Chef Arm kendalikan Ruangan Tanya Chef Dalam Majalah Aroma ( Majalah Aroma -April 2012 )
Kini Chef Arm telah mengendalikan Ruangan Pakar Dapur Tanya Chef bagi Majalah Aroma Terbitan Suri Media Sdn. Bhd.Jadi sekiranya anda ada soalan untuk diajukan kepada chef, tanyalah apa saja soalan...Chef Arm sedia membantu menyelesaikan masalah anda.Caranya cukup mudah hanya inboxkan pada saya soalan-soalan tersebut berserta nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon anda.setiap soalan yang terpilih akan disiarkan di Majalah Aroma dan anda akan menerima hadiah dari pihak penaja berupa Accacia Coffee dan Gaharu Tea.
120g Roti Gardenia
1/3 Cawan Kismis
4 Biji Telur Ayam
2 Camca Besar Gula
150g Yogurt Buah Aprikot Rendah Lemak
Sedikit Ceri Merah
Cara Penyediannya : -
Panaskan ketuhar hingga 180c.
Lenser bekas mangkuk pai muatan 3 cawan.
Potong tepi kulit roti, sapukan mentega diatas roti dan potong dadu.Susunkan separuh daripada roti di dalam mangkuk pai.Taburkan kismis diatasnya dan ulangi proses ini dengan baki roti dan kismis.Pukul telur dan gula hingga sebati.Masukkan yogurt.Sendukkan ke atas roti, biarkan selama 30 minit.Letakkan mangkuk ke dalam dulang pembakar.Tuangkan air panas ke dalam dulang tidak melebihi 2 cm dari bahagian mangkuk pai.Bakar selama 40 minit atau sehingga ia tidak melekat pada pisau apabila dicucuk.Angkat puding dan sejukkan.Potong berbaji atau kepingan, hiaskan dengan ceri jika digunakan dan hidangkan panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan