Khamis, 29 Oktober 2009

Menu Istimewa Chef Arm



Pastikan anda semua mendapatkan senaskah Majalah Saji keluaran November 2009 kerana di dalamnya terdapat cerita yang amat menarik serta resepi-resepi hebat daripada saya ( Chef Arm ) antaranya Nasi Goreng Ceritera Chef Arm, Spagheti Goreng Ala Kampung dan Tortila Daging Berempah, dan jangan lupa juga untuk mencuba resepi juara ayam panggang iaitu Ayam Panggang Berempah Sensasi hasil ciptaan hebat saya sendiri.Apa yang paling membanggakan saya dan menjadi satu penghargaan pada diri saya apabila gambar resepi menu sajian hasil ciptaan saya iaitu Tortila Daging Berempah menjadi cover muka hadapan majalah tersebut.jangan ketinggalan untuk mendapatkannya di pasaran hari ini juga hanya dengan harga RM 5.50 sahaja.Diharapkan setelah anda semua mendapatkannya cubalah sendiri akan kenikmatan dan kelazatan masakan tersebut yang sememangnya sedap.Selamat Mencuba!!!bagi mendapatkan resipi hebat ini anda juga boleh melayari laman web http://www.utusankarya.com.my/ atau http://www.sajionline.com.my/

Rabu, 28 Oktober 2009

Syabas kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia ( JAKIM ) dalam menangani isu halal yang kini amat hebat diperkatakan masyarakat Malaysia kini terutamanya yang beragama islam.Baru-baru ini pihak jakim telah menyerbu beberapa buah premis perniagaan ( Restoran ) yang menggunakan logo halal dan sijil halal yang tidak diiktiraf oleh pihak JAKIM.Terdapat juga restoran-restoran terkemuka yang menjual produk bahan mentah yang tidak mempunyai logo halal, apatah lagi restoran tersebut sering dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan yang beragama islam.Saya amat berharap akan ada lebih ramai rakyat Malaysia lebih peka dan prihatin terhadap isu makanan halal di negara kita ini.

Isnin, 19 Oktober 2009

MAKANAN HARAM YANG DIHALALKAN

Pernahkan anda terfikir akan restoran mewah dan ternama kini betul-betul menyediakan makanan yang halal daripada segi pemprosesannya, penyediaannya, peralatannya mahupun pengangkutan serta tukang masaknya.Perhatikan betul-betul logo halal dan sijil halal yang sah hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam dan bukannya daripada SAS-H Consultants Sdn. Bhd yang sememangnya mengeluarkan sijil halal yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam.Terdapat Restoran yang teguh mempunyai nama besar dalam industri makanan Malaysia yang kebanyakannya pelanggannya beragama islam telah tertipu dengan penjualan Nissin Noodle yang tidak halal  yang diimport daripada Hong Kong semakin berleluasa dijual kini.

Sabtu, 17 Oktober 2009

PENCAPAIAN DIRIKU DALAM BIDANG MASAKAN




01. Saya banyak menyertai Kelas Masakan, Bengkel Masakan, Demonstrasi Masakan dan Pertandingan Masakan anjuran Majalah Rasa, Majalah Seri Dewi & Keluarga, Ayamas, Rasamas, US Potato, Corn Flakes, Nestle, Maggi, Ajinomoto, Majalah Saji, Philips, Pensonic, Planta, AgroMas dan banyak lagi  yang dikelolakan oleh chef-chef terkemuka seperti Chef Zam, Chef Wan, Chef Zaidah, Chef Noraini Adnan, Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Muluk, Chef Amy Beh, Maria Tunku Sabri dan ramai lagi.
02. Saya juga adalah Penyumbang Resepi untuk Majalah-majalah Masakan Terkemuka antaranya Majalah Rasa, Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Midi, Majalah Saji dan Akbar Masakan Melayu Pertama The Cook.
03. Saya juga telah terpilih sebagai Top 3 Peserta Pertandingan Masakan Syoknya Rasamas bagi Peringkat Negeri Johor Darul Takzim.
04. Saya juga telah terpilih memasuki Pertandingan Masakan Syoknya Rasamas bagi Peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Johor Darul Takzim.
05. Saya juga telah mendapat Tempat ke 3 dalam pertandingan Masakan Philips Healthy Cookout.
06. Saya juga telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Pertandingan Cooking With Pensonic Fiesta dan telah mendapat Tempat ke 6 daripada 10 orang peserta akhir.
07. Saya juga terpilih sebagai Top 5 dalam Pertandingan  Wow Resepi Terpilih Ayamas / Majalah Rasa.
08. Saya juga terpilih sebagai Top 5 dalam Pertandingan Wow Resepi Terpilih Ayamas / Majalah Seri Dewi & Keluarga.
09. Saya juga telah terpilih sebagai Pemenang dalam Pertandingan Ajinomoto Creative Recipe.
10. Saya juga telah terpilih sebagai pemenang dalam Pertandingan Maggi Creative Recipe.
11. 3 buah Buku Masakan saya sendiri akan berada di pasaran tidak lama lagi di bawah terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd dan Buku Prima Sdn. Bhd iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.