Selasa, 20 Julai 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Pada 17hb Julai 2010 telah berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola Bersama Chef Arm.Bagi sesi Kelas masakan yang ketiga ini saya telah menunjukkan cara-cara menyediakan masakan Gulai Lemak Pisang Muda & Serunding Kelapa.Pada kelas kali ini Bengkel ini telah dihadiri oleh Team Penerbitan Buku Masakan daripada Pts Milennia Sdn. Bhd.Cukup seronok apabila melihat teletah pihak media yang turut serta memasak dalam bengkel kali ini.Peserta-peserta bengkel kali ini cukup peramah dan nampak girang dihati mereka apabila mendapat Goodie Bag daripada pihak penaja & membeli pelbagai produk dengan harga diskaun yang amat berpatutan serta jualan Buku Resipi Chef Arm.

Tiada ulasan: