Dapatkan Majalah Aroma terbitan bulan Julai 2011 kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya cerita menarik Chef Arm di ruangan Kembara Chef iaitu cerita di sebalik tabir sewaktu menjalani pengambaran bersama Hot Screen Production Sdn. Bhd. untuk RTM2 yang berjudul OPOTO BO Sedapnya yang diacarakan bersama oleh Chef Arm dan Eyeja Arshad bagi 13 episod.Rancangan ini sudah pun ditayangkan sejak 02hb Julai 2011 tempohari, jadi kepada anda semua jangan lupa menonton Rancangan Masakan Opoto Bo Sedapnya setiap hari Sabtu jam 5.30 petang hanya di TV2.Selamat menonton...............................................
Ahad, 10 Julai 2011
Jumaat, 1 Julai 2011
Resipi-Resipi Chef Arm Dari Rancangan Masakan OPOTO BO ( Sedapnya ) Boleh Dimiliki Daripada Buku Resipi Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Terbitan PTS Millennia.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri setiap masakan daripada Chef Arm yang dipertunjukkan dalam Rancangan Masakan OPOTO BO ( Sedapnya ) yang diacarakan oleh Chef Arm dan Eyeja Arshad selama 13 episod yang bersiaran setiap hari Sabtu jam 5.30 petang di TV2 boleh mendapatkan setiap resipi tersebut pada Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Masakan Masakan Sabah Terbitan PTS Millennia yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku sekarang ini seperti MPH BookStore, Popular BookStore, Harris Bookstore, Gramedia, Kedai Buku Badan Cemerlang, MyNews.Com, MyNews Plus, Kedai Buku Mydin Mall, Pasaraya Carrefour dan banyak lagi dengan hanya berharga RM 5.50 sahaja.Jangan lupa dapatkannya sekarang juga sementara stok masih ada.
Jangan Lupa Saksikan Rancangan Masakan OPOTO BO ( Sedapnya ) Yang Diacarakan Oleh Chef Arm Di TV2.
Jangan lupa menyaksikan Rancangan Masakan Opoto Bo ( Sedapnya ) yang diacarakan oleh Chef Arm bersama Eyeja Arshad selama 13 episod bermula pada 02hb Julai 2011 ini setiap hari Sabtu jam 5.30 petang dan semestinya hanya di TV2.Rancangan ini akan bersiaran daripada awal bulan Julai sehingga akhir bulan September, dimana rancangan ini telah menjalani pengambarannya di seluruh negeri Sabah.Rancangan ini adalah bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Negeri Sabah, aktiviti-aktiviti pelancongan yang menarik boleh dilakukan disana, Mengenali adat resam kaum etnik, Aktiviti kebudayaan masyarakat Sabah serta Masakan & Makanan Tradisi setiap kaum etnik di Sabah.
Kini Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia di Mydin Mall USJ Dan Pasaraya Carrefour Di Seluruh Malaysia.

Kini anda semua boleh mendapatkan kesemua judul Buku-buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur di Bahagian Ruangan Buku di Mydin Mall USJ, Subang Jaya dan semua Pasaraya Carrefour seluruh Malaysia.Ia bertujuan bagi memudahkan anda membeli buku-buku sewaktu anda membeli belah barangan keperluan dapur anda.Jadi jangan lupa singah di bahagian Buku dan dapatkan kesemua judul Buku-buku Resipi Chef Arm.
Ahad, 26 Jun 2011
Buku Resipi Chef Arm Yang Berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Telah Diulang Cetak Buat Kali Ke-3.
Alhamdulillah apabila dapat mengetahui bahawasanya Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Terbitan Pts Millennia telah diulang Cetak buat kali ke-3 baru-baru ini.Rasa syukur yang tidak terhingga apabila Buku-buku Resipi Chef Arm dihargai dan diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.Kepada semua yang telah mendapatkan Buku Resipi Chef Arm saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda semua.Kepada yang masih belum mendapatkannya, dapatkan sekarang di kedai-kedai buku berhampiran anda sementara stok masih ada.
Sabtu, 25 Jun 2011
Dapatkan Kesemua Judul Buku Resipi Chef Arm Dengan Diskaun Hebat Sempena Promosi Baca@Ramadan 2011.
Bersempena dengan Bulan Ramadan yang hampir tiba, PTS Publications & Distributors kini sedang rancak menjalankan Promosi Buku Baca@Ramadan.Jadi Buku-buku Resipi Chef Arm juga turut dipromosikan bersempena dengan program Baca@Ramadan ini.Antara buku-buku resipi Chef Arm yang dipromosikan adalah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.Apa tunggu lagi dapatkannya segera dan anda akan mendapatkan diskaun hebat bermula dari 15% sehingga 25% sahaja apabila anda membelinya secara online di http://www.bookcafe.com.my ataupun www.pts.com.my .Anda juga boleh dapatkan buku-buku resipi Chef Arm juga di kedai-kedai buku dengan pelbagai diskaun hebat sempena Promosi Baca@Ramadan.
Khamis, 23 Jun 2011
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Negeri Selangor 2011.
Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang diadakan pada 24hb Jun 2011 hingga 03hb Julai 2011 bermula seawal 10 pagi hingga 9 malam dan bertempat di Ruang Legar SACC Convention Centre, Shah Alam, Selangor.Jangan lupa mengunjungi Booth Kumpulan Media Karangkraf dan dapatkan Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima, dimana anda akan mendapat potongan diskaun hebat sebanyak 20%.Anda juga boleh mengunjungi Booth PTS Publications & Distributors di lokasi yang sama untuk mendapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia antaranya ialah Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur juga dengan potongan diskaun yang hebat sebanyak 20% bagi setiap judul buku.Jadi apa tunggu lagi jom kita beramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Selangor dan dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Kumpulan Media karangkraf ) dan PTS Millennia ( PTS Publications & Distributors ).
Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Di Sabtu@PTS BookCafe
Kepada semua warga Kuala Lumpur & Selangor khususnya, jom beramai-ramai ke Promosi Buku PTS sempena program Sabtu @ PTS BookCafe yang akan dijalankan pada 25hb Jun 2011 Sabtu ini pada jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja dan bertempat di No.26, Jalan DBP 3, Dolomite Business Centre, Batu Caves, Selangor.Jadi tunggu apa lagi cepat-cepat kesana dan dapatkan kesemua judul Buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia antaranya Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur kerana yang pastinya anda akan mendapat potongan diskaun hebat sebanyak 25% bagi setiap judul buku.
Isnin, 20 Jun 2011
Resipi Chef Arm Menjadi Pilihan Majalah Saji Untuk Dibukukan.
Tidak disangka-sangka resipi Chef Arm juga merupakan antara yang menjadi pilihan Majalah Saji untuk dibukukan.Antara resipi yang menjadi pilihan adalah seperti resipi Nasi Lemon Kunyit yang terkandung dalam Buku Resipi Aneka Nasi Resipi Pilihan Majalah Saji dan resipi Kek Coklat Koko yang terkandung dalam Buku Resipi Hidangan Minum Petang Langkah Demi Langkah Resipi Pilihan Majalah Saji.Kini anda semua boleh dapatkan buku-buku resipi tersebut di pasaran dan berikan sokongan terus anda terhadap Majalah Saji.
Resipi Air Tangan Bakat Muda Chef Arm Di Majalah Saji JUN 2011
Dapatkan Majalah Saji Keluaran Utusan Karya terbitan Jun 2011 terdapatnya 6 jenis resipi hasil air tangan Chef Arm, antaranya adalah seperti Sup Tomato, Nasi Goreng Labu, Kentang Pangang Berkeju, Penne Goreng Berempah dan Kerabu Ayam.Resipi-resipi dimasak khas bersempena dengan sambutan Hari Bapa.Diharapkan anda semua dapat mencuba kesemua resipi yang tersebut kerana hasilnya pasti memuaskan.
Selasa, 14 Jun 2011
Program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm
Baru-baru ini telah berlangsungnya program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm anjuran KRT Parit Yaani yang dijalankan di Balai MCA, Pekan Parit Yaani, Yong Peng Johor.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan masakan Lauk & kuih-muih, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm dan banyak lagi.Alhamdulillah program ini juga telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading.Terima kasih kepada semua penduduk kampung sekitar yang sudi memeriahkan majlis tersebut serta terima kasih kepada pihak Akbar Sinar Harian yang sudi hadir membuat liputan.
Saksikan Klip Video Masakan Chef Arm
Kini anda semua boleh menyaksikan 5 buah klip video masakan kesihatan dan 9 buah klip video masakan hebat bersama Chef Arm di laman http://www.trymasak.my/ bahagian resipi video Chef Arm untuk 9 buah resipi masakan hebat Chef arm manakala 5 buah klip video masakan kesihatan bersama Chef arm anda boleh tonton di bahagian video resipi rakan Persatuan Nutrisi Malaysia.Jangan lupa menonton kesemua klip video masakan tersebut dan mencuba kesemua resipi tersebut.
Sabtu, 14 Mei 2011
Junior Chef Bersama Chef Arm
Baru-baru ini Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan satu program Junior Chef di Tadika Baitul Sofia dimana ia melibatkan kanak-kanak dalam program ini.Sewaktu program tersebut dijalankan Chef Arm telah pun menunjukkan 3 jenis hidangan ringkas yang sesuai untuk kesihatan tumbesaran kanak-kanak antaranya ialah Bubur Nestum, Bebola Keju dan Milo Smoothies.Selain Demo Masakan yang dipertunjukkan oleh Chef Arm terdapat juga kalangan ibu bapa yang membuat pembelian buku-buku resipi Chef Arm secara tempahan terlebih awal.Setiap pelajar telah pun diberikan dengan senaskah Majalah The Cook Secara percuma.
Chef Arm Juri Bagi Pertandingan Memasak Antara Sekolah Menengah Peringkat Putrajaya
Pada 11hb Mei 2011 baru-baru ini Chef Arm telah mendapat undangan daripada Pihak Jabatan Pelajaran Putrajaya & Nestle Product Sdn. Bhd. bagi menjadi juri untuk Pertandingan Memasak Peringkat Negeri-negeri yang telah pun dijalankan di SMK Putrajaya presint 8 ( 1 ). Pertandingan ini melibatkan 8 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.Pertandingan ini juga telah diadili oleh 3 orang panel pengadil iaitu wakil daripada Nestle Products, Wakil Jabatan Pelajaran Putrajaya dan saya sendiri.Kesemua peserta sememangnya cukup berbakat menyediakan pelbagai sajian kreatif hasil idea mereka sendiri yang berkonsepkan Makan Damai Majlis Perkahwinan.
Selasa, 10 Mei 2011
Chef Arm Pengadil Pertandingan Dekorasi Kek
Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2 Chef Arm telah pun diundang menjadi Pengadil bagi Pertandingan Dekorasi Kek bersempena dengan Minggu pendidikan Khas yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut.Ini adalah salah satu usaha bagi memberikan pendedahan kepada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka.Terima kasih kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd. Johor Bahru, Fonterra Johor Bahru dan Fama yang telah sudi menaja hadiah atas usaha permohonan daripada Chef Arm Kitchen Services.
Demo Masakan Bersama Chef Arm & Pelajar Pendidikan Khas ( OKU )
Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2, Pasir Gudang, Johor, Chef Arm telah mengadakan Demonstrasi Masakan bersama pelajar-pelajar Oku sambil mempromosikan Buku-buku resipinya di bawah penerbitan Buku Prima ( Kumpulan Media Karangkraf ) dan PTS Millennia.Antara resipi yang dipertunjukkan adalah seperti Pai Ayam, Peach Tart dan Jus Timun Alaska dimana ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar istimewa ini untuk hidup berdikari dan menjana ekonomi sara hidup sendiri setelah tamat pembelajaran nanti.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd Johor Bahru dan Fonterra johor Bahru yang telah sudi menaja program ini yang telah dianjurkan oleh Chef arm Kitchen Services.
Ahad, 1 Mei 2011
Demo Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Baru-baru ini Chef Arm telah pun mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Booth PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.Program ini adalah bertujuan bagi mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia.Antara judul buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang sudah pun berada di pasaran adalah Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Dimana kesemua buku-buku resipi ini hanya berharga RM5.50 sahaja tetapi sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, buku-buku resipi Chef Arm diberikan diskaun hebat sebanyak 15% setiap judul.Sambutan terhadap Demo Masakan Chef Arm sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ini amat menggalakkan.
Selasa, 19 April 2011
Demo Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Demo Masakan Bersama Chef Arm bersempena dengan Demo Masakan Bersama Chef Arm sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, jadualnya seperti di bawah ini, jumpa anda disana.
Tarikh : 25hb April 2011 ( Isnin )
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.
Ahad, 17 April 2011
Dapatkan Diskaun Hebat Sebanyak 15% Bagi Setiap Pembelian Buku Resipi Chef Arm Secara Online
Beli kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah dengan potongan diskaun hebat sebanyak 15% bagi setiap judul buku daripada harga asalnya di pasaran adalah RM5.50 manakala apabila anda membeli secara online di http://www.bookcafe.com.my/en/umum/ anda akan mendapat dengan harga RM4.67 senaskah.Jadi dapatkan Buku Resipi Chef Arm sekarang secara online.
Chef Arm Diundang Menjadi Pengadil Bagi Pertandingan Modelling Mr. Manhunt.
Semalam Chef Arm telah menjadi Juri bagi Pertandingan Modelling Mr Manhunt anjuran Diva Quent Event & Modelling yang telah pun berlangsung di Soho Room, Taman Sutera Utama, Johor Bahru.Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan bagi mencari bakat-bakat muda baru untuk diketengahkan ke dalam bidang modelling.Program seperti ini juga mampu menangani pelbagai gejala masalah sosial.Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi mengundang saya sebagai juri bagi pertandingan tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)
















