Kepada semua warga Singapura yang amat meminati dunia masakan resipi fusion boleh membuat rujukan ataupun membuat pinjaman buku resipi tersebut yang boleh anda semua dapatkan di semua Perpustakaan Awam sekitar Singapura.Alhamdullillah tidak disangka bahawasanya Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima diiktiraf dan diterima memasuki pasaran luar di Singapura sebagai bahan rujukan masakan di semua Perpustakaan Awam sekitar Singapura.
Isnin, 12 Julai 2010
Rabu, 7 Julai 2010
Kelas Masakan Ramadhan & Aidilfitri Bersama Selebriti Chef Arm
Jom hadiri Kelas Masakan Ramadhan & Aidilfitri yang akan dikendalikan oleh Selebriti Chef Arm di Johor Bahru.Bayaran bagi setiap kelas masakan ini cukup berpatutan iaitu RM50 sahaja seorang bagi setiap sesi, jika berminat dan terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 017-8276084 atau ericjb23@yahoo.com.sg Daftar dengan kadar segera kerana tempat terhad pada 10 orang peserta sahaja bagi setiap sesi.Jadual Kelas Masakan tersebut adalah seperti di bawah : -
1. 14hb Ogos 2010 - Masakan Fusion & Masakan Barat.
2. 15hb Ogos 2010 - Masakan Aneka Pasta.
3. 21hb Ogos 2010 - Masakan Asia.
4. 22hb Ogos 2010 - Masakan Cita Rasa Malaysia.
5. 28hb Ogos 2010 - Aneka Kek Raya.
6. 29hb Ogos 2010 - Aneka Juadah Lauk Pauk Raya.
First Live Internet Broadcast Of Longest Non-Stop Cooking Show ( 24 Hours ) - Malaysia Book Of Record
Temui Selebriti Chef Arm yang akan sama-sama menyertai dan memeriahkan First Live Internet Broadcast Of Longest Non Stop Cooking show ( 24 Hours ) bagi mencatat rekod dalam Malaysian Book Of Record.Jom hadirkan diri anda bagi memberi semangat kepada Chef Arm serta chef-chef lain yang terlibat.Di bawah ini dilampirkan sekali maklumat majlis tersebut : -
Tarikh : - 07hb Ogos 2010 - 08hb Ogos 2010
Masa : - 10.00 pagi - 10 Pagi ( 24 Hours )
Tempat : - Anjung Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
* Sekiranya tidak dapat hadir, anda boleh juga melayari laman http://www.trymasak.my/
TV9 Jayakan Rakaman Baca@Ramadhan Di PTS.
baru-baru ini telah berlangsungnya rakaman Baca@Ramadhan yang dijayakan oleh TV9 di Pejabat Pts.Rancangan berbentuk Majalah Tv dan slot kanak-kanak ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan di TV9.Jangan lupa nantikan kemunculan Buku-buku Koleksi Resipi Chef Arm yang akan turut disiarkan pada rancangan tersebut pada bulan Ramadhan ini.Antara Buku-buku Koleksi Chef Arm yang akan turut disiarkan dalam rancangan tersebut adalah Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.
Jemputan Menyaksikan Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm@MPH
Temui Selebriti Chef Arm sambil beramah mesra dan menyaksikan demo masakan hidangan Singapura, Hidangan Siam & Hidangan Ramadhan Bersama Chef Arm serta promosi pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd.Jangan lupa lapangkan masa anda semua pada : -
Tarikh : - 18hb Julai 2010
Masa : - 3.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat : - MPH Bookstore, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Penghias Cover Muka Hadapan Majalah Masakan The Cook Bulan September 2010
Baru-baru ini saya ( Chef Arm - Selebriti Chef ) bersama dengan Maria Tunku Sabri ( Selebriti TV3 ) telah mendapat Jemputan untuk menjadi Penghias Muka Hadapan Cover Majalah Masakan The Cook terbitan Sutera Maya Resourse Sdn. Bhd. keluaran bulan September sempena Edisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jangan lupa untuk menyelak bahagian Ruangan Personaliti Minggu ini Bersama Chef Arm dalam Majalah Masakan The Cook di keluaran yang sama.Pengambaran ini telah dijalankan di Restoran Kek Mma Sajian Warisan Asli, No.22, Jalan Mahagoni 1/KS 7, Bandar Botanic, Klang Selangor.Nantikan kemunculan gandingan hebat 2 selebriti ini di Majalah Masakan The Cook.
Sabtu, 3 Julai 2010
Koleksi Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Semakin Panas & Laris Di Pasaran
Kepada peminat koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts milennia jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa di semua kedai buku berhampiran anda di seluruh negeri kerana jualannya semakin panas & laris.Untuk belian secara online ataupun ingin mengetahui koleksi buku resipi Chef arm yang bakal terbit anda boleh terus layari ke laman portal Pts di http://www.pts.com.my/
Majlis Ulang Tahun Majalah Saji Yang Ke - 19 Tahun & Majlis Pelancaran Buku Resipi Kompilasi Saji Terbitan Utusan Karya
Baru-baru ini Chef arm telah mendapat Undangan daripada Editor Majalah Saji bagi Jemputan pada Majlis Ulang Tahun Majalah Saji Yang Ke- 19 tahun dan juga Majlis Pelancaran Buku Resipi Koleksi Saji Terbitan Utusan Karya yang telah pun berlangsung pada 29hb Jun 2010 dan bertempat di Felda Villa yang diuruskan oleh D Saji Catering.Cukup meriah dengan kehadiran para pihak Media dan selebriti lain yang terdiri daripada Chef Zaidah, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Kamarul, Chef Harun dan ramai lagi.Majlis tersebut telah diacarakan oleh Maya dan Haiza.Tahniah saya ucapkan kepada pihak Utusan Karya dan Team Majalah saji diatas pelancaran buku resipi mereka.
Promosi Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima - Pesta Buku Selangor 2010
Bermula pada 25hb Jun 2010 sehingga 05hb Julai 2010 dan bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam akan berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2010.Kepada semua peminat Chef arm jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima dengan Potongan Diskaun sebanyak 20%.
Pesta Buku Selangor 2010 ( Koleksi Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia )
Baru-baru ini bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam telah berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2010 dimana pihak Pts Milennia juga turut terlibat dalam mempromosikan Buku Resipi keluaran mereka.Pesta Buku selangor ini akan berlangsung selama 11 hari bermula daripada 25hb Jun 2010 sehingga 05hb Julai 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam.Kepada semua peminat buku resipi jangan lupa untuk mendapatkan semua koleksi buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa serta dengan setiap pembelian buku resipi tersebut anda layak mendapat Potongan diskaun sebanyak 15%.
Ahad, 27 Jun 2010
Promosi Jualan Buku Sempena Majlis Pengistiharan Perbandaran Pasir Gudang Johor
Bermula pada 26hb Jun 2010 hingga 04 Julai 2010 ini dari jam 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam dan bertempat di Ruang Legar, Aras Tiga, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor telah diadakan Promosi Jualan Buku Sempena Majlis Pengistiharan Perbandaran Pasir Gudang Johor yang telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato Abdul Ghani Othman.Kepada semua warga Johor boleh ramai-ramai ke sana dan dapatkan koleksi buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dengan potongan Diskaun sebanyak 10% dan Terima Kasih kepada Pustaka Ariss yang mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia disana.Terima kasih jua kepada para pengunjung dan pembeli buku-buku resipi Chef Arm yang sempat mendapatkan tandatangan saya sewaktu majlis tersebut.
Sabtu, 26 Jun 2010
Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm
Sertailah Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm Anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola.Ia akan diadakan dalam 10 sesi sekitar bulan Julai dan Ogos akan datang.Chef Arm atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Yusof adalah chef generasi baru tanah air yang kian meningkat maju dalam bidang seni masakan.Chef juga kini bergiat aktif dalam bidang pengacaraan TV bagi beberapa program masakan terbaru dan telah menerbitkan 9 buah buku masakan hingga kini.Marilah kita bersama-sama menyertai Bengkel Memasak Pra Ramadhan yang menakjubkan ini, anjuran Jenama Harmuni dan Mazola bersama Chef Selebriti Arm.Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan petua dan resipi masakan fusion yang terkini, enak lagi menyelerakan.Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Shan Nie / Cik Nicole melalui talian 03-56233633 atau bengkel2010@socma.com.my Cepat Berdaftar kerana tempat terhad dan anda akan mendapat satu goodie bag secara percuma bernilai RM40.00 untuk setiap peserta apabila anda berdaftar sebagai peserta bengkel dengan yuran yang cukup murah sebanyak RM15.00 seorang.Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci dapatkan Borang Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm di Majalah Rasa, Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Saji, Majalah Wanita, Majalah Jelita, Akbar Berita Harian dan Akbar Harian Metro keluaran Julai.Terima kasih kepada penaja lokasi iaitu Lazat Malaysian Home Cooking, No.584, Jalan 17/17, Section 17, Petaling Jaya, Selangor.
Jumaat, 25 Jun 2010
Program Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS
Pada 26hb Jun 2010 hingga 27hb Jun 2010 ( Sabtu & Ahad ) bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan betempat di Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd., No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves Selangor akan berlangsungnya Program Promosi Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi Buku resipi Chef Arm kerana anda layak untuk mendapatkan potongan diskaun sebanyak 25% hanya sewaktu program tersebut berlangsung sahaja.Jadi pastikan anda ke Program Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS dan pastikan ada koleksi Buku Resipi Chef Arm yang menjadi buah tangan anda untuk di bawa pulang.
Senarai Buku Resipi Terbitan Pts Milennia Yang Terlaris Di Pasaran
Terima kasih kepada semua yang telah sudi membeli setiap koleksi Buku Resipi Chef Arm dan seterusnya menjadikan Buku-buku Resipi tersebut laris di pasaran.Antara Buku Resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia yang kini laris di pasaran adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.Ini kerana resipi-resipinya cukup mudah, gabungan antara tradisional & moden, menjimatkan masa dan kos yang cukup murah serta gerenti jadi.Pastikan anda terus memberikan sokongan dan dorongan yang padu serta teruskan membeli buku-buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia.Pelbagai lagi buku resipi Chef Arm yang bakal terbit dan bagi mendapatkan info yang lebih lanjut jangan lupa layari portal pts di http://www.pts.com.my/
Beli Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa Secara Online - Potongan Diskaun Sebanyak 25%
Kepada semua peminat setia Chef Arm anda juga boleh mendapatkan koleksi-koleksi buku resipi Chef Arm dengan belian secara online di book cafe Pts.Sekiranya anda membeli Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa anda akan mendapat potongan diskaun sebanyak 25%.Cukup murah anda akan mendapat harga belian buku Resepi Chef Arm hanya dengan kadar harga RM4.12 daripada harga asal iaitu RM5.50 setelah diberi potongan diskaun sebanyak 25%.Apa ditunggu lagi jom beli koleksi buku resipi Chef Arm secara online di http://www.bookcafe.com.my/ atau layari portal Pts di http://www.pts.com.my/ untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci.
Kini Sudah Berada Di Pasaran
Kini boleh dapatkan semua koleksi buku-buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur terbitan Pts Milennia yang sudah mula menjengah ke pasaran dan boleh dapatkan di setiap kedai-kedai buku yang berhampiran diantaranya ialah Popular Bookstore, MPH Bookstore, Badan, News Plus, News.com dan banyak lagi hanya berharga sebanyak RM5.50 sahaja.Cepat-cepat kerana jualannya seperti pisang panas.Apa tunggu lagi jangan lupa dapatkan semua koleksi Buku Resipi Chef Arm.
Khamis, 24 Jun 2010
Kelas Masakan Resipi Fusion & Barat
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas masakan bagi resipi fusion ataupun barat bolehlah menghubungi saya secepat mungkin di talian 017-8276084.Kelas masakan ini terhad hanya kepada 20 orang peserta sahaja dengan yuran sebanyak RM90.00.Pada kelas masakan ini saya akan menampilkan 3 buah resipi masakan iaitu Salad Ayam Beryogurt, Sup Kepah & Nasi Khazanah Laut.Maklumat jadual kelas adalah seperti dibawah ini : -
Tarikh : - 28hb Jun 2010 ( Isnin )
Masa : - 12.00 Petang - 3.00 Petang.
Rabu, 23 Jun 2010
Demo Masakan Bersama Chef Arm di Pesta Buku MPH ( SACC Mall Shah Alam )
Pada 20hb Jun 2010 telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Arm di Pesta Buku MPH di SACC Mall Shah Alam selama 2 jam daripada jam 3 petang hingga jam 5 petang dimana saya telah mempersembahkan 3 resipi hidangan iaitu masakan hidangan daripada negara Brunei iaitu Ayam Kancah dan Daging Belutak serta maskan dari hidangan bersahur iaitu Telur kukus Sri Rampai.Alhamdulillah kalangan penonton yang hadir amat memuaskan walaupun tiada kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur.Apa yang saya amati dan lihat sepanjang hari itu sehingga jam 8 malam disana sewaktu pesta buku tersebut jualan koleksi buku resipi Chef arm amat memberangsangkan sekali antaranya ialah Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Brunei, Buku Resipi Mudah, cepat dan Enak Hidangan Bersahur & Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Pengambaran 2 Buah Buku Resipi Terbaru Bersama PTS Milennia.
Baru-baru ini baru sahaja selesai menjalani pengambaran Buku Resipi Kompilasi Masakan Asia dan Buku Resipi Kompilasi Masakan Pasta yang berlangsung selama 4 hari bermula daripada 16hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010 memang amat meletihkan kerana pengambaran tersebut siap hampir menunjukkan jam 6 pagi.Alhamdullillah akhirnya selesai juga pengambaran bagi kedua-dua buku masakan tersebut yang mungkin akan menjengah ke pasaran tidak lama lagi dengan jumlah resipi sebanyak 47 resipi dalam setiap buku dengan harga jualan sebanyak RM14.00 sahaja.Bagi maklumat lanjut dan info terkini bagi setiap koleksi buku masakan Chef arm bolehlah layari ke portal Pts di http://www.pts.com.my/
Isnin, 14 Jun 2010
Jemputan Menyaksikan Demonstrasi Masakan Promosi Ramadan Bersama Chef Arm Sempena Musim Cuti Sekolah
Temui Chef Arm sambil Beramah Mesra dalam berkongsi pelbagai petua dan Saksikan Kehebatan Chef Arm dalam menunjukkan Demonstrasi Masakan hidangan bersahur dan berbuka puasa bagi promosi ramadan bersempena dengan musim cuti sekolah serta jangan lupa dapatkan pelbagai koleksi buku-buku masakan Chef Arm terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd.Nantikan pelbagai cenderahati yang akan turut disampaikan oleh Chef Arm dan juga Team Pts Milennia.Maka dengan itu luangkan masa anda bersama Chef Arm pada : -
Tarikh : 20hb Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar, SACC Mall Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Langgan:
Catatan (Atom)



















