Isnin, 14 Jun 2010

Indahnya Percutian Di Mines Wellness Hotel ( Segalanya ada di Malaysia )

Pada 12hb Jun 2010 sekitar jam 9 pagi, saya telah sampai kesebuah hotel iaitu Mines Wellness Hotel yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dan menginap di sini selama 2 hari 1 malam.Saya berada di sana atas urusan kerja sambil bercuti ini kerana pada 13hb Jun 2010 saya akan mengadakan demo masakan dalam mempromosikan bulan ramadan yang akan menjelang tiba bersempena dengan Pesta Read Malaysia 2010.Suasana di hotel ini sememangnya amat mendamaikan, dengan keramahan pekerja hotel serta bilik hotel yang cukup selesa.Di hotel ini terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang dapat dilakukan.Hotel ini juga menggabungkan kepada 2 bahagian bangunan lain iaitu Mines International Exhibition & Convention Centre dan Mines Shopping Mall, ini bertujuan bagi memudahkan setiap pengunjung hotel yang menginap di hotel mereka untuk membeli belah ataupun sekiranya mempunyai urusan kerja di sana.Hotel ini juga terdapat sebuah padang golf, terdapat pelbagai restoran yang berdekatan serta banyak lagi.Hotel ini cukup menitikberatkan & mengekalkan kehijauan flora dan menariknya pengungjung dapat menikmati ikan berenang-renang hanya di tepian tasik.Pantai ciptaan yang direka oleh pihak Mines ini sememangnya amat menarik dan mengagumkan kerana ia seolah-olah kita berada di pantai yang sebenar, ditambah pula airnya yang sejuk.Sarapan pagi secara percuma termasuk dalam pakej bilik yang disediakan amat mengujakan bagi setiap pengunjung yang menginap disini.Maka jika anda bercadang untuk bercuti saya cadangkan datanglah kesini kerana sememangnya segalanya ada di Malaysia.Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Mines Mangement yang telah menaja penginapan beserta sarapan pagi buat saya.Pengalaman saya menginap di hotel ini akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah di hati saya.Jom Zoom Malaysia ke Mines wellness Hotel.

Tiada ulasan: