Isnin, 18 Julai 2011

Promosi Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Semua Kedai-Kedai Buku Seluruh Malaysia Sempena Bulan Ramadan

Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi Pihak Pts begitu giat menjalankan promosi Baca@Ramadan iaitu satu program bagi menggalakkan semua orang mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah contohnya dengan membaca.Jadi sepanjang bulan ramadan inilah orang ramai akan sentiasa bercerita tentang makanan dan Buku Resipi, jadi tunggu apa lagi dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm yang diadakan promosi secara besar-besaran oleh pihak PTS di semua kedai-kedai Buku seluruh Malaysia.Antara Buku-buku resipi Chef Arm ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah Cepat & Enak Bersahur.Anda semua bolehlah mendapatkan buku-buku resipi Chef Arm ini di Kedai Buku MPH, Kedai Buku POPULAR, Kedai Buku HARRIS, Gramedia, Daily Bookstore, Badan Cemerlang, Kedai Serbaneka MyNews.com, Kedai Serbaneka NewsPlus, Mydin Mall USJ Subang Jaya, Seluruh Pasaraya Besar Carrefour dan banyak lagi.

Tiada ulasan: