Ahad, 10 Januari 2010

Hersheys Coklat Paling Laris Di Pasaran



Terima kasih kepada pihak Delfi Marketing yang telah sudi menaja produk Hersheys bagi penerbitan Buku masakan Menu Sajian Antarabangsa.Dibawah ini saya perlihatkan satu resipi Moist Chocolate cake yang menggunakan produk Chocolate Hersheys.jangan lupa layari laman web rasmi Delfi Marketing di http://www.delfimarketing.com.my/ bagi maklumat lebih lanjut mengenai coklat Hersheys.




Moist Chocolate Cake

* Bahan A : -

280g Tepung Gandum
40g Serbuk Koko Hersheys Natural Unsweetened
1 Camca Teh Serbuk Penaik
1 Camca Teh Bikarbonat Soda


2 Camca Teh Nescafe
1 Camca Teh Air Panas
280g Marjerin
200g Gula Halus
5 Biji Telur Ayam
1 Camca Teh Esen Vanila
113g Hersheys Baking Bar Semi-Sweet Chocolate ( Dicairkan )
1/4 Cawan Air Sejuk

* Bahan Topping : -

283g Hersheys Kisses Milk Chocolate ( Dicairkan )
170g Susu Sejat

* Cara Penyediaannya : -

01. Lenser dan alas acuan kek berukuran bulat dengan kertas minyak.
02. Ayak bersama bahan A dan ketepikan.
03. Larutkan nescafe dengan air panas dan ketepikan.
04. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
05. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
06. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat hersheys dan kacau.
07. Kaupbalikkan tepung berselang-seli dengan air sejuk.
08. Masukkan ke dalam acuan kek.
09. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 170c selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak apabila diuji.
10. Angkat dari ketuhar dan sejukkan.
11. Sementara itu, dalam periuk berlapis, cairkan coklat hersheys dengan susu sejat.
12. Kacau hingga sebati, kemudian sapu diatas kek yang telah sejuk.
13. Sejukkan hingga beku.Jika suka hias dengan coklat gulung dan ceri merah.

Tiada ulasan: