Ahad, 15 Ogos 2010

Bengkel Ramadhan Sesi Akhir Bersama Chef Arm

Pada 08hb Ogos 2010 telah berlangsungnya Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola buat sesi terakhir.Sememangnya cukup meriah apabila di hari akhir bengkel ini iaitu salah seorang peserta bengkel telah sudi menyediakan juadah nasi dagang untuk semua peserta menjamu selera. Sememangnya cukup sedih dihati apabila terpaksa meninggalkan semua peserta buat kali terakhir setelah selama 10 sesi bengkel ramadhan diadakan. Ucapan akhir daripada saya buat semua peserta bengkel adalah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & semoga Puasa kali ini memberikan kita semua limpahan rezeki dan pahala yang lebih besar.

Tiada ulasan: