Program Tea Talk Series Khas Ramadhan & Syawal anjuran UMW Corporation dan Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) bersama Selebriti Chef Arm telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb julai yang lalu.Program yang diadakan di Auditorium UMW Corporation, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor ini telah dikendalikan oleh Pakar Masakan yang juga merupakan Penulis Buku Resipi, Pengacara Rancangan TV iaitu Shamsul Anuar Yusof ataupun lebih dikenali dengan panggilan Chef Arm.Untuk mengetahui akan cerita penuh program ini jangan lupa dapatkan Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.
Ahad, 28 Ogos 2011
Chef Arm Diundang ke Seminar Bakeri Malaysia 2011 ( Majalah Aroma - Edisi Syawal Bulan September 2011 )
Baru-baru ini Chef Arm telah mendapat jemputan oleh pihak California Milk Advisory Board bagi menghadiri Seminar Bakeri Malaysia 2011 yang diadakan di Taylors University College.Seminar ini diadakan bertujuan bersempena dengan syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.Pelbagai hidangan dipertunjukkan antaranya kek, puding, biskut dan roti yang menggunakan produk california Milk & California Cheese yang telah didemonstrasikan oleh Pakar masakan daripada Amerika.Anda juga boleh membaca artikel program ini sepenuhnya di Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.
Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm
Dijemput semua sahabat & peminat-peminat Chef Arm untuk menghadiri ke Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm pada 18/09/11 ( Ahad ) dari jam 12 Tengahari hingga 10 malam di Kediaman Chef Arm yang terletak di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.Untuk pengetahuan semua juga iklan jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm ini juga telah disiarkan di Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.Jadi jangan lupa datanglah beramai-ramai kerana anda akan mendapatkan Majalah masakan secara percuma daripada Chef Arm.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Chef Arm ditalian 017-8276084 ataupun 017-7257494
Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand.
Sekiranya anda semua berminat untuk menyertai program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand, boleh dapatkan maklumat lanjut di dalam Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 ataupun terus menghubungi Editor Majalah Aroma iaitu Cik Siti Dimiati di talian 019-3049063 untuk tempahan tempat & info lanjut.Pelbagai aktiviti akan diadakan, pelbagai goodie bag secara percuma akan diberikan pada setiap peserta.Program ini akan berjalan pada 11/11/11 sehingga 14/11/11 selama 4 hari 3 malam.Bayaran yang dikenakan hanyalah RM1500 sahaja ( Bayaran ini adalah untuk Tiket kapal Terbang pergi & balik, Penginapan Hotel Bertaraf 4 Bintang selama 4 hari, makan minum selama 4 hari-sehari 3 kali, insurans, pemandu pelancong, bayaran cargo beg, bayaran bas semasa di bangkok, tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan ) jadi tunggu apa lagi cepat daftar kerana ia sememangnya cukup berbaloi coz ada liputan oleh pihak media sekali.
Istimewa Hidangan Kuih Raya Chef Arm ( Majalah Aroma - Edisi Syawal Bulan September 2011 )
Jom mencuba pelbagai hidangan kuih raya hasil air tangan Chef Arm buat semua pembaca Majalah Aroma, jadi jangan lupa dapatkan Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 Terbitan Suri Media Sdn. Bhd. yang kini sudahpun berada di pasaran.Antara hidangan yang disajikan oleh Chef buat buat tatapan para pembaca Majalah aroma ialah Dodol, Kuih Bakar, Biskut Makmur, Biskut cokelat swiss dan Biskut Badam Emping Jagung.Selamat mencuba..........................
Jumaat, 19 Ogos 2011
Jom Sertai Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand.
Jom ramai-ramai menyertai program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm yang dianjurkan secara bersama oleh Suri Media Sdn. Bhd. ( Majalah Aroma ) dan Chef Arm Kitchen Services.Di bawah ini akan disertakan maklumat program tersebut dan sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi saya secara terus di talian 017-8276084 ( Chef Arm ) atau Siti Dimiati di talian 019-3049063 ( Editor Majalah Aroma ).
Nama Program : Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok.
Tarikh : 11hb November 2011 - 14hb November 2011 ( 4 Hari 3 Malam )
Bayaran : RM1500 sahaja ( Termasuk Tiket Penerbangan Pergi & Balik, Pengangkutan Bas, Makan minum- sehari 3 kali, Penginapan Hotel bertaraf 4 bintang, Insurans, Pemandu Pelancong & banyak lagi.
Lokasi & Aktiviti : - Lawatan ke tempat-tempat pelancongan di Bangkok, Thailand. ( Floating Market / Chantucak Market & banyak lagi )
- Mendalami Budaya & Makanan Tradisional Masyarakat Siam di Bangkok.
- Demo Masakan Siam daripada Selebriti Chef Arm.
- Pertandingan Masakan Siam.
- Promosi Jualan Buku Resipi Chef Arm
- Aktiviti Memanggang Bersama Chef Arm.
- Aktiviti Memanggang Bersama Chef Arm.
- Sesi Membeli -belah.
Khamis, 11 Ogos 2011
Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm Di UMW Corporation.
Pada 10hb Ogos 2011 baru-baru ini program Tea Talk Series Khas Ramadhan & Syawal Bersama Chef Arm di UMW Corporation anjuran UMW Corporation dengan kerjasama Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) yang telah dikendalikan oleh pakar masakan yang juga merupakan penulis buku resipi 7 pengacara tv iaitu Shamsul Anuar Yusof atau nama panggilannya Chef Arm yang telah disiarkan di Akbar Sinar Harian di bahagian Klik.
Seminar Bakeri Malaysia & Singapura 2011
Baru-baru ini Chef Arm telah diundang oleh pihak Real California Milk Advisory Board untuk menghadiri Seminar Bakeri Malaysia 2011 yang diadakan bersempena bulan syawal yang bakal tiba tidak lama lagi di Taylors Universiti kolej, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.Seminar ini telah dikendalikan oleh Pakar Masakan daripada Amerika iaitu Chef Robert Jorin.Beliau telah menunjukkan cara-cara penyediaan kek, roti, biskut, puding dan banyak lagi dengan penggunaan produk susu & keju.
Isnin, 8 Ogos 2011
Chef Arm Terkenang Zaman Kanak-Kanak Di Bulan Ramadhan ( Majalah Aroma Edisi Ramadhan - Bulan Ogos 2011 )
Dapatkan Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan terbitan Bulan Ogos 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya cerita menarik daripada Chef Arm iaitu kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak pada bulan Ramadhan.Jadi kalau anda semua nak tau apa kenakalan Chef Arm yang dah terbongkar kini sewaktu zaman kanak-kanaknya, jadi tunggu apa ketahuinya semua dalam Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan ini.
Air Tangan Chef Arm ( Juadah Ramadhan ) - Majalah Aroma Edisi Ramadhan Bulan Ogos 2011
Dapatkan dengan segera Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan keluaran bulan Ogos 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran dan mencuba 7 jenis hidangan juadah Ramadhan hasil air tangan Chef Arm antaranya iaitu Gulai Daging Salai, Kari Asam Pedas Ikan Yu, Sambal Tuhau, Kerabu Ikan Tongkol, Ikan Goreng Berinti, Ye Mi Kantonis dan Kerabu Bilis & Sayuran.Jadi diharapkan anda semua dapat mencuba sendiri setiap resipi yang disajikan oleh saya ini buat semua tatapan para Pembaca Majalah Aroma.
Pembaca Majalah Aroma Mencadangkan Untuk Bertandang Ke Rumah Chef Arm.
Baru-baru ini terdapat Peminat Majalah Aroma yang telah menghantar di Ruangan Surat Pembaca pada Editor Majalah Aroma Edisi Ramadhan terbitan Bulan Ogos 2011 yang mencadangkan kepada team Aroma untuk bersama2 peminat menjenjuk ke ruangan dapur peribadi rumah Chef Arm ini adalah bagi berkongsi tip2 masakan dan info akan susun dapur peralatan masak di dapur serta sebagainya.Bagi pihak saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan cadangan ini malah lebih mengalu-alukan kedatangan Team Aroma ke rumah saya bersama2 peminatnya untuk lebih dekat dengan Selebriti Chef Malaysia.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Kini Buku-Buku Resipi Chef Arm Berada di Pasaraya Tesco Seluruh Malaysia.
Kini anda semua boleh dapatkan kesemua judul buku-buku resipi Chef Arm di bawah terbitan PTS Millennia seperti Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa di Pasaraya Besar Tesco seluruh Malaysia.Kini Buku-buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia semakin dekat dengan anda semua.
Isnin, 1 Ogos 2011
Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm Di UMW Corporation.
Baru-baru ini pihak UMW Corporation dengan kerjasama pihak Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) telah menganjurkan satu program iaitu Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm yang diadakan di UMW Corporation Khas sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Sewaktu Program ini Chef Arm telah menunjukkan Demonstrasi 3 Jenis Masakan iaitu Kerabu Limau Bali, Nasi Goreng Tom Yam dan Kaya French Toast.Chef Arm juga sempat mempromosikan kesemua judul Buku-buku resipi serta program TV yang diacarakannya.
Ahad, 24 Julai 2011
Variasi Biskut Raya Chef Arm ( Majalah Saji - Ogos 2011 )
Dapatkan sekarang juga Majalah Saji keluaran Ogos 2011 terbitan Utusan Karya.Kerana didalamnya terkandung 5 jenis resipi istimewa Variasi Biskut Raya hasil air tangan Chef Arm iaitu Biskut Coklat, Biskut Nestum & oatmeal, Biskut Coklat Mentega, Biskut Buah Beri dan Biskut Cendawan.Diharapkan anda dapat mencuba kesemua variasi Biskut Raya hasil air tangan Chef Arm ini.Selamat mencuba..................
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia DI Pesta Buku Negeri Sembilan 2011.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Sembilan 2011 yang diadakan di Ruang Legar Pusat Beli Belah Aeon Jusco Seremban 2.Pesta buku ini bermula daripada 19hb Julai 2011 sehingga 24hb Julai 2011 dari jam 10 pagi hingga 10 malam.Jadi jangan lupa dapatkan buku-buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia disana dengan potongan diskaun yang hebat.
Isnin, 18 Julai 2011
Promosi Hebat Buku Resipi Chef Arm@Pasaraya Besar Carrefour Seluruh Malaysia.
Kini anda semua boleh mendapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia di Pasaraya Besar Carrefour Seluruh Malaysia.Ini juga mampu memudahkan anda mmbeli Buku Resipi sambil membeli belah barang keperluan dapur dan merancang resipi apa yang ingin dihidangkan.Jadi bersempena dengan bulan Ramadan yang hampir tiba ini pihak Carrefour telah mengadakan promosi diskaun hebat iaitu Beli Buku Resipi Chef arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa atau Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur hanya dengan harga RM 4.50 sahaja dan anda dapat berjimat sebanyak RM 1.00.Tunggu apa lagi sememangnya ia cukup berbaloi untuk pengisian hidangan menu anda sekeluarga sepanjang bulan ramadan ini untuk juadah hidangan berbuka puasa dan bersahur.
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Secara Online Sempena Promosi Bulan Ramadan.
Sempena Bulan Ramadan yang hampir tiba ini Buku-buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia bukan sahaja di promosikan di semua kedai-kedai buku seluruh Malaysia tetapi ia juga dipromosikan secara meluas melalui jualan Buku secara online.Ini bertujuan bagi memudahkan anda yang mengalami kesukaran atau terlalu sibuk untuk ke kedai-kedai buku.jadi jangan lupa dapatkan kesemua buku-buku resipi Chef Arm secara online seperti Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur sempena Promosi Bulan Ramadan.Terdapat pelbagai diskaun hebat yang ditawarkan apabila anda membeli secara online dan jangan risau kerana gerenti serta dijamin buku-buku yang ditempah akan sampai kepada anda dengan segera ke destinasi anda.Anda boleh mendapatkan buku-buku resipi Chef Arm secara online di www.bookcafe.com.my / www.taman-ilmu.com.my / www.bukupopular.com / www.mudah.my / www.mphonline.com dan www.eidsb.com/catalog/general-book/resipi
Promosi Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Semua Kedai-Kedai Buku Seluruh Malaysia Sempena Bulan Ramadan
Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi Pihak Pts begitu giat menjalankan promosi Baca@Ramadan iaitu satu program bagi menggalakkan semua orang mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah contohnya dengan membaca.Jadi sepanjang bulan ramadan inilah orang ramai akan sentiasa bercerita tentang makanan dan Buku Resipi, jadi tunggu apa lagi dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm yang diadakan promosi secara besar-besaran oleh pihak PTS di semua kedai-kedai Buku seluruh Malaysia.Antara Buku-buku resipi Chef Arm ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah Cepat & Enak Bersahur.Anda semua bolehlah mendapatkan buku-buku resipi Chef Arm ini di Kedai Buku MPH, Kedai Buku POPULAR, Kedai Buku HARRIS, Gramedia, Daily Bookstore, Badan Cemerlang, Kedai Serbaneka MyNews.com, Kedai Serbaneka NewsPlus, Mydin Mall USJ Subang Jaya, Seluruh Pasaraya Besar Carrefour dan banyak lagi.
Ahad, 17 Julai 2011
Jualan Pelbagai Jenis Kek Lapis Chef Arm Untuk Tempahan Raya.
Bersempena dengan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi Chef Arm telah membuat promosi jualan pelbagai jenis kek lapis.Antara kek lapis yang dijual adalah seperti Kek lapis Berempah ( 400g / RM25 ), Kek Lapis Asam Manis ( 400g / RM25 ), Kek Lapis Kacang Tumbuk ( 400g / RM25 ) dan Kek Lapis Prune ( 500g / RM30 ).Ini tidak termasuk kos penghantaran ataupun pos, Sekiranya anda berminat untuk menempahnya bagi hidangan juadah Raya anda harap dapat menghubungi Chef Arm dengan segera di talian 017-8276084 atau 017-7257494, boleh juga melalui email saya di ericjb23@yahoo.com.sg atau inbox saja di Facebook saya.Diharapkan dengan adanya Kek lapis Chef arm pada Lebaran ini lebih memeriahkan lagi sambutan Raya anda.
Buku-Buku Resipi Chef Arm Yang Semakin Laris Jualannya Bagi Tahun 2011
Mengikut kepada statistik jualan Buku Resipi Chef Arm yang ditempah daripada kedai-kedai buku kepada pihak PTS telah menunjukkan peningkatan jualan buku-buku resipi Chef Arm bagi tahun 2011 ini.Diantara buku-buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang dikatakan semakin laris jualannya adalah seperti Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat semua yang sentiasa memberikan sokongan & dorongan.Kepada anda yang masih belum mendapatkannya jangan lupa dapatkannya sekarang ini juga sementara stok masih ada.
Langgan:
Catatan (Atom)




































