Selasa, 17 Ogos 2010

Membeli Sambil Beramal Sempena Ramadan@Popular Iaitu 10% Hasil Jualan Buku Ini Akan Didermakan Ke Rumah Kebajikan Terpilih.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini pihak Pts dan Popular telah mengadakan satu promosi iaitu dengan setiap pembelian Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura iaitu sebanyak 10% daripada hasil jualan buku tersebut akan didermakan ke rumah-rumah kebajikan terpilih.Sehubungan dengan itu saya merayu pada semua Masyarakat Malaysia marilah membeli koleksi buku-buku resipi Chef Arm ini kerana disamping membeli anda juga dapat beramal bagi yang memerlukan.Promosi ini berlangsung daripada 25hb Jun 2010 sehingga 29hb Ogos 2010 di Semua Cawangan Kedai Buku Popular Seluruh Malaysia.Bagi pembelian RM80 keatas anda akan mendapat Beg Cenderahati Ekslusif secara Percuma.

Tiada ulasan: