Isnin, 26 April 2010

Majlis Pelancaran Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm

Pada 09hb April 2010 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. ( Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. ) di Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur.Sambutan yang diberikan cukup meriah daripada Masyarakat komuniti Sunrise yang terdiri daripada bangsa Jepun, India, Sri Lanka, China, US dan Malaysia.Gabungan masyarakat ini dijemput adalah bagi memantapkan lagi majlis pelancaran ini yang amat sesuai dengan konsep buku masakan tersebut iaitu Menu Fusion yang bermaksud masakan timur yang mempunyai campuran elemen ataupun citarasa barat.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua penaja yang terlibat dalam memeriahkan majlis pelancaran ini iaitu Ajinomoto ( M ) Bhd, Socma Trading Sdn. Bhd., Prima Komited Sdn. Bhd., Shriro ( M ) Sdn. Bhd., & Delfi Marketing Sdn. Bhd.Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan buat Sunrise Berhd yang sudi menaja lokasi & telah membantu dari segala aspek termasuklah dari aspek Props, Stage, Kakitangan dan sebagainya.Jauh di dalam lubuk hati saya ini ingin meluahkan rasa bangga apabila Buku masakan saya ini telah sudi dilancarkan oleh Pengurus Besar Sunrise Bhd sendiri.Walaupun segalanya berjalan lancar dengan penuh kemeriahan, kekecewaan daripada saya tetap ada apabila pihak Penerbit Buku Masakan saya sendiri iaitu Buku Prima Sdn. Bhd. dan Semua Wartawan daripada Majalah-majalah terkemuka Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang telah dijemput tidak dapat menghadirkan diri.Walau bagaimanapun Terima Kasih kepada Team Majalah Saji ( Utusan Karya Sdn. Bhd. ) yang sudi hadir bagi membuat liputan.

Tiada ulasan: