Isnin, 26 April 2010

Nantikan Kemunculan Gandingan Hebat 2 Selebriti Popular Masa Kini iaitu Maria Tunku Sabri & Chef Arm di TV3

Pada 15hb April 2010 yang lepas telah berlakunya satu Perbincangan bersama antara PA Chef Arm, Assistant Cook Chef Arm, Chef Arm & Maria Tunku Sabri.Sewaktu perbincangan ini banyak perkara yang telah dibincangkan antaranya penglibatan Chef Arm untuk rancangan amal seperti Bersamamu dan Singgah Sahur.Juga perbincangan untuk menghidupkan semula rancangan Bual Bicara Bersama Maria Tunku Sabri & Chef Arm. Terdapat juga 2 projek besar yang dirancang iaitu bagi rancangan Jelajah Malaysia iaitu dimana Maria Tunku Sabri bersama Chef Arm akan menjelajah tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di seluruh Malaysia dan mempromosikan masakan-masakan istimewa daripada setiap negeri yang dikunjungi serta menjelajah pusat-pusat membeli belah yang popular di Malaysia.Satu lagi rancangan tv ini berjudul Jelajah Dunia Bersama Maria Tunku Sabri & Chef Arm.Jangan lupa nantikan pelbagai rancangan menarik daripada 2 Selebriti terkenal iaitu Maria Tunku Sabri & Chef Arm di TV3.

Tiada ulasan: