agromas.

05. Siap untuk dinikmati ( Selamat Mencuba )