Jumaat, 2 April 2010

Pesta Buku Antarabangsa ( International Book Fair )

Pada 27hb Mac 2010 yang lalu Chef Arm telah pun berada di Dewan Tun Husein Onn PWTC, Kuala Lumpur bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa ( International Book Fair ) di Booth Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ) bagi mempromosikan Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm dan Sesi Bertemu Penulis serta Sesi Tandatangan Penulis.Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak penaja saya yang sudi menaja Cenderahati buat Pembeli Buku Masakan Chef Arm pada waktu Pesta Buku Antarabngsa tersebut iaitu daripada Shriro ( M ) Sdn. Bhd. yang menaja Sampling Produk Dilmah Tea dan Prima Komited Sdn. Bhd. yang menaja cenderahati berupa Kalender 2010.Pada masa yang sama terdapat ramai juga selebriti yang terlibat bagi mempromosikan Buku Masakan mereka diantaranya Sharifah Shawati, Sheila Rusly, Rubiah Suparman, Jaafar on, Pak Engku, Dayang Kek Lapis dan ramai lagi.

Tiada ulasan: