Kini Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan Pts Milennia yang berjudul Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur semakin laris di pasaran.Ini dapat dibuktikan apabila Chef Arm sendiri membuat tinjauan di sekitar kedai-kedai buku di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru bahawasanya buku resipi Chef Arm sudah habis dijual.Terima kasih kepada semua pembeli buku resipi Chef Arm.
Ahad, 15 Ogos 2010
Dapatkan Majalah Rasa Terbitan Bulan September 2010 ( Hidangan Pasta Sempena Sambutan Aidilfitri Hasil Ilham Chef Arm )
Dapatkan sekarang di pasaran Majalah Rasa terbitan bulan September 2010 kerana Chef Arm ada menampilkan Resipi Spagheti Agnesi Lada Hitam yang menggunakan produk Agnesi Pasta edaran daripada Shriro ( M ) Sdn. Bhd. iaitu sejenis produk pasta yang terbaik daripada Itali.Cubalah resipi ini kerana hasilnya amat memuaskan dan gerenti jadi.
Buku Resipi Mini Chef Arm Menggunakan Cocolate Hersheys Terbitan Delfi Marketing.
Baru-baru ini pada 30hb Julai 2010 telah dilancarkan Buku Resipi Mini Chef Arm yang menggunakan produk Coklat Hersheys Terbitan Delfi Marketing bagi setiap pembeli Coklat Hersheys Sempena Promosi Ramadhan dan Aidilfitri secara Percuma sahaja.Terdapat 5 buah resipi yang ditampilkan iaitu Kek Coklat Koko, Kek Coklat Fudge, Brownies Coklat, Kek Coklat Kukus dan Biskut Cip Coklat.Jangan lupa dapatkan sekarang di pasaran produk Coklat Hersheys bersama Buku Resipi Mini hasil Karya Chef Arm.
Resipi Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni 200ml.
Dapatkan sekarang resipi hebat daripada Chef Arm pada belakang pek produk Santan Harmuni 200ml hanya dengan harga promosi RM1.70.Pek Santan Harmuni ini adalah Edisi Terhad yang menampilkan resipi Sup Brokoli Harmuni.Jangan lepaskan peluang mencuba sendiri resipi hebat ini hasil kreatif Chef Arm menggunakan produk Santan Harmuni.
Bengkel Ramadhan Sesi Akhir Bersama Chef Arm
Pada 08hb Ogos 2010 telah berlangsungnya Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola buat sesi terakhir.Sememangnya cukup meriah apabila di hari akhir bengkel ini iaitu salah seorang peserta bengkel telah sudi menyediakan juadah nasi dagang untuk semua peserta menjamu selera. Sememangnya cukup sedih dihati apabila terpaksa meninggalkan semua peserta buat kali terakhir setelah selama 10 sesi bengkel ramadhan diadakan. Ucapan akhir daripada saya buat semua peserta bengkel adalah Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & semoga Puasa kali ini memberikan kita semua limpahan rezeki dan pahala yang lebih besar.
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm
Bengkel Ramadhan Bersama Chef Arm anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola kali ini cukup meriah kerana melambangkan keharmonian Satu Malaysia kerana pesertanya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Pada bengkel ramadhan kali ini pihak media yang turut serta sebagai peserta dan membuat liputan adalah daripada Akbar Berita Harian.Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir bengkel ini dan juga yang telah membeli koleksi buku resipi Chef Arm sewaktu bengkel tersebut.
First Live Internet Broadcast Of Longest Non-Stop Cooking Show ( Malaysia Book Of Record )
Baru-baru ni pada 07hb & 08hb Ogos 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berlangsungnya program First Live Internet Broadcast Of Longest Non- Stop Cooking Show bagi mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Record.Pada program ini seramai 72 orang Chef Profesional & Amatur telah pun menunjukkan kehebatan masing-masing bagi menarik hati peminat yang menonton secara langsung menerusi internet di seluruh dunia.Kepada yang telah menonton persembahan masakan daripada Chef Arm saya mengucapkan ribuan terima kasih.Sila layari laman http://www.trymasak.my/mbr untuk menonton kembali rancangan tersebut.
Artikel Menarik Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Di Akbar Berita Harian & Akbar Harakah.
Sempena Bulan Ramadhan ini pihak Pts Milennia telah pun mempromosikan beberapa judul buah Buku Resipi Chef Arm yang diketengahkan di dada-dada akbar baru-baru ini antaranya Akbar Berita Harian dan Akbar Harakah.Antara buku resipi Chef Arm yang dipromosikan sempena Kempen Baca@Ramadhan di akbar tersebut adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.
Jualan Hujung Minggu@PTS
Baru-baru ini pada 01hb Ogos 2010 pihak Pts telah mengadakan Jualan Buku Hujung Minggu@Pts dan telah memberikan diskaun-diskaun hebat kepada setiap pengunjungnya.Pada masa itu juga Chef Arm berkesempatan melihat sendiri Jualan Buku Resipi Chef Arm yang turut dijual sewaktu program ini dengan diskaun yang diberikan sebanyak 25%.Antara Buku Resipi Chef Arm yang turut dipromosikan adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.
Sabtu, 14 Ogos 2010
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni Bersama Chef Arm
Cukup meriah Bengkel Ramadhan anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola yang dikendalikan oleh Chef Arm.Seramai 20 orang yang turut serta menyertai program masakan ini.Setiap peserta juga mendapat pelbagai produk tajaan daripada Majalah Jelita, Majalah Rasa, Majalah Masakan The Cook, Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Tisu Beautex dan banyak lagi.Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi membeli pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm yang dijual waktu program tersebut.
Chef Arm Promosikan Telur Pindang Warisan Johor Sewaktu Promosi Kerja Kahwin 2010
Di atas Permintaan Pemilik Perniagaan Telur Pindang warisan Johor ini yang meminta Chef Arm turut mempromosikan Telur Pindang Warisan Johor yang dijual di Kompleks Kraf Kuala lumpur sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Promosi Kerja Kahwin 2010 ( Demonstrasi Kuih-muih Tradisional )
Sewaktu berlangsungnya Promosi Kerja Kahwin 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Chef Arm juga sempat turut menyaksikan Demonstrasi pelbagai resipi kuih-muih tradisional pelbagai masyarakat daripada seluruh pelusuk Malaysia.Sememangnya ia cukup meriah ini kerana masakan kuih-muih tradisional sudah semakin dilupakan oleh kalangan masyarakat Elit dan Remaja Metropotan kini.Pada pendapat saya segala usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan warisan budaya & kraf malaysia harus diberi pujian dan diharapkan pada masa hadapan program sebegini masih mampu diteruskan.
Demonstrasi Masakan Makan Beradab Perkahwinan Kaum India Bersama Chef Arm
Pada 31hb Julai yang lalu Chef Arm telah pun mengadakan Demonstrasi Masakan Makan Beradab bagi Perkahwinan kaum India di Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2010.Pada Waktu itu Chef Arm telah menunjukkan Demonstrasi 6 hidangan Masakan Kaum India seperti Nasi Beriani India, Kubis Khutu, Dalca Sayuran, Ad Gobo, Halwa Lobak Merah dan Air Laici Ikatan Kasih.Alhamdullillah semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan.
Jom Membeli Belah Bersama Chef Arm di Jualan Murah Terus Dari Gudang Socma Trading
Baru-baru ini Socma Trading iaitu sebuah syarikat yang mengedarkan produk Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Mentos, Minuman Herba Wong Lo Kat dan banyak lagi telah mengadakan jualan murah terus dari gudang Socma Trading dimana Chef Arm juga turut serta dalam program ini.Jualan murah ni memang cukup berbaloi-baloi rugi siapa yang tak datang hari tu.
Khamis, 29 Julai 2010
Pesta Buku & Pameran Pendidikan Negeri Johor.
Jom ramai-ramai memeriahkan suasana Pesta Buku & Pameran Pendidikan Negeri Johor yang berlangsung selama 6 hari bermula daripada 29hb Julai 2010 hingga 03hb Ogos 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Danga City Mall Johor Bahru.Pelbagai aktiviti daripada penulis buku diadakan disana & juga terdapat Diskaun Hebat untuk pembelian semua jenis buku.Jangan lupa bawak kawan-kawan anda dari seluruh Johor Bahru dan Singapura untuk mendapatkan bahan bacaan yang terbaik di Pesta Buku ini.Jangan lupa dapatkan pelbagai Koleksi Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan Buku Prima & Pts Milennia.Terima kasih kepada peminat-peminat Chef Arm daripada Singapura & Kuala Lumpur yang telah sudi hadir bagi sesi Ramah Mesra Bersama Chef Arm.
Pembelian Koleksi Buku Resipi Chef Arm Secara Terus daripada Chef Arm
Kini anda semua boleh dapatkan koleksi Buku-buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia secara terus daripada Chef Arm hanya dengan harga RM25 sahaja.Sekiranya anda berminat boleh terus Hubungi Chef Arm di 017-8276084 atau ericjb23@yahoo.com.sg Apa yang anda semua dapat daripada RM25 itu adalah seperti berikut : -
1.Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur - 1 Naskah
2.Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa - 1 Naskah
3.Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei - 1 Naskah
4.Tandatangan Secara Ekslusif Daripada Chef Arm - Untuk Setiap Naskah
5.Hadiah Misteri ( Produk Penaja )
6.Termasuk Kos Penghantaran - Melalui Pos Laju
Dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Secara Online Di Jualan Murah Riang Ria Ramadhan Di Karangkraf Mall
Anda semua boleh dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. secara online di http://mall.karangkraf.com/ dengan harga RM15.92 sahaja ( Potongan Diskaun Sebanyak 30% ) berbanding dengan harga pasaran iaitu RM19.90.Jualan ini hanya berlangsung daripada 20hb Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010 sahaja.Apa tunggu lagi cepat membeli memang berbaloi..................
Dapatkan Koleksi Buku Resipi Chef Arm Di Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS
Jom memeriahkan Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS yang akan berlangsung tak lama lagi.Jangan lupa pastikan anda membeli koleksi buku-buku resipi Chef Arm sebagai buah tangan di bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.Antara buku resipi Chef Arm yang boleh dimiliki kini antaranya ialah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.Anda juga akan mendapat potongan Diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian koleksi buku resipi Chef Arm.
Tarikh : - 31hb Julai 2010 hingga 01hb Ogos 2010 ( Sabtu & Ahad )
Masa : - 10 Pagi - 6 Petang.
Tempat : - Showroom Pts, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.
Belilah Koleksi Buku Resipi Chef Arm Secara Online
Kini anda boleh dapatkan semua koleksi buku resipi daripada Chef Arm secara online kerana ia cukup murah dan memang berbaloi, ini kerana jika anda dapatkannya secara online di http://www.bookcafe.com.my/ atau melayari laman portal pts di http://www.pts.com.my/ anda akan mendapatkan koleksi buku resipi Chef Arm hanya dengan harga RM4.67 ( dengan potongan Diskaun sebanyak 15% ) berbanding di pasaran luar dengan harga RM5.50.Antara buku resipi Chef Arm yang boleh dimiliki kini adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Mudah , Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Terbaik Hidangan Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.Apa tunggu lagi cepat beli, gerenti jadi..............................
Selasa, 27 Julai 2010
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm
Pada 24hb Julai 2010 bertempat di Lazat Malaysian Home Cooking telah berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola Bersama Chef Arm.Kali ini saya telah menunjukkan dua hidangan istimewa sesuai pada bulan Ramadhan iaitu Telur Kukus Sri Rampai dan Gulai Lemak Pucuk Manis Bersama Keledek.Terima Kasih diatas kehadiran pihak media daripada Majalah Rasa & Majalah Saji yang membuat liputan.Kali ini peserta yang hadir cukup sporting dan meriah dengan riuh rendah.
Langgan:
Catatan (Atom)









