Sabtu, 21 Julai 2012
Pencarian Peserta Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012.
1.
PENCARIAN
PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN
DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU
ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.
P
PENCARIAN
PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN
DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU
ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.
1. Peserta pertandingan
adalah secara individu dengan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50
sahaja untuk Tabung Amal Titian Kaseh.
2. Sekurang-kurangnya 20
penyertaan akan bertanding dan pertandingan ini juga terbuka buat semua
warga Malaysia, Singapura & Indonesia tidak mengira bangsa, agama,
umur dan jantina.Sewaktu pertandingan ini nanti peserta diwajibkan
mengenakan tema pakaian hari raya.
3. Peserta hendaklah membawa bahan-bahan masakan rendang dan peralatan
masakan seperti pinggan, mangkuk, senduk, sudu, pisau dan kuali sendiri
daripada rumah.Pihak penganjur hanya akan menyediakan dapur gas sahaja.
4. Masakan Rendang berkonsepkan Tradisional ataupun moden dan masakan
rendang adalah bebas.Sekiranya bahan masakan anda perlu dikisar ataupun
ditumbuk ia perlulah telah siap sedia daripada rumah, begitu juga
sekiranya daging perlu direbus ataupun hendak menggoreng ayam terlebih
dahulu ianya haruslah telah siap daripada rumah.Anda hanya tinggal
memasak rendang sahaja sewaktu di Skudai Parade.
5. Permarkahan
akan dinilai dari segi rasa, cara persembahan hidangan, kebersihan dan
yang paling penting adalah keaslian rendang yang akan dinilai oleh
seorang panel juri yang berpengalaman dalam bidang masakan.
9. Hadiah-hadiah :
Tempat pertama : Wang Tunai RM300.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat kedua : Wang Tunai RM200.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah Sampingan.
Saguhati ke-4 & ke-5 : 2 buah Hamper Tajaan dan 5 Hadiah sampingan.
Saguhati ke-6 hingga ke-8 : 2 buah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
Saguhati Ke-9 hingga Ke-20 : Sebuah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
* Jika berminat anda boleh hubungi Chef Arm di talian 017-8276084 /
017-7257494 ataupun terus tinggalkan nama penuh anda, Alamat rumah, No.
Telefon dan nama masakan anda.
* Hamper & hadiah adalah
tajaan Ita Delights, Ajinomoto, Nestle, Jamu Mak Dara, Gardenia,
Citrawawa Choc & Craft, Chef Arm Kitchen Services, Skudai Parade dan
Majalah Buckjet.
Khamis, 19 Julai 2012
Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm & Maggi.
Alhamdulillah, kelas masakan Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza
bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para
peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef
Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan
tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku
resipi, Goodie bag produk nestle semuanya secara percuma
sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas
masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri
daripada Nestle.
Sabtu, 14 Julai 2012
Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.
Kepada
sesiapa yang berminat untuk menyertai Kelas masakan Bersama Selebriti
Chef Arm di Johor Bahru boleh PM saya dengan Segera ayaupun terus
hubungi saya di talian 017-8276084 / 017-7257494.
Tarikh : 18hb Julai 2012 ( Rabu )
Masa : 12 Tengahari sehingga selesai.
Tempat : Chef Arm Kitchen Services, No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.
Kos bayaran : RM100 Seorang. ( Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza )
Jumaat, 13 Julai 2012
Program Tabung Amal Titian Kaseh Bersama Chef Arm.
Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan satu Program Tabung Amal Titian Kaseh bagi membantu golongan seperti Anak Yatim Piatu, Warga Emas dan Ibu Tunggal pada bulan Ramadhan & syawal ini.Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban mereka bolehlah hulurkan sumbangan dalam bentuk Sumber Kewangan, Bahan Makanan, Pakaian Terpakai ataupun Bahan Bacaan.Sekiranya berminat untuk sama2 membantu Silalah PM saya dengan segera.
Ahad, 8 Julai 2012
Kelas Masakan Kek Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.
Alhamdulillah, kelas masakan kek bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku resipi, Goodie bag produk nestle dan Fonterra semuanya secara percuma sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri daripada Nestle dan Fonterra.
Jumaat, 6 Julai 2012
Rabu, 27 Jun 2012
Menu Ayam Turkey Dari Chef Arm ( Majalah Aroma - Julai 2012 )
Dapatkan sekarang Majalah Masakan Aroma terbitan Suri Media Sdn. Bhd. keluaran bulan Julai 2012 yang kini sudah pun berada di pasaran.Jangan lupa mencuba 4 buah resipi yang terdapat dalam majalah tersebut iaitu Rendang Ayam Turkey, Ayam Golek Turkey, Ayam Turkey Masak Merah dan Nasi Arab daripada hasil air tangan Chef Arm.
Ahad, 24 Jun 2012
Dapatkan Buku-Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Di Pameran Buku Sempena Program Masjid Duniaku.( Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam )
Jom ramai-ramai ke Pameran Buku Sempena Program Masjid Duniaku yang akan diadakan pada 07hb Julai 2012 hingga 08hb Julai 2012 bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 10.30 malam dan bertempat di Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pameran Buku Sempena Program Masjid Duniaku.( Masjid Bukit Indah, Ampang )
Jom ramai-ramai ke Pameran Buku Sempena Program Masjid Duniaku yang akan diadakan pada 30hb Jun 2012 hingga 01hb Julai 2012 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 malam dan bertempat di Perkarangan Masjid Bukit Indah, Ampang.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.
Dapatkan Buku-Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Di Pesta Buku Selangor 2012.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Selangor 2012 yang akan diadakan pada 29hb Jun 2012 hingga 09hb Julai 2012 bermula jam 10 pagi sehingga jam 10.30 malam dan bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.
Dapatkan Buku-Buku Resipi hasil Karya Chef Arm di Pesta Buku Dan Karnival Pendidikan 2012 Daerah Sabak Bernam.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Dan Karnival Pendidikan 2012 Daerah Sabak Bernam yang akan diadakan pada 23hb Jun 2012 hingga 26hb Jun 2012 bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 10 malam dan bertempat di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.
Jumaat, 22 Jun 2012
Ahad, 17 Jun 2012
Sabtu, 16 Jun 2012
Chef Arm Diundang Menjadi Juri Pertandingan Junior Master Chef.
Baru-baru ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, Chef Arm telah diundang bagi mengadakan demo masakan dan menjadi juri bagi pertandingan masakan Junior Master Chef bersempena dengan Karnival Teknik & Vokasional 2012.Pada karnival ini Chef Arm telah menunjukkan masakan daripada negara Thailand iaitu Todman Pla dan masakan daripada negeri Sabah iaitu Laksa Sabah.
Jumaat, 15 Jun 2012
Jom Sertai Demonstrasi Masakan Bersama Selebriti Chef Arm Sempena Ramadhan Di Johor Bahru.
JOM SERTAI DEMONSTRASI MASAKAN SEMPENA RAMADHAN & SYAWAL BERSAMA SELEBRITI CHEF ARM.
TARIKH : 07HB JULAI 2012 ( SABTU )
MASA : 12 TENGAHARI - 3 PETANG.
TEMPAT : CHEF ARM KITCHEN SERVICES, NO.24, JALAN RAWA 18, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU.
* Kelas Masakan adalah dalam bentuk Demo Masakan oleh Selebriti Chef Arm sebanyak 5 jenis masakan kek.
* Antara hidangan kek tersebut ialah Kek Coklat Koko, Kek Sitrus Oren,
Kek Ayam Berempah, Kek Samudera Durian dan Kek Nanas Kayu manis.
* Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM150 sahaja.
* Setiap peserta akan diberikan resipi dan Majalah Masakan The Cook secara Percuma.
* Setiap Peserta juga akan mendapat Goodie Bag secara percuma oleh Maggie (Nestle Product).
* Permainan Kuiz ( Hamper tajaan Maggie & Fonterra )
* Terdapat pelbagai jualan Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia & Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).
* Program ini juga akan dimuatkan ke dalam Majalah Masakan Aroma.
* Juga disediakan jamuan Ringan buat semua peserta.
* Tarikh tutup penyertaan adalah pada ( 01hb Julai 2012 ) dan penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja.
* Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat pembayaran penuh sebanyak
RM150 ke akaun Maybank 151397060493 atas nama Shamsul Anuar
Yusof.Kemudian sms kan nama anda ke nombor 017-8276084 / 017-7257494
setelah membuat pembayaran tersebut untuk pengesahan.
* Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Chef Arm di : -
Shamsul Anuar Yusof ( Chef Arm ),
Chef Arm Kitchen Services,
No.24, Jalan Rawa 18,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru.
( H/P ) 017-8276084 / 017-7257494
( Email ) ericjb23@yahoo.com.sg
( Blog ) http:// www.chef-arm.blogspot.com/
( Video Masakan ) www.trymasak.my/chefarm
( YM ) ericjb23
( FB ) Chef Arm
Sabtu, 2 Jun 2012
Sabtu, 26 Mei 2012
Dapatkan Buku-buku Resipi Chef Arm Di Promosi Jualan Seronoknya Cuti @ BookCafe PTS.
Jom ramai-ramai ke Promosi JUALAN SERONOKNYA CUTI@PTS BOOKCAFE yang bakal diadakan pada 26hb Mei 2012 dan 03hb Jun 2012 bermula dari jam 10 pagi sehingga 7 malam dan bertempat di PTS BookCafe, PTS Distributors & Publications, No.26, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor. Dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Dapatkan potongan diskaun sebanyak 20% untuk semua judul buku.
Dapatkan Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia Di Pesta Buku@ Kubah Ria, Kuching, Sarawak.
Jom beramai-ramai ke Pesta Buku @ Kubah Ria yang akan diadakan pada 26hb Mei 2012 sehingga 04hb Jun 2012 bermula seawal jam 10 pagi hingga 10 malam di Kubah Ria, Kuching, Sarawak.jangan lupa untuk mendapatkan pelbagai judul Buku Resipi hasil karya Chef Arm terbitan PTS Millennia diantaranya ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Pelbagai diskaun hebat menanti anda disana.
Rabu, 23 Mei 2012
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Read Malaysia.
Jom ramai-ramai ke Pesta Read Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada 25hb Mei 2012 sehingga 03hb Jun 2012 daripada jam 11 pagi hingga 10 malam dan bertempat di Booth A2, Mines Exhibition Centre ( MIECC ), Mines Resort City.Jangan lupa dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm iaitu Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah terbitan PTS Millennia.Banyak diskaun hebat menanti anda disana.
Langgan:
Catatan (Atom)

















