Isnin, 14 Jun 2010

Demo Masakan Bersama Chef Arm ( Pesta Read Malaysia 2010 )

Pada 13hb Jun 2010 bersamaan dengan hari Ahad telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Arm bermula jam 12 Tengahari hingga 1 Petang.Saya telah menyediakan 3 hidangan yang amat sesuai untuk hidangan Berbuka puasa & Bersahur iaitu Sup Makaroni, Telur kukus Sri Rampai dan Tauhu Goreng Bersos Thai.Sememangnya saya amat berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi hadir sekali gus yang membeli buku masakan saya.Alhamdulillah cukup gembira bila makanan yang disajikan semuanya habis dengan licin.

Demo Masakan Bersama Chef Hanieliza ( Pesta Read Malaysia 2010 )

Pada 12hb Jun 2010 jam 12 tengahari hingga 2 petang telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Hanieliza yang menampilkan 4 hidangan masakan iaitu Nasi Goreng Nanas, Salad Buah-buahan, Udang Masam-manis dan Puding Sekelip mata.Sememangnya sekelip mata sahaja makanan-makanan tersebut dilicinkan oleh pengunjung-pengunjung yang hadir menyaksikan demo masakan tersebut.Terima Kasih jua kepada Chef Hanieliza yang telah sudi menyediakan Slide untuk Demo Masakan Chef Arm yang akan berlangsung esoknya.

PESTA READ MALAYSIA 2010

Pada 4hb Jun 2010 hingga 13hb Jun 2010 telah berlangsungnya Pesta Read Malaysia 2010 di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.Pelbagai aktiviti menarik yang dipersembahkan sewaktu di Pesta Read Malaysia ini iaitu Kehadiran Maskot Upin & Ipin, Sasterawan Negara Lim swee Tin, Persembahan artis seperti Aizat, Akim, Zoey dan Liyana Jasmay, Demo Masakan daripada Chef Arm dan Demo Masakan Daripada Chef Hanieliza serta banyak lagi.Sememangnya lebih tidak disangkan apabila buku-buku koleksi chef arm terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. turut dijual & dipromosikan di Pesta Read Malaysia 2010 yang dibawakan oleh Gramedia Sdn. Bhd.Terdapat begitu banyak buku-buku yang dipamerkan disini dari pelbagai bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, & India dengan konsep 1 Malaysia.Pesta Read Malaysia ini bertambah hangat dengan kehadiran Duta Read Malaysia iaitu seorang Pengacara, pelakon, pelawak & penyanyi popular iaitu Aznil Hj. Nawawi.

Bersama Dayang Sulu Seorang Pelakon Veteran ( Berkongsi Pengalaman )

Tidak disangka penginapan saya semasa di Mines Wellness Hotel ini telah menemukan saya pada seorang Pelakon Veteran iaitu Dayang Sulu yang pernah berlakon bersama Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee dalam Filem Laksmana Do Re Mi.Disini kami telah pun bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman & cerita dalam bidang lakonan dan pengacaraan.Segala ilmu yang hanya seperti ala-ala Zam-zam ala ka zam itu akan saya semat dalam hati dan mengambilnya sebagai cabaran untuk menempuh bidang sebagai artis selebriti ini dengan lebih baik lagi.Kami juga sempat bergambar kenangan bersama serta bertukar kad nama agar tidak terputus hubungan.Pertemuan yang singkat itu amat bermakna bagi saya dalam menempuh hidup yang penuh cabaran sebagai selebrity chef.

Indahnya Percutian Di Mines Wellness Hotel ( Segalanya ada di Malaysia )

Pada 12hb Jun 2010 sekitar jam 9 pagi, saya telah sampai kesebuah hotel iaitu Mines Wellness Hotel yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dan menginap di sini selama 2 hari 1 malam.Saya berada di sana atas urusan kerja sambil bercuti ini kerana pada 13hb Jun 2010 saya akan mengadakan demo masakan dalam mempromosikan bulan ramadan yang akan menjelang tiba bersempena dengan Pesta Read Malaysia 2010.Suasana di hotel ini sememangnya amat mendamaikan, dengan keramahan pekerja hotel serta bilik hotel yang cukup selesa.Di hotel ini terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang dapat dilakukan.Hotel ini juga menggabungkan kepada 2 bahagian bangunan lain iaitu Mines International Exhibition & Convention Centre dan Mines Shopping Mall, ini bertujuan bagi memudahkan setiap pengunjung hotel yang menginap di hotel mereka untuk membeli belah ataupun sekiranya mempunyai urusan kerja di sana.Hotel ini juga terdapat sebuah padang golf, terdapat pelbagai restoran yang berdekatan serta banyak lagi.Hotel ini cukup menitikberatkan & mengekalkan kehijauan flora dan menariknya pengungjung dapat menikmati ikan berenang-renang hanya di tepian tasik.Pantai ciptaan yang direka oleh pihak Mines ini sememangnya amat menarik dan mengagumkan kerana ia seolah-olah kita berada di pantai yang sebenar, ditambah pula airnya yang sejuk.Sarapan pagi secara percuma termasuk dalam pakej bilik yang disediakan amat mengujakan bagi setiap pengunjung yang menginap disini.Maka jika anda bercadang untuk bercuti saya cadangkan datanglah kesini kerana sememangnya segalanya ada di Malaysia.Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Mines Mangement yang telah menaja penginapan beserta sarapan pagi buat saya.Pengalaman saya menginap di hotel ini akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah di hati saya.Jom Zoom Malaysia ke Mines wellness Hotel.

Jumaat, 11 Jun 2010

Potongan Harga Sebanyak 20% Untuk Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm ( Pesta Buku Popular Johor Bahru )

Kepada semua warga Johor Bahru dan Singapura boleh mendapaatkan buku masakana Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm di Pesta Buku Popular yang diadaakan di City Square Shopping Mall Johor Bahru.Pesta buku ini akan berlangsung daripada 10hb Jun 2010 sehingga 20hb Jun 2010 iaitu selama 11 hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.Berita baik kepada semua pembeli buku masaakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima layak mendapatkan potongan diskaun sebanyak 20% sepanjang pesta buku ini berlangsung.

Khamis, 3 Jun 2010

Kelas Masakan Ramadan & Aidilfitri Bersama Chef Arm

Bagi yang meminati untuk mengikuti Kelas Masakan ( Khas Ramadan & Aidilfiri ) Bersama Chef Arm boleh mengikuti program ini yang akan dijalankan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Kelas ini hanya ada 20 sesi sahaja yang akan dijalankan bermula pada bulan Jun  hingga September 2010 dan kelas ini hanya terhad kepada 20 orang sahaja. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di ( H/P ) 017-8276084 / ( Email ) ericjb23@yahoo.com.sg / ( YM ) ericjb23 / ( FB ) Shamsul Anuar Yusof.Bayaran yang dikenakan untuk setiap sesi kelas masakan hanya RM50.00 sahaja seorang dan pembayaran boleh dibuat melalui berhubung secara terus ke kediaman Chef Arm di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.Maklumat Kelas Masakan tersebut disertakan seperti yang tertera di bawah : -


* JADUAL KELAS MASAKAN.

1 ) 28hb Jun 2010 ( Masakan Fusion & Masakan Barat )

2 ) 29hb Jun 2010 ( Masakan Asia )

3 ) 30hb Jun 2010 ( Masakan Cita Rasa Malaysia )

4 ) 09hb Julai 2010 ( Masakan Pelbagai Kaum )

5 ) 12hb Julai 2010 ( Masakan Kampung )

6 ) 19hb Julai 2010 ( Masakan Aneka Pasta )
7 ) 13hb Ogos 2010 - 31hb Ogos 2010 ( Hidangan Kek Raya & Masakan Lauk-Pauk Raya )

KEMPEN BACA@RAMADAN ( PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.)

Bermula 01hb Jun 2010 sehingga 05hb September 2010, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. akan mengadakan Promosi Jualan Hebat buku-buku terpilih terbitan PTS Milennia Sdn. Bhd. bersempena dengan Kempen Baca@Ramadan. Kempen ini diadakan adalah bertujuan bagi memupuk semangat membaca di kalangan umat muslim khususnya yang akan menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan yang akan menjelang.Buku-buku Masakan Chef Arm juga turut terpilih dalam Kempen Baca@Ramadan ini.Diantara buku masakan Chef Arm yang terpilih ialah Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Brunei / Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Siam / Buku Masakan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur serta Buku Masakan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.Buku-buku masakan ini anda boleh memilikinya di kedai-kedai buku yang terpilih dan ianya juga boleh dibeli secara online dengan harga yang cukup murah iaitu RM5.50 senaskah bagi Semenanjung Malaysia dan RM6.50 bagi negeri Sabah & Sarawak.Terdapat juga beberapa buah buku masakan Chef Arm yang akan terbit tidak lama lagi yang akan turut dipromosikan sewaktu Kempen Baca@Ramadan diantaranya ialah Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Singapura / Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Filipina / Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Indonesia dan Buku Masakan Cita Rasa Malaysia - Masakan Sabah.Anda boleh dapatkan segala maklumat dan info terkini mengenai semua Buku-buku Masakan Chef Arm di laman Portal Rasmi PTS iaitu http://www.pts.com.my/ segalanya hanya dihujung jari anda.Jangan lupa dapatkan semua koleksi buku-buku masakan Chef Arm dan semoga hidangan sajian Bersahur & Berbuka Puasa pada bulan ramadhan nanti akan nampak lebih sempurna & sehebat masakan chef serta diharapkan anda akan sentiasa memberikan sokongan kuat anda pada Kempen Baca@Ramadan anjuran PTS ini.