Dapatkan segera Buku Resipi Chef Arm yang terbaru Terbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, hanya berharga RM5.50 sahaja senaskah.
Ahad, 15 Ogos 2010
Iklan Buku Resipi Chef Arm di TV1 Sempena Kempen Baca@Ramadan
Saksikan Iklan Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia di saluran RTM di TV1 sempena dengan Kempen Baca@Ramadan.Jadi jangan lupa dapatkan segera pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm sementara stok masih ada kerana ia semakin laris di pasaran sekarang ini.Saksikan Iklan Buku Resipi Chef Arm beberapa minit sebelum Azan Magrhib keudara.Selamat menonton & Selamat mencuba pelbagai resipi Chef Arm.Untuk maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah melayari Portal Pts di http://www.pts.com.my/
I Donated My Name For Charity
Baru-baru ini bertempat di One Utama Kuala Lumpur telah berlangsungnya satu program yang diberi nama ( I Donated My Name For Charity ) terdapat ramai Selebriti Tanahair yang terlibat dalam program ini diantaranya seperti Jacklyn Victor, Ella, Chef Arm dan ramai lagi.Cukup meriah dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis ternama.
Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa Daripada Chef Arm
Disini saya Chef Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga pada bulan puasa kali ini amal ibadat kita akan bertambah serta diberikan rezeki yang lebih berlipat ganda.
Sertai Peraduan Ulasan Buku Baca@Ramadhan
Jom ramai-ramai menyertai Peraduan Mengulas Buku kerana pihak PTS telah pun menyediakan pelbagai hadiah yang menarik.Jangan lupa untuk mengulas buku-buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia.Peraduan ini berlangsung daripada 15hb Ogos 2010 sehingga 04hb September 2010.Untuk menyertai peraduan ini anda semua boleh layari portal rasmi Pts di http://www.pts.com.my/
Buku Chef Arm Turut di Jual Di Bazar@Ramadhan
Idea yang kreatif apabila ada yang sanggup membuka bazar ramadhan bukan untuk menjual makanan tetapi menjual buku-buku resipi terbitan Pts Milennia diantara kalangan bazar ramadhan yang menjual makanan & minuman.Terima kasih kepada peniaga tersebut yang turut sudi menjual pelbagai koleksi buku resipi Chef Arm.Jom ramai-ramai memeriahkan Bazar@Ramadhan di Senawang Negeri Sembilan.
Semakin Laris Buku Resipi Chef Arm.
Kini Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur semakin laris di pasaran.Ini dapat dibuktikan apabila Chef Arm sendiri membuat tinjauan di sekitar kedai-kedai buku di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru bahawasanya buku resipi Chef Arm sudah habis dijual.Terima kasih kepada semua pembeli buku resipi Chef Arm.
Dapatkan Majalah Rasa Terbitan Bulan September 2010 ( Hidangan Pasta Sempena Sambutan Aidilfitri Hasil Ilham Chef Arm )
Dapatkan sekarang di pasaran Majalah Rasa terbitan bulan September 2010 kerana Chef Arm ada menampilkan Resipi Spagheti Agnesi Lada Hitam yang menggunakan produk Agnesi Pasta edaran daripada Shriro ( M ) Sdn. Bhd. iaitu sejenis produk pasta yang terbaik daripada Itali.Cubalah resipi ini kerana hasilnya amat memuaskan dan gerenti jadi.
Buku Resipi Mini Chef Arm Menggunakan Cocolate Hersheys Terbitan Delfi Marketing.
Baru-baru ini pada 30hb Julai 2010 telah dilancarkan Buku Resipi Mini Chef Arm yang menggunakan produk Coklat Hersheys Terbitan Delfi Marketing bagi setiap pembeli Coklat Hersheys Sempena Promosi Ramadhan dan Aidilfitri secara Percuma sahaja.Terdapat 5 buah resipi yang ditampilkan iaitu Kek Coklat Koko, Kek Coklat Fudge, Brownies Coklat, Kek Coklat Kukus dan Biskut Cip Coklat.Jangan lupa dapatkan sekarang di pasaran produk Coklat Hersheys bersama Buku Resipi Mini hasil Karya Chef Arm.
Resipi Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni 200ml.
Dapatkan sekarang resipi hebat daripada Chef Arm pada belakang pek produk Santan Harmuni 200ml hanya dengan harga promosi RM1.70.Pek Santan Harmuni ini adalah Edisi Terhad yang menampilkan resipi Sup Brokoli Harmuni.Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri resipi hebat ini hasil kreatif Chef Arm menggunakan produk Santan Harmuni.
Bengkel Ramadhan Sesi Akhir Bersama Chef Arm
Pada 08hb Ogos 2010 telah berlangsungnya Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola buat sesi terakhir.Sememangnya cukup meriah apabila di hari akhir bengkel ini iaitu salah seorang peserta bengkel telah sudi menyediakan juadah nasi dagang untuk semua peserta menjamu selera. Sememangnya cukup sedih dihati apabila terpaksa meninggalkan semua peserta buat kali terakhir setelah selama 10 sesi bengkel ramadhan diadakan. Ucapan akhir daripada saya buat semua peserta bengkel adalah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & semoga Puasa kali ini memberikan kita semua limpahan rezeki dan pahala yang lebih besar.
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm
Bengkel Ramadhan Bersama Chef Arm anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola kali ini cukup meriah kerana melambangkan keharmonian Satu Malaysia kerana pesertanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pada bengkel ramadhan kali ini pihak media yang turut serta sebagai peserta dan membuat liputan adalah daripada Akbar Berita Harian.Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir bengkel ini dan juga yang telah membeli koleksi buku resipi Chef Arm sewaktu bengkel tersebut.
First Live Internet Broadcast Of Longest Non-Stop Cooking Show ( Malaysia Book Of Record )
Baru-baru ni pada 07hb & 08hb Ogos 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berlangsungnya program First Live Internet Broadcast Of Longest Non- Stop Cooking Show bagi mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Record.Pada program ini seramai 72 orang Chef Profesional & Amatur telah pun menunjukkan kehebatan masing-masing bagi menarik hati peminat yang menonton secara langsung menerusi internet di seluruh dunia.Kepada yang telah menonton persembahan masakan daripada Chef Arm saya mengucapkan ribuan terima kasih.Sila layari laman http://www.trymasak.my/mbr untuk menonton kembali rancangan tersebut.
Artikel Menarik Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Di Akbar Berita Harian & Akbar Harakah.
Sempena Bulan Ramadhan ini pihak Pts Milennia telah pun mempromosikan beberapa judul buah Buku Resipi Chef Arm yang diketengahkan di dada-dada akbar baru-baru ini antaranya Akbar Berita Harian dan Akbar Harakah.Antara buku resipi Chef Arm yang dipromosikan sempena Kempen Baca@Ramadhan di akbar tersebut adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.
Jualan Hujung Minggu@PTS
Baru-baru ini pada 01hb Ogos 2010 pihak Pts telah mengadakan Jualan Buku Hujung Minggu@Pts dan telah memberikan diskaun-diskaun hebat kepada setiap pengunjungnya.Pada masa itu juga Chef Arm berkesempatan melihat sendiri Jualan Buku Resipi Chef Arm yang turut dijual sewaktu program ini dengan diskaun yang diberikan sebanyak 25%.Antara Buku Resipi Chef Arm yang turut dipromosikan adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.
Sabtu, 14 Ogos 2010
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni Bersama Chef Arm
Cukup meriah Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola yang dikendalikan oleh Chef Arm.Seramai 20 orang yang turut serta menyertai program masakan ini.Setiap peserta juga mendapat pelbagai produk tajaan daripada Majalah Jelita, Majalah Rasa, Majalah Masakan The Cook, Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Tisu Beautex dan banyak lagi.Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi membeli pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm yang dijual waktu program tersebut.
Chef Arm Promosikan Telur Pindang Warisan Johor Sewaktu Promosi Kerja Kahwin 2010
Di atas Permintaan Pemilik Perniagaan Telur Pindang warisan Johor ini yang meminta Chef Arm turut mempromosikan Telur Pindang Warisan Johor yang dijual di Kompleks Kraf Kuala lumpur sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Promosi Kerja Kahwin 2010 ( Demonstrasi Kuih-muih Tradisional )
Sewaktu berlangsungnya Promosi Kerja Kahwin 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Chef Arm juga sempat turut menyaksikan Demonstrasi pelbagai resipi kuih-muih tradisional pelbagai masyarakat daripada seluruh pelusuk Malaysia.Sememangnya ia cukup meriah ini kerana masakan kuih-muih tradisional sudah semakin dilupakan oleh kalangan masyarakat Elit dan Remaja Metropotan kini.Pada pendapat saya segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan warisan budaya & kraf malaysia harus diberi pujian dan diharapkan pada masa hadapan program sebegini masih mampu diteruskan.
Demonstrasi Masakan Makan Beradab Perkahwinan Kaum India Bersama Chef Arm
Pada 31hb Julai yang lalu Chef Arm telah pun mengadakan Demonstrasi Masakan Makan Beradab bagi Perkahwinan kaum India di Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2010.Pada Waktu itu Chef Arm telah menunjukkan Demonstrasi 6 hidangan Masakan Kaum India seperti Nasi Beriani India, Kubis Khutu, Dalca Sayuran, Ad Gobo, Halwa Lobak Merah dan Air Laici Ikatan Kasih.Alhamdullillah semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan.
Jom Membeli Belah Bersama Chef Arm di Jualan Murah Terus Dari Gudang Socma Trading
Baru-baru ini Socma Trading iaitu sebuah syarikat yang mengedarkan produk Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Mentos, Minuman Herba Wong Lo Kat dan banyak lagi telah mengadakan jualan murah terus dari gudang Socma Trading dimana Chef Arm juga turut serta dalam program ini.Jualan murah ni memang cukup berbaloi-baloi rugi siapa yang tak datang hari tu.
Langgan:
Catatan (Atom)



.jpg)





