Selasa, 12 Julai 2011

Program Anak Angkat Beraya Bersama Chef Arm.

Bersempena dengan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan satu program iaitu Program Anak Angkat  Beraya Bersama Chef Arm.Program ini akan berlangsung bermula pada 11hb Julai 2011 sehingga 30hb Ogos 2011 dan program kemuncaknya akan dijalankan pada 31hb Ogos 2011 ( Sambutan Hari Raya ).Tujuan program ini sebenarnya bertujuan bagi menyambut Perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama anak-anak yatim.Untuk program ini juga setiap anak yatim yang akan bergelar anak angkat Chef Arm akan diberikan pelbagai hadiah tajaan daripada pihak penaja, Majalah-majalah masakan & Buku-buku resipi Chef Arm secara percuma serta dapat beramah mesra dan menyaksikan sendiri secara Live Demo Masakan daripada Chef Arm.Malah mereka ini juga akan dijamu sepenuhnya dengan hidangan hebat hasil air tangan Selebriti Chef Arm.Jadi bagi memastikan kelancaran program ini berjalan dengan lancar pihak kami merayu kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan sumbangan tidak kiralah dalam bentuk hamper, makanan & minuman, bahan masakan, pakaian mahupun sumber kewangan dapat menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 / 017-7257494 , melalui email di ericjb23@yahoo.com.sg atau pun inbox sahaja di Facebook saya.Selain itu Chef Arm Kitchen Services juga menjalankan Penjualan Buku-buku Resipi Chef Arm iaitu pembelian secara terus daripada Chef Arm untuk 6  ( Enam ) Buah Buku Resipi Chef Arm termasuk bayaran Pengharan Pos Laju hanya berharga RM 40 sahaja.Dimana kesemua wang hasil daripada jualan Buku Resipi Chef Arm ini akan disalurkan ke rumah-rumah anak yatim yang terpilih.( Hanya pembelian secara terus daripada Chef Arm Sahaja ).

Tiada ulasan: