Sabtu, 21 Julai 2012

Pencarian Peserta Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012.


1.
P
PENCARIAN PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.

1. Peserta pertandingan adalah secara individu dengan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 sahaja untuk Tabung Amal Titian Kaseh.


2. Sekurang-kurangnya 20 penyertaan akan bertanding dan pertandingan ini juga terbuka buat semua warga Malaysia, Singapura & Indonesia tidak mengira bangsa, agama, umur dan jantina.Sewaktu pertandingan ini nanti peserta diwajibkan mengenakan tema pakaian hari raya.


3. Peserta hendaklah membawa bahan-bahan masakan rendang dan peralatan masakan seperti pinggan, mangkuk, senduk, sudu, pisau dan kuali sendiri daripada rumah.Pihak penganjur hanya akan menyediakan dapur gas sahaja.

4. Masakan Rendang berkonsepkan Tradisional ataupun moden dan masakan rendang adalah bebas.Sekiranya bahan masakan anda perlu dikisar ataupun ditumbuk ia perlulah telah siap sedia daripada rumah, begitu juga sekiranya daging perlu direbus ataupun hendak menggoreng ayam terlebih dahulu ianya haruslah telah siap daripada rumah.Anda hanya tinggal memasak rendang sahaja sewaktu di Skudai Parade.

5. Permarkahan akan dinilai dari segi rasa, cara persembahan hidangan, kebersihan dan yang paling penting adalah keaslian rendang yang akan dinilai oleh seorang panel juri yang berpengalaman dalam bidang masakan.

9. Hadiah-hadiah :

Tempat pertama : Wang Tunai RM300.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat kedua : Wang Tunai RM200.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah Sampingan.
Saguhati ke-4 & ke-5 : 2 buah Hamper Tajaan dan 5 Hadiah sampingan.
Saguhati ke-6 hingga ke-8 : 2 buah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
Saguhati Ke-9 hingga Ke-20 : Sebuah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.

* Jika berminat anda boleh hubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494 ataupun terus tinggalkan nama penuh anda, Alamat rumah, No. Telefon dan nama masakan anda.

* Hamper & hadiah adalah tajaan Ita Delights, Ajinomoto, Nestle, Jamu Mak Dara, Gardenia, Citrawawa Choc & Craft, Chef Arm Kitchen Services, Skudai Parade dan Majalah Buckjet.

Tiada ulasan: