Sabtu, 24 April 2010

Sunrise My Best Recipe Cooking Contest

Pada 8hb April 2010 yang lalu pihak Sunrise Berhad telah melantik saya ( Chef Arm ) sebagai salah seorang Juri Peringkat Awal pertandingan tersebut.Pertandingan tersebut cukup meriah dengan kecoh dan kepetahan peserta.Konsep masakan pada masa itu bertemakan masakan sihat ala cina.Terdapat 2 peserta pada peringkat awal ini di mana salah seorangnya memasak masakan kegemaran saya iaitu hidangan pasta tetapi malangnya nasib tidak menyebelahinya kerana hidangan pastanya kurang mantap.So terima kasih saya ucapkan kepada Sunrise Berhad yang sudi melantik saya sebagai juri pertandingan kerana ini bagi saya adalah satu penghargaan.

Persiapan Akhir Menjelang Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm

Persiapan yang dijalankan agak perlahan sedikit namun semuanya berjalan lancar dan amat memuaskan hati saya.Sememangnya sewaktu itu rasa gemurug, seram, takut dan gembira bercampur biasalah kelahiran sulung buku hasil ciptaan sendiri akan dilancarkan oleh Pengurus Besar Sunrise Bhd sebuah syarikat yang cukup tersohor dan terkemuka di Malaysia.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persiapan Majlis Pelancaran Buku Masakan ini.

Rabu, 7 April 2010

Kini Berada Di Pasaran

Inilah masa yang amat dinanti-nantikan, kini kepada semua peminat boleh menikmati santapan hidangan Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. ( Kumpulan karangkraf Sdn. Bhd ) di kedai-kedai Buku berhampiran seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak dengan harga RM 19.90 bagi Semenanjung Malaysia & RM 22.90 bagi Negeri Sabah & Sarawak.Berita baik jika anda membeli secara Online di laman sesawang http://www.bukuprima.com.my/ atau http://www.karangkraf.com.my/ sempena Promosi Diskaun Jualan Ulangtahun Karangkraf Mall, Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm dijual pada harga RM16.92 ( Hanya secara online sehingga 15hb April 2010 ini Sahaja ) Jangan lupa dapatkan satu untuk setiap sesi rumah. 

Jemputan 3 Majlis ( Planet Of Cuisine, Sunrise Funzone Community Centre, Mont Kiara, Kuala Lumpur )

                  JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MAJLIS-MAJLIS INI

* 08hb April 2010 - Jam 11 Tengahari hingga 1 Petang Berlansungnya Pertandingan Memasak yang akan dihakimi oleh Chef Arm dan Demo Masakan oleh Chef Arm serta Sesi Promosi Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm.

* 09hb April 2010 - Jam 3 Petang hingga 5 Petang akan berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm.

* 10hb April 2010 - Jam 11 Tengahari hingga 1 Petang akan berlansungnya Demo Masakan Chef Arm bersama Masyarakat Jepun / Korea & Perancis.

Isnin, 5 April 2010

Chocolate Night Party

Pada 30hb Mac 2010 telah berlangsungnya Chocolate Night Party di Johor Bahru dimana mendapat kunjungan yang amat menggalakkan.Para pengunjung dihidangkan dengan jamuan yang berasaskan Chocolate dan penjualan Chocolate Hersheys juga ada dibuat pada majlis tersebut serta sesi promosi Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. ( Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. ).Pada majlis tersebut juga turut diadakan Demo Masakan Hidangan berasaskan penggunaan Chocolate.Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak Delfi marketing yang telah menaja Produk Chocolate Hersheys bagi menjayakan Chocolate Night Party.

Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm Di Johor Bahru.

Pada 29hb Mac 2010 Tempohari telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Buku Masakan Chef Arm yang diadakan di Johor Bahru.Walaupun hujan agak lebat tetapi sambutan daripada tetamu jemputan amat memuaskan.Pada waktu itu Majlis tersebut telah pun dilancarkan oleh Ketua Kampung Kawasan tersebut.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.Pada majlis tersebut turut dihidangkan dengan jamuan makan malam hidangan masakan barat.

Coffee Testing

Satu lagi Produk terbaik Buatan Malaysia yang diedarkan oleh Shriro Sdn. Bhd. ialah produk Kopi Hoya yang mempunyai pelbagai perisa yang akan pasti menjanjikan seribu Citarasa kepada peminat-peminat Kopi.Kopi yang dijual kini terdapat pelbagai perisa antaranya White Coffee, Ginseng, Tongkat Ali, Expresso dan sebagainya.Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai produk ini anda bolehlah melayari laman sesawang http://www.shriro.com.my/

International Food Fair


Pada 28hb Mac 2010 bersamaan dengan hari Ahad telah berlangsungnya International Food Fair di Cold Storage 1 Utama dimana saya ( Chef Arm ) telah pun mengadakan Demo Masakan Secara Live bersama Team Agnesi Pasta sekitar jam 11 Tengahari hingga jam 3 Petang.Di mana pada waktu itu juga team Agnesi mempromosikan produk agnesi Pasta dan juga Sesi Promosi Buku Masakan Citarasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima Sdn. Bhd.Kunjungan orang ramai pada waktu itu amatlah memuaskan.Disini saya sertakan beberapa gambar buat tontonan anda semua.

Jumaat, 2 April 2010

Pesta Buku Antarabangsa ( International Book Fair )

Pada 27hb Mac 2010 yang lalu Chef Arm telah pun berada di Dewan Tun Husein Onn PWTC, Kuala Lumpur bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa ( International Book Fair ) di Booth Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ) bagi mempromosikan Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm dan Sesi Bertemu Penulis serta Sesi Tandatangan Penulis.Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak penaja saya yang sudi menaja Cenderahati buat Pembeli Buku Masakan Chef Arm pada waktu Pesta Buku Antarabngsa tersebut iaitu daripada Shriro ( M ) Sdn. Bhd. yang menaja Sampling Produk Dilmah Tea dan Prima Komited Sdn. Bhd. yang menaja cenderahati berupa Kalender 2010.Pada masa yang sama terdapat ramai juga selebriti yang terlibat bagi mempromosikan Buku Masakan mereka diantaranya Sharifah Shawati, Sheila Rusly, Rubiah Suparman, Jaafar on, Pak Engku, Dayang Kek Lapis dan ramai lagi.