Khamis, 18 Februari 2010

Jemputan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm

Kepada Semua Keluarga, Sahabat, Para Penaja, Pihak Penerbit dan Pihak Media atau sesiapa sahaja yang mengenali saya adalah dijemput sama-sama memeriahkan Sidang Media Majlis Pelancaran Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. dan Majlis Pra Pelancaran Buku Masakan Chef Arm yang ke-2 / 3 / 4 / 5 & 6 yang berjudul Hidangan Siam, Hidangan Brunei, Hidangan Singapura, Hidangan Indonesia & Hidangan Filipina terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. Majlis ini akan dijalankan pada 29hb Mac 2010 pada jam 3 Petang dan bertempat di Lot 2216, Jalan Kempas Lama, Kampung Maju Jaya, 81300 Johor Bahru dan pada 09hb April 2010 pada jam 3 Petang bertempat di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Center, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Datanglah beramai-ramai kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik, cenderahati dan cabutan bertuah daripada pihak penaja yang bakal anda semua miliki.Terima Kasih kepada pihak Buku Prima  Sdn. Bhd. serta Pihak Pts Milennia Sdn. Bhd. yang telah sudi memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk berkarya dan terima kasih juga kepada pihak penaja yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, EMP Sdn. Bhd., Prima Komited Sdn. Bhd., Socma Trading ( M ) Sdn. Bhd., Shriro ( M ) Sdn. Bhd., Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ), Diethelm ( M ) Sdn. Bhd., Gardenia Bakery ( KL ) Sdn. Bhd. dan Delfi Marketing Sdn. Bhd.

Tiada ulasan: