Isnin, 26 April 2010

Sunrise Cooking Class By Chef Arm

Pada 10hb April 2010 telah berlangsungnya Sunrise Cooking Class By Chef Arm diadakan di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Kelas Masakan ini hanya dibuka buat masyarakat komuniti Sunrise sahaja.Terima Kasih kepada pihak Sunrise Berhad yang telah sudi menjemput saya bagi mengadakan kelas masakan.Kelas masakan itu telah dihadiri seramai 15 orang peserta dan kakitangan Sunrise Bhd.komuniti Penduduk yang hadir bagi kelas masakan tersebut yang terdiri daripada bangsa Jepun, India, Sri Lanka, China, US & Malaysia.Pada hari itu saya telah menunjukkan 4 jenis demo masakan yang terdiri daripada masakan Fusion iaitu Salad Ayam Beryogurt, Sup Tomato, Nasi Khazanah Laut, Pasta Lada Hitam.Resipi-resipi ini semua ada terdapat pada Buku Masakan saya iaitu Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm ia juga secara tidak langsung adalah bertujuan mempromosikan buku masakan tersebut.Terima Kasih juga kepada para penaja produk yang terdiri daripada Prima Komited Sdn. Bhd. ( Ok Home Appliance ), Socma Trading Sdn. Bhd. ( Santan Harmuni / Tisu Beautex / Minyak Masak Golden Circle ) & Shriro ( M ) Sdn. Bhd. ( Agnesi Pasta / Dilmah Tea ).

Tiada ulasan: