Kini Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef di Majalah Aroma telah dikendalikan oleh Chef Arm.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dalam bidang masakan boleh dialamatkan persoalan anda kepada Pakar Dapur Tanya Chef - Suri Media Sdn. Bhd, 151-4-6, Tingkat 4, Wisma Mutiara Puchong, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.Bagi surat-surat yang terpilih anda akan menerima hadiah sumbangan tajaan Accacia Coffee & Gaharu Tea.
Ahad, 26 Februari 2012
Dapatkan Pelbagai Resipi Chef Arm Di Majalah Aroma - Mac 2012
Dapatkan pelbagai resipi menarik daripada Chef Arm di Majalah Aroma keluaran bulan Mac 2012, antara resipi yang disajikan kali ini adalah seperti Kuih Celerot, Manisan Pasta Buahan Ala Chef Arm, Terung Bakar, Pisang Bakar, Nasi lemak Cara Sarawak, Nasi Goreng Aruk, Nasi Ayam Tinuk, Mee Daging Sarawak, Jeruk Buah Engkalak, Kerabu Apong, Pekasam Ambal, Pekasam Udang Galah, Pekasam Payak, Pekasam Pucuk Paku, Umai Ikan, Linut, Kerabu Mangga Muda Ala Chef Arm, Ikan Bakar Cara Sarawak dan Pucuk Midin Tumis Belacan.
Sabtu, 25 Februari 2012
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Brunei 2012.
Kepada peminat-peminat Chef Arm jom ramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Brunei 2012 yang akan diadakan pada 25hb Febuari 2012 hingga 04hb Mac 2012 bermula daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Booth Pustaka Remaja, Pusat persidangan Antarabangsa, Barakas, Brunei.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.
Khamis, 23 Februari 2012
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Terengganu 2012.
Jom ramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Terengganu 2012 yang akan diadakan pada 23hb Febuari 2012 hingga 29hb Febuari 2012 bermula daripada jam 9.30 pagi hingga 10 malam dan bertempat di Pusat Dagangan, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatlkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.
Ahad, 19 Februari 2012
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya.
Jom ramai-ramai memeriahkan Ekspo Buku Islam 2 yang akan diadakan pada 24hb Febuari 2012 hingga 4 Mac 2012 bermula daripada jam 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Dewan Cempaka Sari, Precint 3, Purajaya.Pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa untuk mendapatlkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.
Khamis, 9 Februari 2012
Selebriti Chef Arm Terlibat Sama Dalam Program Gathering Grup Bakers 1 Malaysia.
Pada 06hb Febuari 2012 bersamaan dengan hari Isnin telah berlangsungnya sambutan Program Grup Bakers 1 Malaysia yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Program ini telah menemukan semua pakar-pakar masakan daripada bidang Pastri, Kek dan Bakeri, ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain dan berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam dunia perniagaan.Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Selebriti Chef Terkemuka Malaysia iaitu Dato Chef Wan dan Selebriti Chef Muda yang semakin naik namanya iaitu Chef Arm, dimana Chef Arm juga telah diundang oleh Grup Bakers 1 Malaysia bagi mengadakan Demo Masakan Kerabu dan Promosi Jualan Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia dan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).Program ini semakin bertambah meriah sewaktu sesi pemotongan kek oleh Dato Chef Wan, Chef Arm dan bersama ahli jawatankuasa Grup Bakers 1 Malaysia.
Sabtu, 28 Januari 2012
Chef Arm kendalikan Ruangan Tanya Chef Dalam Majalah Aroma.
Bermula pada keluaran Majalah Aroma bulan Febuari 2012, Ruangan Tanya Chef telah diambil alih oleh saya pada masa ini.Dimana ruangan Tanya Chef ini anda berpeluang bertanyakan pelbagai kemusykilan ataupun permasalahan dalam bidang masakan, sehubungan dengan itu kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan dengan masakan bolehlah menghantarkan soalan-soalan anda ke Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef - Suri Media Sdn. Bhd., 151-4-6, Tingkat 4, Wisma Mutiara Puchong, Batu 6 1/2, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur.Setiap soalan daripada surat yang terpilih akan menerima hadiah daripada pihak penaja berupa Accacia Coffee dan Gaharu Tea.
Khamis, 19 Januari 2012
Chef Arm Turut Serta Dalam Sesi Promosi Majalah Aroma Di Kuching, Sarawak.
Sepanjang Chef Arm berada di Kuching, Sarawak daripada 12hb Disember 2011 sehingga 05hb Januari 2012 Chef Arm masih sempat untuk mengadakan Sesi Promosi Majalah Aroma keluaran Suri Media Sdn. Bhd. kepada para peminatnya yang berada di Kuching, Sarawak.Usaha ini dilakukan bagi memperkenalkan Majalah Aroma lebih secara dekat dengan masyarakat umum.Rata-rata masyarakat kuching amat menyukai Majalah Aroma ini kerana pengisian resipi & tips masakan yang begitu padat.
Rabu, 11 Januari 2012
Pesta Buku MPH @ KL Sentral.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku MPH yang diadakan pada 07hb Januari hingga 15hb Januari 2012 di Tingkat 1, Kl Sentral daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.Pelbagai Tawaran diskaun hebat yang ditawarkan.Jangan lupa dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.
Selasa, 10 Januari 2012
Festival Penulis Grup Buku Karangkraf Sempena Karnival Buku Karangkraf 2012.
Jom ramai-ramai ke Festival Penulis Grup Buku Karangkraf bersempena KARNIVAL BUKU KARANGKRAF 2012 yang akan diadakan pada 27hb - 29hb Januari 2012, bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Diskaun hebat & hadiah menarik menanti anda.Jangan lupa juga untuk mendapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ).
Ceramah Motivasi Bersama Selebriti Chef Arm.
Pada 07hb Januari 2012 disebelah petangnya pula Chef Arm telah dijemput oleh pihak Maahad Tahfiz Faqeh, Temerloh, Pahang bagi memberikan Ceramah Motivasi kepada 13 orang pelajarnya yang terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan.Ceramah ini adalah bagi memberi semangat dan keyakinan kepada pelajar-pelajar tersebut untuk terus berjaya.
Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Temerloh, Pahang.
Pada 07hb Januari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu telah berlangsungnya Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm di Taman Bukit Semantan, Temerloh, Pahang.Kelas Masakan ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta.Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis hidangan masakan yang terdiri daripada Sup Tomato, Makaroni Goreng Berempah dan Kek Coklat Koko.semua peserta begitu gembira apabila mendapat 4 buah Buku Resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia.
Rabu, 28 Disember 2011
Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-2
Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah hasil karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia telah diulang cetak buat kali ke-2.Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua terhadap buku resipi saya ini.Kepada yang masih belum mendapatkannya jangan lupa untuk milikinya sekarang juga selagi stok masih ada.
Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.
Baru-baru ini Chef Arm telah mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Program Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia yang diadakan di Kafe D'Satok, Kuching, Sarawak pada 25hb Disember 2011 ( Ahad ).Program ini diadakan bagi mengumpul dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Ibu Tunggal, Anak Yatim Piatu, Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya dan Warga Emas.Sewaktu Demo Masakan tersebut Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan resipi iaitu Kerabu Mangga Muda Ala Thai dan Manisan Pasta Buahan.Setiap orang yang hadir pada program ini telah diberi buku-buku resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia secara percuma sebanyak 4 buah buku.
Sabtu, 17 Disember 2011
Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.
Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama serta dalam Demo Masakan Sempena Kembara Amal Jelajah 1 Malaysia Bersama Selebriti Chef Arm Di Kuching, Sarawak.Program ini bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk Rumah Titian Kaseh Kuala Lumpur yang menempatkan Anak Yatim Piatu, Orang Kurang Upaya, Ibu Tunggal, Fakir Miskin dan Warga Emas.Chef Arm akan menunjukkan 3 jenis demo masakan yang terdiri daripada hidangan Pembuka Selera, Hidangan Utama dan Pencuci Mulut.Jika berminat anda boleh terus hubungi Chef Arm ditalian 017-8276084 / 017-7257494.
Tarikh : 25hb Disember 2011 ( Ahad )
Masa : 3 ptg hingga 5 ptg.
Tempat : Kafe D'Satok, Lot 354, Lorong 12, Jalan Satok, Kuching, Sarawak.
Bayaran : RM50 ( Dikontrakan dengan 7 Buah Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia )
Tarikh Tutup Pendaftaran : 23hb Disember 2011 ( Jumaat )
Sabtu, 10 Disember 2011
Rabu, 7 Disember 2011
Menu Hidangan Istimewa Sarawak Daripada Chef Arm.( Majalah Aroma - Disember 2011 )
Dapatkan 6 buah resipi istimewa Sarawak yang diketengahkan oleh Chef Arm di dalam Majalah Aroma kali ini adalah Seperti Laksa Sarawak, Tempoyak Goreng, Daging Itik Masak Kicap, Nasi Goreng Dabai, Ayam Pansuh dan juga Mee Kolok Sarawak.Dapatkan Majalah Aroma keluaran bulan Disember 2011 sekarang juga.
Isnin, 5 Disember 2011
Jom ke Karnival Buku Pulau Pinang.
Kunjungi Karnival Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Perpustakaan Awam Pulau Pinang pada 03hb hingga 11hb Disember 2011 jam 10 pagi hingga 6 petang.Jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) dan dapatkan tawaran diskaun yang hebat.
Langgan:
Catatan (Atom)









