Jumaat, 30 Mac 2012

Chef Arm Kendalikan Kelas Masakan Di Triang, Pahang Anjuran Pertubuhan Persatuan Institusi Wanita.

Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsungnya Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm bersama warga penduduk kampung Tok Langit, Bandar Bera, Pahang anjuran Pertubuhan Persatuan Institusi wanita, Cawangan Bandar Bera, Pahang.Kelas Masakan ini telah dihadiri oleh lebih daripada 30 orang wanita yang terdiri daripada usahawan dan suri rumah tangga.sewaktu program kelas masakan ini Chef Arm telah menunjukkan 3 jenis masakan iaitu Kubis Gulung Berinti, Soto Warisan Singapura dan Kek Sitrus.Semua peserta yang hadir juga telah mendapat buku-buku resipi hasil karya Chef Arm terbitan PTS Millennia secara percuma.

Tiada ulasan: